Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 11

13K 1.6K 281
By AizackMesle

NISSAN GTR R35 itu berhenti di hadapan pagar. Sejak lima belas minit yang lepas, Aliah tidak henti-henti menghantar pesanan mesej kepada Jelita. Ditanya keberadaan dan bila Jelita akan pulang. Satu pun Jelita tak balas. Biarkan Aliah lemas dengan tanda tanya. Sibuk sangat jadi makcik bawang kan!

Kenderaan mewah mencecah harga ratusan ribu ringgit itu sudah tidak bergerak. Barulah Jelita pusing wajah menghadap lelaki tampan di sebelahnya. Nampak gayanya Emiir memang tak mahu cakap apa-apa lagi kut. Mengeluh, Jelita buat keputusan untuk keluar saja tanpa pamitan.

Tapi bila dia ingin buka pintu kereta, berkunci pula. Jelita garu kening. Emiir nak bagi dia keluar atau tidak ni? Dipandang kembali Emiir yang masih meluruskan pandangan ke depan. Langsung tidak ditoleh ke arahnya.

"Saya nak keluar."

Mendengarkan itu, Emiir langsung menoleh. Membalas tatapan indera polos milik si Jelita. Renungannya tiada perasaan. Kosong bagai tiada emosi. Sukakah, tidak sukakah, susah untuk diteka. Jemari yang memegang stereng kereta kini beralih ke atas paha.

"One week." Rendah suaranya.

Jelita naik hairan. Apa yang satu minggu? Tiba-tiba saja.

"I give you a week to decide. About my request, I hope you can consider it."

Oh, tentang itu rupanya. Jelita hanya angguk. Sebenarnya Jelita tidak dapat berfikir dengan baik saat ini. Andai dia terima, berapa lama pernikahan mereka boleh bertahan? Jelita cuma risaukan itu saja. Mampukah Emiir belajar untuk 'bercinta'?

"Tak ada apa-apa lagi kan? Saya keluar dululah."

"Sabtu pagi aku nak kau bersiap. Aku ambil kau nanti."

"Eh, nak pergi mana?" Kalut-kalut Jelita jadinya. Tak jadi ingin buka pintu. Dipandang kembali Emiir dengan penuh tanda tanya. Mata dikedipkan berkali-kali. Beg tangan dipegang erat.

"Tolong tengokkan Eshaq. Aku outstation dua hari," jawab Emiir mudah.

Jelita tepuk dahi. Ewah-ewah, menyenang betul hidup kau! Raja Emiir Farran memang sejenis yang macam ini ke? Sesuka hati mengarah orang itu ini. Sudahlah tidak berbincang apa-apa pun. Tak tanya pula itu dia sibuk ke tidak.

"Maaf, tapi weekend ni saya kena balik kampung. Mak saya call suruh balik."

Bukannya tidak mahu tetapi memang tak boleh. Semalam mak ada hubungi Jelita. Suruh dia pulang hujung minggu ini. Katanya rindu...lah sangat. Sebenarnya Jelita tahu perangai mak macam mana. Kalau tak ada sebab, tak adanya mak suruh Jelita pulang. Hendak tidak hendak, memang tak boleh cakap apa. Jelita terpaksa akur. Tak mahu dilabel anak derhaka pula.

Emiir diam pula selepas itu. Berfikir sejenak. Sepuluh saat berlalu, Emiir kembali memandang Jelita. "Kampung kau dekat Perak, kan?"

Jelita angguk.

"Kenapa tanya?"

Geleng pula. Aik? Yang pelik-pelik sajalah Emiir ni. Jelita jungkit kening. Tidak mendengar suara Emiir lagi selepas itu. Emiir pun sudah tekan butang kunci. Jelita terus buka pintu kereta. Kali ini ditutup penuh berhati-hati. Tak ada protes dah. Tanpa kerling ke belakang, Jelita terus berlarian anak ke arah Aliah yang setia menunggu di depan sana.

"Pasaipa lama sangat dalam kereta?" soal Aliah penuh curiga. Lengan Jelita disenggol.

"Sibuk jelah kau! Tepilah."

Panjang muncung Aliah. Sempat dikerling pacuan empat roda mewah milik Emiir yang sudah meluncur pergi membelah jalan raya. Langkah Jelita dikejar. Selagi tak dapat jawapan, selagi itulah dia akan kejar Jelita sampai dapat. Hubungan apa yang sedang Jelita jalinkan bersama Raja Emiir Farran sebenarnya? Aliah tertanya-tanya sendiri.

Jelita sudah pun masuk ke bahagian pemandu. Inilah sebabnya Aliah terpaksa tunggu Jelita. Hari ini dia terpaksa menumpang Jelita untuk pulang. Tiba-tiba saja kereta kesayangan dia buat hal pagi tadi. Jelitalah yang jadi tukang ambil dan hantarnya hari ini. Sebelum itu, memang dia sudah berjanji kepada gadis itu untuk belanja makan. Jelita apa lagi, kasi on sajalah. Pantang bab makan ni!

Masuk ke dalam perut kereta, Aliah pusingkan tubuh menghadap Jelita. Lengan temannya itu dipegang, digoyang ke kiri dan ke kanan berulang kali. Biar sampai Jelita rasa rimas. Selagi Jelita tak jawab, selagi itulah Aliah tak akan berputus asa.

"Apa sebenarnya hubungan kau dengan Raja Emiir tu?"

Jelita diam. Hela nafas panjang-panjang. Soalan Aliah dibiarkan tidak berjawab. Jelita sendiri tak ada jawapan untuk itu. Apa sebenarnya hubungan antara dia dengan Emiir? Memang tak ada. Langsung tak ada. Bagi Jelita, Emiir hanyalah ayah kepada Eshaq. Tidak lebih, tidak kurang.

"Jelita Elnara..."

Bila nama penuh disebut, Jelita terus menoleh. Mengeluh. Jemari Aliah di lengannya dirungkaikan satu per satu. "Tak ada apa. Dia cuma ayah kepada Eshaq. Itu saja. Aku tak ada hubungan apa-apa pun dengan dia."

Aliah kerut kening.

"Kalau tak ada apa-apa...kenapa dia datang jemput kau tadi? Apa yang kau orang bincangkan? Kalau pasal Eshaq, hari ni kan budak tu tak datang. Orang selalu cakap Raja Emiir tu tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan pun tau!" Bersungguh-sungguh Aliah.

Jelita tarik senyum paksa. Tangan Aliah dicapai perlahan. Ditentang anak mata temannya itu dalam-dalam. Kalau dia bagitahu Aliah, tak apa kut. Setidaknya, tak perlulah dia pendam seorang diri. Walau tidak banyak tetapi mungkin Aliah boleh bantu dia buat keputusan.

"Kau percaya dongeng?"

"Dongeng? Dongeng dulu-dulu. Yang berangan-angan kena pinang dengan anak raja tu?"

Senyum, Jelita angguk bersungguh-sungguh. Berharap Aliah faham maksudnya. Namun, dari raut wajah berkerut-kerut Aliah, dia sudah dapat agak. Aliah masih tak dapat tangkap maksudnya.

"Raja Emiir Farran...dia lamar aku jadi isteri dia."

Puff! Uhuk!

Terbatuk-batuk Aliah jadinya. Tersedak air liur. Merenung tepat ke wajah Jelita sebelum ketawanya lepas. Dalam ketawa, lengan Jelita menjadi mangsa pukulan. Tak tahan. Benar-benar geli hati. Tetapi lima belas saat seperti itu, Aliah perasan wajah serius temannya. Siap datang dengan pakej jelingan maut.

Berhenti ketawa. Aliah berdehem-dehem. Ketap bibir agar tidak keluarkan sisa tawa yang masih berbaki. Aliah tarik sengih tidak bersalah. Apa? Bukan salah dia pun. Dah benda kelakar, mestilah kena ketawa. Kan?

"Kenapa berhenti? Gelaklah lagi. Gelak sampai keluar anak tekak pun tak apa," ujar Jelita dalam nada sarkastik.

"Hehehe...sorrylah Jelita. Aku terkejut aje. Kau ni biar betul. Raja Emiir lamar kau jadi isteri dia? Dekat mana? Mesti sweet kan? Ahh, tadi tu dia ajak kau keluar mesti dia nak confess perasaan dia kan? Eish, aku dah boleh bayangkan macam mana Raja Emiir tu luahkan perasaan..."

"Aliah, ni bukan drama, kisah dalam novel. Tak ada maknanya sweet. Aku boleh terimalah tempat dia bawa aku tu. Walaupun makan tak kenyang mana. Tapi yang aku tak boleh terima bila dia cakap 'jadi isteri aku. Eshaq perlukan kau'." Jelita ajuk kembali gaya Emiir bercakap tadi.

"Dia nak kahwin dengan aku sebab Eshaq je. Bukannya sebab dia ada perasaan dekat aku pun. Kau jangan nak melalut jauh sangat. Bernanah telinga aku dengar."

Aliah angguk. Sekarang dia sudah faham.

"So kau terima ke tak?"

"Kau gila? Memang taklah aku nak terima secepat tu. Dia bagi aku tempoh seminggu untuk fikir," jawab Jelita pantas. Keluhan berat terdengar keluar sayu dari bibirnya. Ada rasa serba salah untuk menerima. Tapi apa akan jadi kepada Eshaq?

Yang paling penting, mampukah keluarga Emiir terima dia sebagai sebahagian daripada keluarga mereka? Keluarga Emiir terkenal sebagai keluarga terhormat. Mana layak jika pipit ingin terbang bersama enggang. Sepatutnya enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang bersama.

Satu lagi, bagaimana Jelita ingin beritahu kepada mak dan abah? Macam mana kalau mereka juga enggan menerima Emiir? Bukan kerana Emiir tidak cukup harta, tetapi kerana tidak sama taraf mereka. Tak layak bergandingan. Jelita berani kerat jari, mak pasti suka. Tapi abah? Jelita tak berani untuk berterus terang kepada abah. Satu-satunya insan yang paling memahami Jelita.

"Tapi kan, masin betullah mulut aku."

Jelita angkat sebelah kening. Sambil itu menghidupkan enjin Perodua Axianya.

"Yelah...kan sebelum ni aku cakap. Kalau nak duda, kena pandai 'ayat' anak dia dulu. Kau rapat dengan Eshaq. Jadi sekarang ni dia nak kau jadi isteri dia. Mana tahu lepas kahwin, kau dapat 'ayat' hati dia pulak. Kau pernah dengar tak istillah bercinta selepas berkahwin tu, lebih afdhal tau!"

Kata-kata Aliah mengundang tawa Jelita. Geleng kepala. Ada-ada sajalah Aliah ni. Bab merepek jauh memang pakar. Takkanlah Emiir mahu 'bercinta' dengan dia. Jelita bukannya ada apa-apa pun. Emiir ajak dia bernikah demi kepentingan Eshaq. Titik! Noktah! Tak ada sebab lain dah.

"Malaslah aku layan kau..."











*****












BERHENTIKAN kereta di pekarangan banglo serba mewah itu, Emiir tidak terus keluar dari perut kereta. Termenung seketika di tempat pemandu. Berfikir adakah tindakan yang dia buat tadi itu akan mendatangkan hasil? Adakah Jelita boleh terima? Sejujurnya Emiir tidak kesah tetapi dia tak mahu menghampakan Eshaq.

Lima minit selepas itu, barulah Emiir keluar dari kereta. Sempat angguk sekali kepada Man, pengawal keselematan rumah yang menyapa. Langkah diatur menuju ke ruang tamu. Nampak figura Eshaq dan Luthfan di situ. Punggung dilabuhkan ke sofa single. Silang kaki gaya santai.

"Awal kau balik..." Luthfan jungkit kening.

"Aku cancel meeting."

Bercakap dengan Luthfan tetapi mata kekal memandang Eshaq yang sedang melukis di atas meja. Eshaq memang gemar melukis dan mewarna. Dalam bilik penuh dengan koleksi pensel warna budak itu. Sejenis meminati seni. Sama seperti Emiir.

"Sabtu nanti kau tengokkan Eshaq. Aku tak ada dua hari."

"Outstation ke mana?"

Luthfan sudah sedia maklum. Kalau Emiir suruh tengokkan Eshaq, pasti lelaki itu ada urusan di luar negeri. Luthfan rasa dia tak macam orang kanan lelaki itu tetapi lebih kepada babysitter Eshaq. Dari budak itu kecil, sampai sebesar ini, memang dia yang jaga budak itu ketika Emiir ada kerja.

"Perak," jawab Emiir sepatah. Anak rambut yang terjuntai di dahi disebak ke belakang. Kali ini sepasang mata helangnya memanah Luthfan pula. Eshaq masih khusyuk melukis. Tidak dihiraukan perbualan orang dewasa itu.

"Kalau macam tu, nanti bolehlah aku ajak Jelita datang sini. At least tak adalah Eshaq bosan."

Bila nama Jelita disebut, pensel Eshaq berhenti daripada bergerak. Menoleh kepada Emiir dan Luthfan dengan sinar pandangan penuh keterujaan. Mata bulatnya dikedipkan berkali-kali. Puppy eyes.

"Tak payah."

"Lah kenapa pulak. Biarlah..."

"Rumah aku ke rumah kau?" Cetus Emiir kegeraman.

Luthfan diam. Okey, dia kalah! Daripada duduk di lantai, kini Luthfan labuhkan punggung di sofa sebelah Emiir. Eshaq masih setia memandang. Macam menarik saja perbualan orang dewasa itu. Yang sebetulnya, dia tertarik sebab dengar nama Jelita.

"Jangan curi dengar perbualan orang tua, Eshaq." Ditujukan kepada Eshaq. Budak itu memasamkan wajah apabila ditegur oleh Emiir. Peluk tubuh, dia pandang Luthfan. Ingin meminta lelaki itu membelanya kali ini. Masalahnya Luthfan pun memang tak boleh buat apa-apa. Luthfan angkat kedua-dua belah bahu.

"Pergi naik atas dulu. Nanti uncle datang, okey?"

Hendak tidak hendak, Eshaq terpaksa akur. Berat rasa kaki melangkah naik, memijak satu per satu anak tangga. Apa salahnya dia dengar? Bukannya Eshaq menyampuk pun. Nak dengar je.

"Kau ni lambat sangatlah, Emiir," kata Luthfan tidak semena-mena.

"Huh? Apa benda yang lambat?" Berlapis-lapis dahi. Jelas kerutan, membawa  maksud kehairanan.

"Lambat sangat suarakan hasrat kau dekat Jelita lah. Lambat-lambat, nanti dia kena kebas. Time tu nak menyesal tak ada guna dah. Ke kau nak aku tolong jumpa Jelita? Aku tahu mesti kau malu-malu kan. Yelah, dah berapa lama menduda. Tak pandai bercinta pulak tu. Takpa, Miir. Aku faham. Aku boleh tolong..."

"Kau fikir aku budak kecik ke?" Selar Emiir tanpa perasaan. Macam biasa, dingin.

"Kau jaga je Eshaq selagi aku tak suruh berhenti. Jangan melebih-lebih masuk campur urusan aku."

Emiir bangkit. Terus berlalu dari ruang tamu tanpa pamitan. Meninggalkan Luthfan yang terpinga-pinga. Kenapa Emiir sensitif sangat bila dia sebut nama Jelita? Padahal Emiir tak mudah terpancing emosi. Dia kenal Emiir macam mana. Mendengus perlahan, Luthfan kutip peralatan melukis Eshaq. Turut hayun kaki naik ke bilik budak itu.








Coldest Husband,
9 March 2022

Author perhati je yang spam comment dekat prev chap. Rasa nak goreng sorang-sorang. Haha. Author tukar targetlah macam tu.

[ Cold or hot ]

TARGET: 800 VOTES






Continue Reading

You'll Also Like

2.1M 140K 80
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
365K 31.4K 15
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
3.2M 133K 59
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
1M 25.5K 44
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...