Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 9

13.3K 1.5K 232
By AizackMesle

MELIRIK mata ke kanan, Luthfan tersengih-sengih seperti kerang busuk. Sesekali menyenggol lengan jejaka terhangat di pasaran di sebelahnya itu. Cukup dua kali, tubuhnya ditolak jauh-jauh. Luthfan hambur ketawa lepas.

"So macam mana? Cantik kan cikgu tu..." Meleret-leret nada Luthfan. Ada maksud tersirat sebenarnya.

Emiir pejam mata sesaat. Meluruskan pandangan kepada Eshaq yang hanya senyap makan di hadapannya, nafas dihembus perlahan. Menyilang tangan ke dada sambil merenung anak tunggalnya tanpa suara.

Eshaq masih sama. Walaupun terasa diperhatikan, dia tidak berani untuk membalas renungan sepasang mata helang tersebut. Berpura-pura tidak ambil kesah walaupun sebetulnya hati rasa teruja bila dengar kata-kata Luthfan tadi.

'Cikgu? Cikgu cantik ke?' Eshaq simpul senyum dalam diam.

"Kau dah bagitahu dia kan hajat kau tu?"

Emiir geleng kepala. Hela nafas panjang. Berat sangat bunyinya. Terlalu berat mulut untuk dia suarakan 'hajat' yang dimaksudkan itu kepada gadis bernama Jelita itu. Terlalu sukar. Rancangan Luthfan semua tak boleh pakai.

"Habis tu, kau tak cakap apa-apa dengan dia? Tak bincang apa-apa pun? Sikit pun tak walau sebesar kuman?"

"Tak ada, Luthfan Haris. Tak ada. Aku cuma hantar dia balik. Faham?"

Luthfan mengeluh kasar. Panjang muncungnya mendengar jawapan Emiir. Punyalah payah dia 'atur' pertemuan Emiir dengan Jelita. Tapi langsung tak ada hasil? Dasar Emiir tak pandai menghargai!

"You just waste my time, Luthfan. That's not gonna work."

"Tapi kita boleh cuba lagi kan? Ni semua untuk Eshaq. Untuk anak kau. Apa salahnya kalau kau berkorban sikit. Lagipun, Jelita tu bukannya teruk sangat pun. Aku yakin..."

Cerlungan anak mata hitam pekat itu membuatkan Luthfan terdiam. Pantas mengalih wajah ke depan. Memandang Eshaq yang setia mendengar perbualan mereka tadi. Luthfan tepuk dahi. Terlupa pula Eshaq ada sekali.

Emiir berdehem membetulkan suara. Menghantar isyarat mata kepada Luthfan agar tidak membuka perihal Jelita di depan Eshaq. Dia tahu betapa sukanya budak itu dengan kehadiran Jelita. Tapi Emiir tidak mahu ambil risiko untuk kedua-dua belah pihak.

"Dah habis makan pergi naik bilik," ujarnya kepada Eshaq. Nadanya kedengaran tegas. Bukan tidak sayang tapi terlampau sayang penyebab dia jadi begini.

Senyuman Eshaq mati. Angguk kepala, kaki dicecahkan ke lantai. Eshaq melambai perlahan kepada Luthfan sebelum tubuh kecil budak itu hilang di sebalik dinding. Memanjat satu per satu anak tangga dengan wajah masam.

Eshaq tahu daddy sengaja tak mahu benarkan dia dengar perbualan tersebut. Setiap langkahnya menghentak-hentak lantai dengan kuat. Tunjuk perasaan. Tercebik-cebik bibir, bergumam sesuatu yang tidak jelas.

Emiir melepaskan keluhan lega. Memanah kembali wajah Luthfan tajam-tajam. Rasa nak robek-robek saja bibir yang sedang menyengih itu. Rahang tajamnya bergerak-gerak, gigi berlaga. Masih memeluk tubuh, kini dia bersandar pula. Cuba menstabilkan kembali emosi.

"Jangan cakap pasal perempuan tu depan Eshaq. Aku tak mahu Eshaq terlalu berharap. Sekalipun aku setuju, belum tentu perempuan tu setuju juga."

"Mana kau tahu dia tak setuju? Kau belum tanya apa-apa lagi pun kan. Kau ni buta ke atau pura-pura tak tahu? Perempuan-perempuan kat luar tu ramai yang tergilakan kau. Berebut-rebut nak jadi isteri kepada Raja Emiir Farran..."

Bersungguh-sungguh Luthfan mengingatkan Emiir. Agaknya lelaki itu lupa kut 'status' yang dipegang. Raja Emiir Farran bukan orang biasa-biasa. Nama lagi 'raja'. Sudah tentu ramai perempuan berebut tempat untuk naik 'takhta' permaisuri. Ya, tak?

"Correction, mereka cuma mahukan harta aku," balas Emiir tanpa perasaan.

Sikit pun tidak berminat dengan topik itu. Tak pernah terfikir tentang perempuan di luar sana. Apa yang Emiir lihat, rasa, semuanya seakan-akan menarik dia ke masa lampau. Emiir benci untuk mengingatkan kenangan dulu. Benci. Tersangat benci.

"Semua ni terlalu cepat, Luthfan. Perempuan tu mesti terkejut kalau aku ajak dia kahwin tiba-tiba. Perempuan tu masih muda. Aku tak rasa dia akan setuju dengan rancangan merepek kau. Bernikah hanya kerana Eshaq. Kau rasa ada ke perempuan boleh terima semua tu dengan ikhlas?"

Luthfan akhirnya angguk. Mungkin ada benarnya kata Emiir. Masih ada ke perempuan ikhlas untuk menerima andai tiada agenda lain?

"Yalah, aku tak paksa. Tapi kau fikir dulu baik-baik. Eshaq rapat sangat dengan Jelita. Aku boleh nampak macam mana dia sayangkan Eshaq."

Bunyi kaki kerusi bergeser sedikit pun tidak membuat Emiir mengalih pandangan. Masih lurus memandang ke depan. Dengan maintain wajah stoic macam itu, orang pun tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu.

"Kalau ada apa-apa yang mengubah fikiran kau, ni nombor Jelita. Jumpa dia, bincang elok-elok..." Luthfan meletakkan sekeping kertas kecil di atas meja. Ditolak kepada Emiir yang masih tidak bersuara.

Sejurus selepas itu, Luthfan bangkit dari kerusi. Meninggalkan Emiir sendirian di meja makan. Beri ruang kepada lelaki itu untuk buat keputusan terbaik. Luthfan tahu mungkin saat ini Emiir masih terhenyak dengan kilasan memori lama.

Luthfan sudah hilang dari pandangan. Barulah Emiir toleh ke sebelah. Anak mata hitam pekatnya jatuh pada kertas kecil di atas meja itu. Tertera nombor telefon di situ. Buang keluh kasar, punggung turut diangkat. Sebelum berlalu naik ke atas, kertas tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

*****

MALAM membuka tirai. Sesudah makan malam, Eshaq terus naik ke biliknya tanpa pamitan. Meninggalkan Emiir yang masih dengan wajah kosong dan stoic seperti selalu. Berdecit perlahan, Emiir urut tepi dahi.

Kunyahan terakhir disudahkan. Gelas berisi air kosong dibawa ke bibir, menjadi ubat lega tekak. Kerusi ditolak ke belakang. Emiir bangkit dan terus berlalu dari ruang makan. Sesampainya dia hadapan sebuah bilik, Emiir terus menapak ke dalam tanpa sebarang amaran. Kening tebalnya bertaut melihat Eshaq berselubung di dalam selimut.

Malam masih awal. Baru jam lapan dua puluh minit malam. Awal betul budak itu tidur. Lantaran rasa tertanya-tanya yang begitu tinggi, Emiir hayun kaki setapak demi setapak ke sisi kanan katil. Berdiri tanpa suara. Tangan disilang ke dada. Gumpalan comforter sedikit bergerak-gerak.

"Teacher buat apa tu..."

Berlapis-lapis dahi Emiir. Memanglah itu suara Eshaq. Tapi takkan budak itu bercakap sorang-sorang kut? Emiir berdehem, cuba menyedarkan Eshaq kewujudannya di situ. Namun, budak itu masih berada di dunia sendiri. Tak dengar agaknya? Emiir tarik comforter tersebut tanpa berfikir dua kali. Bulat mata Eshaq saat itu. Mata masih merenung skrin telefon tidak berkelip.

"What are you doing, Raja Eshaq Farran?"

Suara rendah nan berat itu kedengaran melantun tenang. Namun, saat ini hanya Tuhan saja yang tahu betapa Emiir cuba untuk menenangkan angin 'tornado' yang sudah terusik. Peranti elektronik di tangan Eshaq menjadi tempat sepasang mata helangnya melabuh pandangan.

"Shaq...Shaq cuma nak cakap dengan teacher..." Eshaq terpaksa jujur. Kalau dia tipu pasti daddy akan memarahinya lebih teruk lagi.

Emiir mendengus. Dari skrin telefon Eshaq, dia boleh nampak wajah serba salah Jelita. Gadis itu sempat melambai kepadanya sambil tersengih bersalah. Emiir pejam mata. Dia tak suka dengan tindakan Eshaq. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar. Pandang kembali Eshaq yang menunduk.

"End the call," arahnya tegas.

"Tapi..."

"End the call now, Eshaq or you will not see her again." Kali ini ada nada ugutan.

Hendak tidak hendak Eshaq terpaksa akur. Tidak mahu daddy benar-benar bertindak sedemikian. Eshaq tahu daddy tak pernah main-main. Bila lelaki itu kata A, maka A lah jawapannya. Tiada sesiapa mampu ubah keputusan dan tindakan Emiir.

"Bye teacher..." Kelat wajah Jelita di sebalik talian. Videocall tersebut dimatikan lambat-lambat. Sayu suara Eshaq, melambai kepada Jelita buat kali terakhir sebelum dia perlu menghadap 'bapak' singa di depannya itu.

Sejurus itu, Eshaq terus sorok telefon pintarnya ke bawah bantal. Terpaksa menghadap Emiir yang kini memasang wajah tegang. Senyap selama beberapa minit. Rasa seram sejuk dengan renungan daddy. Eshaq tertunduk-tunduk menekur jemari halusnya. Tubir mata terasa suam.

"Give me the phone."

Liur ditelan payah. Eshaq terpaksa akur lagi kali ini. Telefon pintarnya diambil kembali lalu dihulurkan kepada Emiir. Takut-takut memandang wajah sang bapa singa. Jemari halusnya dilurut-lurutkan satu per satu. Eshaq hanya mampu menahan rasa tatkala daddy menyelukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

Ada kemungkinan atau tidak untuk Eshaq mendapatkan kembali telefon pintarnya itu?

"Shaq minta maaf. Janji tak buat lagi. Boleh tak daddy bagi semula phone Shaq?" Perlahan suaranya.

"No."

"Daddy..."

"Kenapa ganggu orang malam-malam? Eshaq fikir cikgu Eshaq tu ada masa ke nak layan perangai Eshaq ni? Tak fikir cikgu tu nak rehat ke apa?"

Suara Emiir masih tenang, namun makin keras nadanya. Emiir tak suka sikap Eshaq yang mengada-ada dan terlebih manja macam ini. Sejak kenal Jelita, Eshaq jadi terlampau cengeng. Tak seperti dulu, sewaktu hanya ada Emiir dalam hidup Eshaq.

Emiir tak mahu Eshaq terlalu selesa dengan orang luar. Entah macam mana latar belakang dan kehidupan mereka, semuanya berbeza. Persoalannya, mampukah Jelita terima cara hidup mereka? Atau mampu ke dia terima cara hidup Jelita?

"Tapi mummy cakap Eshaq boleh call dia..."

"She is not your mummy. Stop Eshaq. Stop calling her mummy. Just stop!" Meninggi sedikit tone suara Emiir. Tetapi masih dalam nada terkawal.

Untuk beberapa saat, Emiir hanyut dalam kebisuan. Di pucuk sunyi itu terselit rasa serba salah apabila melihat wajah sayu Eshaq. Sejujurnya Emiir tidak kuat untuk lawan rasa ini. Sungguhpun begitu, Emiir masih memandang tempat yang sama. Cuba memahami isi hati anaknya.

Emiir tahu. Emiir rasa apa yang Eshaq rasakan. Emiir faham bulat-bulat apa yang budak itu harapkan melalui bias pandangan berkaca-kaca itu. Emiir memejamkan mata. Semakin keras hati untuk menerima permintaan Eshaq, semakin sukar untuk dia buat keputusan. Dia seorang bapa. Dia yang telah membesarkan Eshaq tanpa seorang wanita pun sebelum ini. Emiir tahu apa yang terbaik untuk Eshaq.

"Uncle Luth dah janji untuk bawa teacher tinggal dengan kita."

Satu lagi troublemaker! Benda merepek apa yang Luthfan katakan itu. Menabur janji sesuatu yang tidak pasti kepada budak besar ini? Kusut otak Emiir dibuatnya. Menggeleng kepala, Emiir pusingkan tubuh membelakangi Eshaq.

"Esok tak perlu pergi sekolah. Belajar dekat rumah je."

"Nanti daddy..."

Tak sempat Eshaq berkata apa-apa, Emiir sudah pun bergegas keluar dari kamar tidur tersebut. Membawa hati yang sarat dengan segala perasaan. Nafasnya menderu ganas. Buat masa ini, Emiir perlu tenangkan diri dulu. Takut perasaan berlebih-lebihannya akan lebih menyakiti Eshaq.

Menuju ke kamar tidurnya. Tidak terus mengorak langkah ke katil, Emiir teruskan langkah ke balkoni bilik. Pintu gelangsar dibuka. Melabuhkan punggung ke kerusi malas di situ. Nafas ditarik dan dihembus berulang kali. Kalau boleh biar rasa lega sikit hati ini.

Kenangan lalu yang membeku kembali diselak. Emiir terhenyak dalam memori. Menatap langit sendirian. Kelam malam itu membungkus segala perasaan. Emiir senyap. Terasa kedinginan malam memeluk tubuhnya. Malam ini Emiir hanya berteman bulan di sebalik awan. Melayan perasaan jiwang karat.

Telefon pintarnya dibawa keluar. Turut menaip-naip sesuatu di atas skrin cerah tersebut. Angka demi angka Emiir sebut perlahan. Sesekali mata melirik kertas kecil di atas meja. Mengeluh berat buat sekian kalinya. Nafas dihembus panjang-panjang. Keputusannya masih samar-samar.

Emiir berdehem sebaik jemarinya menekan butang dail. Skrin telefon dirapatkan ke telinga kanan. Menunggu beberapa saat. Panggilan pertama dibiarkan tidak berjawab. Emiir kerutkan kening. Tidak putus asa, dia dail semula nombor yang sama. Kali ini Emiir hanya menunggu tiga saat. Panggilan terus diangkat.

"Hello?"

Suara lemak merdu itu beralun di pendengaran Emiir. Dia berdehem-dehem lagi. Dari posisi menyandar, kini Emiir tegakkan tubuh. Kaki disilang gaya bossy. Meluruskan pandangan ke depan. Merenung kosong kegelapan malam.

"I want to meet you tomorrow at 1 pm."

"Ha? Who is this?" Jelita di sebalik talian ketap bibir. Siapa pula yang berani ajak jumpa ni? Nombor tak dikenali pulak tu. Entah-entah scammer!

"Emiir."

"Eh—"

Tit!

Emiir terus matikan panggilan. Tidak beri peluang kepada Jelita untuk bagi jawapan. Tak. Dia bukannya ajak atau beri pilihan. Dia sedang 'mengarahkan' Jelita. Selesai itu, Emiir masuk kembali ke dalam bilik. Pintu gelangsar ditutup. Membawa langkah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Mahu menunaikan solat isyak. 




Coldest Husband,
5 March 2022

Urm hi ? Kekok benar nak menaip story ni.

[SEXY OR HOT?]

Continue Reading

You'll Also Like

328K 10.9K 35
My back was pressed against the wall, and our faces were merely inches away. He gently placed a finger below my chin and tilted my face upward. I tri...
1.7M 109K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. 🔥** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
1.2M 36.5K 65
Ailee ate her ice cream licking every bit of it and then Xavier pushed his cup infront of her. She looked confusingly at him. "Eat." "No you eat. Its...
3.2M 133K 59
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...