[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 42.4K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 62
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 63

13.3K 537 37
By nu_haina

"Medina."

Dia dari tadi hanya duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Dhiya, berharap sahabat baiknya akan bangun walaupun dia sudah dengar penjelasan dari doktor siang tadi.

Suaminya yang berada di belakang dipandang. Masing-masing kepenatan terutama Kasyaf yang sudah dua hari di sini.

"Ya?"

"Balik jom, you dari semalam pakai baju pergi kerja you. Balik rehat dekat rumah, esok datang balik."

Kepalanya menggeleng. "I tak nak, kalau Dhiya bangun I nak ada dengan dia."

"Balik." Lembut tapi masih kedengaran tegas. Kedinginan dari suara Kasyaf disedari oleh Medina.

Sekilas Kasyaf pandang Dhiya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi selama 2 hari berada di sini. "Lasti datang lepas ni temankan Dhiya dekat sini, kalau nak temankan you temankan esok."

"You temankan Dhiya esok?"

Kasyaf geleng kecil. "I dah dua hari ambil cuti so esok kena dah kena datang balik. After kerja I datang."

Faham. Tahun ini banyak Kasyaf mengambil cuti, kebanyakannya kerana ingin menjaga Dhiya. "Kereta I dekat sini. Balik asing ke?"

Kelihatan Kasyaf berfikir sejenak. Seharian Medina perhatikan suaminya bersikap serius terhadap dia.

"Balik sekali lah. Esok masa on the way kerja, I hantar kan you ke sini." Melihat wajah sugul Medina, tidak diharapkan Kasyaf untuk memandu.

"Okay."

Kedengaran engsel pintu berbunyi apabila pintu dibuka dari luar. Serentak mereka berdua memandang Lasti yang datang setelah berehat di rumah membawa barang kelengkapannya.

Lasti juga sudah bermalaman di sini menjaga Dhiya, jadi memandangkan tadi Medina ada di sini, Kasyaf suruh dia pulang untuk bersihkan diri.

"Lasti dah datang. Jom."

Perlahan-lahan Medina angkat tubuhnya yang terasa berat. Kasyaf yang membuat perkara sendiri dipandang dengan hujung mata.

"Esok saya datang lepas kerja, Dina yang akan temankan. Nanti macam biasa saya akan order kan Grab untuk awak bila Dina dah sampai."

"Baik Kasyaf. Sudah mahu pulang, ya?"

Soalan Lasti dibalas dengan anggukan kepala oleh Kasyaf.

"Saya tak tahu kalau Kasyaf dengan Medina sudah makan malam atau belum, tapi saya ada sediakan makan malam di rumah. Kalau tidak makan, simpan di peti sejuk ya."

"Okay, terima kasih."


HANYA perlanggaran antara bunyi gelang emas yang berlanggaran dengan pinggan kaca yang kedengaran pada waktu mereka sedang makan malam.

Ada kalanya Medina akan mencuri pandang melihat Kasyaf untuk membaca apa yang difikirkan oleh lelaki yang hanya diam sejak dari dalam kereta lagi.

Medina tahu Kasyaf masih marah kan Dhiya akan kejadian tempoh hari, jadinya hubungan mereka sekarang berdua agak kekok.

"You," panggilnya perlahan namun akibat sunyi, ianya masih kedengaran kuat hingga Kasyaf angkat kepala.

Pandangan mereka berdua bertemu tetapi muka Kasyaf tidak beriak buat Medina gigit hujung bibir.

Terasa kata tidak mampu untuk terluah dari mulutnya.

Cawan yang berisi air diteguk oleh Kasyaf sehingga habis. Melihatkan Medina tidak meneruskan kata, Kasyaf andaikan Medina tidak jadi untuk bercakap.

Punggungnya diangkat dari kerusi lalu menuju ke sinki, membasuh pinggah yang sudah kosong.

Melihatkan kedinginan Kasyaf, Medina tidak mampu untuk sembunyikan kekecewaannya. "You," panggilnya lagi.

"Cakap lah apa."

Tangannya digenggang kuat. Nafas ditarik dalam. "I minta maaf—" ada sesuatu yang memeritkan anak tekaknya "—untuk tempoh hari."

Hanya kedengaran bunyi air paip yang mengalir kedengaran memecahkan sunyi antara mereka. Medina masih lagi Kasyaf yang membelakangkan diri dari dia.

Tapi apabila Kasyaf pusingkan tubuh, menatap dia tajam membuatkan Medina tidak selesa, bebola mata dilarikan.

"You minta maaf untuk apa?"

Soalan itu buatkan dahi Medina berkerut. "Untuk tempoh hari."

"Tahu. Tapi you minta maaf sebab you sedar dengan apa yang you dah buat atau sebab kejadian Dhiya yang menghimpit you?"

Hanya bisa diam Medina mendengarkan soalan yang dituju kepadanya.

Tangan yang basah direnjis kecil. "Look Medina, I tahu ada salah I, mungkin I gagal dalam menjadi seorang suami yang baik dan tidak berlaku adil."

"Tapi I tahu juga I dah cuba sehabis mungkin, sedaya I untuk menjadi adil. Apa yang you cakap hari tu, buat I terfikir mana salah I, apa kurang I." Suara Kasyaf sangat serius, buatkan Medina mendiam.

Medina yang menundukkan kepala dipandang lama. "I ni suami yang tak cukup bagus ke?"

"No, I—" ketika dia angkat muka dan pandang Kasyaf, ayatnya termati di situ. Terlalu jelas kekecewaan di wajah itu.

Nafas ditarik dalam lalu dilepaskan berat. "I minta maaf kalau I memang bukan suami yang baik, I dah cuba. Dan untuk tadi, I dah maafkan you."

"Cuma I harap you minta maaf bila you tahu apa yang you betul-betul rasa. Kalau you rasa I memang bukan suami yang baik, you tak berhak untuk minta maaf sebab bukan salah you. Tapi kalau sebaliknya— better you tahu dulu apa yang you rasa."

Apabila Kasyaf menapak kaki meninggalkan dia di dapur sehingga dia rasakan angin ketika Kasyaf melintasi menamparnya, Medina hanya bungkam.

Betul kata Kasyaf.

Untuk apa dia minta maaf? Sekadar rasa bersalah dengan apa yang berlaku pada Dhiya?


AIR yang digunakan untuk membilas badan Dhiya dibuang ke dalam sinki. Hujung baju yang basah dilipatkan hingga ke lengan.

Tuala basah dikeringkan dan dimasukkan ke dalam plastic. Balik nanti dia akan basuh di rumah.

Kedengaran suara orang sedang bercakap di luar bilik air buatkan keningnya bertaut. Mungkin Lasti.

Tapi apabila Medina keluar dari bilik air, sepasang suami isteri yang memakai beg pakaian berada di dalam bilik.

Si isteri sedang menangis di tepi katil sambil mengelus rambut kepala Dhiya manakala yang lelaki berada di belakang.

"Mak su, pak su." Terkejut melihat ibu bapa saudara Dhiya yang datang melawat.

Semalam dia memaklumkan apa yang berlaku kepada mereka. Fikirnya akan datang pada hujung minggu nanti namun hari ini sudah sampai.

Medina pandang Mak Su Nora yang berkata sesuatu kepadadhiya tapi dia tidak menangkap dengan jelas.

Senyuman diukirkan kepada Pak Su Razlan lalu dia mendekatinya. "Pak su datang naik apa?"

"Bas, tengahari tadi. Ingat nak naik pagi tapi kaunter tak buka lagi."

Kepala angguk faham. Beg pakaian yang dipegang pak su dipandang. "Pak su bermalam dekat sini ke?"

"Ya, tak sempat dah nak naik bas malam ni. Lepas ni nak cari mana-mana bilik hotel."

"Eh apa pula cari hotel. Duduk je lah rumah Kasyaf. Boleh duduk lama sikit."

Lelaki tua itu berfikir, riaknya ada segan.

"Tak apa, pak su dengan mak su bukan orang luar pun. Keluarga Dhiya, keluarga Dina juga."

"Ye lah, nanti pak su bagitahu mak su."

Jeda.

Apabila Pak Su Razlan mendekat dengan katil untuk tenangkan isterinya, Medina perlahan-lahan keluar dari bilik.

Memberikan mereka masa untuk bersama dengan Dhiya. Lagipun, dengarkan suara ibu saudara Dhiya yang menangis, buatkan dia sedih.

Ruangan menunggu yang berada di luar bilik didudukinya. Terasa sejuk dengan penghawa dingin dan hujung baju yang basah buatkan Medina peluk tubuh.

"You buat apa dekat luar?" teguran itu mengejutkan Medina sedikit.

Dia pandang Kasyaf yang tertunduk melihatnya.

"Pak su dengan mak su datang, I tak nak ganggu diaorang."

Jawapan itu mendapat anggukan faham dari Kasyaf.

Dapat dirasai oleh Medina Kasyaf yang mengambil tempat di sebelahnya. Aneh, hanya sebelah tapi terasa jauh jarak di antara mereka.

"I ajak diaorang tidur dekat rumah, sebab katanya nak tidur hotel. Kita kan ada."

"Okay, nanti kita balik sekali."

Diam.

Hanya kedengaran perbualan antara jururawat yang tidak jauh dari mereka.

Ada yang ingin dikatakan oleh Dhiya tapi anak tekak terasa seperti ada kawat duri yang melilit. Pandangannya turun ke bawah.

"I minta maaf."

Tidak dijawab, Kasyaf berikan masa untuk membalas kerana dia melihat seolah-olah Medina ingin menyambung kata.

"I— I tahu I dah melampaui batas. Sekali pun apa yang I rasa hari tu, I tak sepatutnya lepaskan macam tu." Mata mula berkaca, sedar di mana silapnya.

Melihatkan Medina yang menahan tangis, Kasyaf tarik isteri kesayangannya ke dalam pelukan. "Shhh, I yang bersalah juga. I minta maaf sebab terlupa. I minta maaf sebab tak adil."

"Tak—" Medina sebak. "You dah cukup baik. I yang takut. I yang takut kalau you dah tak cintakan."

"Tak pernah, Dina. Tiada satu saat pun sejak dari I kenal you, I tak cintakan you. You yang I cintakan."

Cantik tak cover baru cantik tak? Kenapa malu? Look young? Fresh?

Continue Reading

You'll Also Like

986K 13.4K 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti mala...
807K 53.1K 52
"𝙮𝙤𝙪 𝙧𝙚𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙪𝙢𝙣 𝘼𝙣𝙙 𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙩𝙞𝙢𝙚" Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan...
1.4M 1.8K 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh k...
452K 27K 56
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023