[C] Tertulis Di Luh Mahfuz

By nu_haina

1M 42.7K 2.2K

Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya... More

TDLM - teaser
TDLM - prolog
TDLM - bab 1
TDLM - bab 2
TDLM - bab 3
TDLM - bab 4
TDLM - bab 5
TDLM - bab 6
TDLM - bab 7
TDLM - bab 8
TDLM - bab 9
TDLM - bab 10
TDLM - bab 11
TDLM - bab 12
TDLM - bab 13
TDLM - bab 14
TDLM - bab 15
TDLM - bab 16
TDLM - bab 17
TDLM - bab 18
TDLM - bab 19
TDLM - bab 20
TDLM- bab 21
TDLM - bab 22
TDLM - bab 23
TDLM - bab 24
TDLM - bab 25
TDLM - bab 26
TDLM - bab 27
TDLM - bab 28
TDLM - bab 29
TDLM - bab 30
TDLM - bab 31
TDLM - bab 32
TDLM - bab 33
TDLM - bab 34
TDLM - bab 35
TDLM - bab 36
TDLM - bab 37
TDLM - bab 38
TDLM - bab 39
TDLM - bab 40
TDLM - bab 41
TDLM - bab 42
TDLM - bab 43
TDLM - bab 44
TDLM - bab 45
TDLM - bab 46
TDLM - bab 47
TDLM - bab 48
TDLM - bab 49
TDLM - bab 50
TDLM - bab 51
TDLM - bab 52
TDLM - bab 53
TDLM - bab 54
TDLM - bab 55
TDLM - bab 56
TDLM - bab 57
TDLM - bab 58
TDLM - bab 59
TDLM - bab 60
TDLM - bab 61
TDLM - bab 63
TDLM - bab 64
TDLM - bab 65
TDLM - bab 66
TDLM - bab 67
TDLM - bab 68
TDLM - bab 69 [tamat]
epilog

TDLM - bab 62

13.6K 547 24
By nu_haina

9.45 malam. Sengaja Medina balik lambat dari kerjanya hari itu untuk mengelakkan dari orang rumah-rumahnya.

Tubuh disandarkan pada kerusi kereta. Penghawa dingin dan enjin masih lagi terpasang.

Anak matanya terarah pada pintu kaca rumah. Tiada cahaya yang keluar mendakan lampu tidak terpasang, masih awal untuk bergelap.

Enjin dimatikan dan Medina capai beg tangan yang berada di tempat duduk sebelah. Pintu rumah dibuka dan dia pandang segenap ruang yang boleh.

Tiada sisa seperti orang datang menjengah.

Kaki diatur menuju ke dapur.

Seperti yang dia tinggalkan pagi tadi.

"Lasti?" panggilnya. Mungkin Lasti ada di biliknya.

Biasa kalau Dhiya dimasukkan ke dalam hospital, Kasyaf akan menginap ke sana tetapi tidak Lasti.

Dia menuju pula ke bilik Lasti. "Lasti? Awak ada dekat dalam ke?" pintu diketuk.

Namun diam tidak berjawab.

Medina pandang kiri dan kanan. Sunyi tiada orang.

Hujung bibir digigit. Tombol pintu dibuka dan dia lihat katil yang tidak dikemas.

Masih belum pulang.

Mungkin kerana tergesa-gesa ke hospital pagi tadi, Lasti belum sempat mengemasnya.

Keluhan berat dilepaskan.

Hajatnya mahu ke bilik tidur tapi langkahnya terhenti di penjuru untuk ke bilik Dhiya.

Terpaku di situ agak lama, berperang dengan diri sama ada mahu pergi atau tidak.

Kejadian semalam masih segar dalam ingatan. Dia— berkasar kah dengan Dhiya? Apa yang keluar dari mulutnya, semua terlalu keterlaluan kah?

Mata dipejam rapat. Beg tangan yang berada di siku gelonsor jatuh ke tapak tangan. Medina letakkan beg tangannya ke atas sofa.

Bilik Dhiya dipandang kembali.

Masuk, atau tidak?

Pada akhirnya dia tarik ke bawah juga kepala pintu bilik Dhiya.

Masih seperti rumah ini, kosong tanpa jejak manusia.

Suis lampu yang ditekan menerangi bilik itu. Terus anak matanya menangkap kesan merah gelap yang jelas kelihatan di cadar dan bantal.

Keningnya bertaut. Medina menuju ke arah kesan itu.

Darah. Tapi terlalu banyak.

Mungkin paling banyak yang pernah dia nampak.

Jadi ini sebab mengapa Kasyaf mengejarkan Dhiya ke hospital pagi tadi.

Jantungnya berdegup laju dan perasaannya mula tidak sedap. Belum pernah lagi Dhiya mengalami pendarahan seperti ini.

Laju tangannya menarik sarung bantal keluar dari bantal dengan tergesa-gesa. Tetapi apabila melihatkan kesan darah yang tembus sehingga ke bantal, kedua-dua sarung dan bantal jatuh ke lantai.

Dan ketika itu, anak matanya terarah ke cawan dan jag air. Jag air kosong dan cawan masih penuh.

Medina masih ingat malam semalam dia isikan air ke dalam cawan Dhiya sehingga air di dalam jag kosong.

Kepala ligat lagi berfikir. Seingatnya juga malam tadi Dhiya bangun kerana batuk dan ingin makan ubat. Jika air itu masih penuh, maknannya Dhiya tidak mengambil ubat.

Terus sahaja Medina keluar dari bilik mengambil telefonnya dari dalam beg. Mencari mesej yang dihantar oleh Kasyaf, sengaja tidak dibaca kerana merajuk.

Dhiya kritikal
8.49 am

Air liur ditelan berkali-kali. Perasaanya makin tidak sedap. Nombor Kasyaf terus dipanggil tapi tidak berjawab.

Tidak berfikir panjang, beg tangan dicapai dan enjin kereta kembali dihidupkan.


"BOLEH saya tahu pesakit bernama Nur Nadhiya binti Fauzi bilik mana?" soal Medina sebaik sahaja tiba di kaunter pertanyaan.

"Maaf puan, boleh ulang sekali lagi?" kerana terlalu laju, pegawai perempuan itu tidak dapat menangkap.

"Nur Nadhiya—" papan kekunci berbunyi apabila huruf ditaip "—binti Fauzi."

Keputusan pada skrin komputer dipandang. "Tingkat 3, bilik no A3-0021, bahagian kiri jika puan ambil lif di bahagian sama." Ibu jari menunjuk sopan ke arah lif yang berada lebih dari 10 meter dari mereka.

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Kerana sarat mengandung, Medina hanya mampu untuk melajukan langkahnya untuk ke lif. Apabila tiba di tingkat dia tuju, segera dia ke bahagian kiri.

Papan tanda pada pintu untuk masuk ke bahagian seterusnya dibaca. HDU, tidak pernah Dhiya dimasukkan ke dalam wad seperti itu.

Satu persatu nombor bilik dibaca. Sedang Medina mencari, langkahnya terhenti di hadapan bilik Dhiya.

Medina pandang Dhiya yang terlantar di katil dari luar bilik.

Tercungap nafasnya lalu Medina urutkan dada. Penat.

"Doktor tak tahu bila Dhiya akan sedarkan diri."

Suara itu buatkan Medina terangkat bahu kerana terkejut. Dia pandang Kasyaf yang mendekatinya.

Medina andaikan suaminya itu baru balik dari solat kerana hujung seluar dan kopiah terlipat dua yang berada di tangan.

"Apa maksud you?"

"She's in coma."

Dahinya berkerut, sehingga boleh nampak urat di kepala. "What?"

Kasyaf pandang Medina. Bebola matanya bergerak kecil ke kanan, kemudian ke kiri, ada kala ke bawah dan ke atas, akhirnya berhenti pada Dhiya.

Medina turut pandang Dhiya. Sedar akan situasi serius yang sedang berlaku, Medina masuk ke dalam bilik yang hanya menempatkan Dhiya.

Apabila air liur ditelan, terasa pedih melihatkan saluran yang dimasukkan ke dalam mulut Dhiya hingga mulutnya ternganga kecil.

"Kanser Dhiya dah merebak, survival rate below than 0.8%. Doktor bagitahu I untuk bersedia dengan kemungkinan yang akan berlaku. She has more or less than 1 month."

Kepala menggeleng. Tidak mahu percaya, terasa lututnya lemah tetapi segera disambut oleh Kasyaf.

"Apa you cakap ni?" suaranya pecah kerana air mat amula mengumpul. "Dhiya okay je."

"No, Dina. She was never alright." Suara Kasyaf kedengaran tegas. Medina berada di rumah bersama dengan Dhiya, takkan lah tidak tahu apa yang sedang berlaku pada Dhiya malam itu.

Tetapi Kasyaf sendiri tidak boleh salahkan Medina kerana di sendiri tidak berada di rumah.

"Doktor dah bagitahu dia sebulan awal pasal kanser dia yang dah merebak ke almost semua organ dia. Tapi dia rahsiakan dari kita. No wonder kalau you perasan dia berubah sikap, tak nak makan, tak nak buat kemo. Sebab dia tahu dia—" ayatnya tidak mampu diteruskan.

"No, not Dhiya." Medina pandang Dhiya yang matanya terpejam rapat.

Tubuh Dhiya digoncang perlahan. "Dhiya, jangan gurau dengan aku. Kau marah aku ke? Aku minta maaf, aku kasar dengan kau."

Pipinya makin basah apabila tidak mendapat sebarang reaksi daripada Dhiya.

"Dhiya bangun lah. Aku minta maaf," suaranya makin tinggi sambil digoncangkan tubuh Dhiya sedikit kuat.

"Dina." Kasyaf tarik ke belakang tubuh Medina untuk menghentikan perbuatan isterinya tapi Medina berpaut pada sisi katil hingga katil itu bergerak sedikit.

"Aku salah Dhiya, jangan marah aku, Dhiya. Bangun lah."

Apabila suara Medina makin tinggi Kasyaf dengus perlahan. Takut perbuatan itu mengganggu rehat Dhiya.

Jari Medina yang bertaut pada katil ditarik hingga akhirnya terpisah dan Kasyaf tarik menjauhi katil Dhiya.

"I tahu you marah kan I pasal semalam, I tahu I berkasar. Cakap Kasyaf yang ni cuma plan you dengan Dhiya untuk hukum I, cakap yang you bergurau dengan I." Rayunya sambil memandang tepat ke arah Kasyaf, berharap ini mimpi.

Kedua-dua bahu Medina dipegang rapat oleh Kasyaf. "Dina, I dengan Dhiya tak bergurau dengan you. Dhiya memang—" Kasyaf tarik nafas apabila matanya sendiri berhabuk, lalu dia hanya mampu untuk gelengkan kepala.

Medina jatuh melutut ke lantai. Dia pandang Dhiya kembali, apabila dia merangkak untuk ke Dhiya, Kasyaf hanya mampu untuk memeluk tubuh Medina dari belakang, mengahalang.

"Dhiya." Panggil Medina dengan sebab dan air mata Kasyaf turun lagi jatuh ke pipi.

Sorry lambat, tersyok tengok cerita siang tadi T..T

Continue Reading

You'll Also Like

317K 12.9K 19
"𝙎𝙤𝙪𝙡𝙢𝙖𝙩𝙚𝙨 𝙖𝙧𝙚𝙣'𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙧𝙨" (Book 2) Sila baca Tunang Paling Sweet telebih dahulu. "sayang,congrats" Sejambak bunga ros...
1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
637K 6.4K 9
𝐍𝐄𝐖 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐎𝐍! [SLOW UPDATE] #1 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙃𝙖𝙛𝙞𝙮 𝙇𝙪𝙩𝙛𝙖𝙣 | 𝘼𝙪𝙡𝙞𝙮𝙖 𝙇𝙪𝙛𝙮𝙖𝙖 Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
546K 4.9K 7
sᴏᴍᴇʙᴏᴅʏ ᴀsᴋᴇᴅ ᴍᴇ ɪғ ɪ ᴋɴᴇᴡ ʏᴏᴜ. ᴀ ᴍɪʟʟɪᴏɴ ᴍᴇᴍᴏʀɪᴇs ғʟᴀsʜᴇᴅ ᴛʜʀᴏᴜɢʜ ᴍʏ ᴍɪɴᴅ ʙᴜᴛ ɪ ᴊᴜsᴛ sᴍɪʟᴇᴅ ᴀɴᴅ sᴀɪᴅ ɪ ᴜsᴇᴅ ᴛᴏ. [Haiyan Rifqi X Qisya Aadora] Cerit...