Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

Par AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... Plus

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 7

14.3K 1.6K 467
Par AizackMesle

LUTHFAN akhirnya mampu tarik nafas lega. Setelah hampir satu jam Emiir 'cuci' dia habis-habisan tanpa beri peluang untuk dia mencelah walau sekali. Hanya mampu tadah telinga, cekalkan hati dengar Emiir membebel seperti mama di rumah. Jaranglah Emiir akan buka hikayat sabdu panjang-panjang, baru dia sedar sedap juga suara lelaki itu. Senang rupanya buat Emiir banyak cakap. Tips nombor satu, buat lelaki itu marah. Tips nombor dua, break the rules. Hahaha. 

"Okey, dah habis?" Luthfan yang tadinya dalam posisi menompang tangan di bawah dagu, kini tegakkan tubuh. Menggeliat sedikit, betulkan tulang. Rasa macam dah tua pula.

Emiir renung Luthfan tajam. Terjungkit kening apabila dengar soalan lelaki itu. Tangan naik berpeluk tubuh. Luthfan seperti mahu buka mukadimah panjang. Siap berdehem-dehem betulkan suara. Gayanya seperti pengetua sekolah yang menabur janji 'saya ingin beri sepatah dua kata'. Emiir mendengus kasar. Bercakap dengan Luthfan memang takkan jadi apa. Sejenis keras kepala. Kental sangat hati walau hampir dipecat sebentar lagi.

"Sekarang ni kau dengar pula..." Luthfan berdehem. 

"Bismillah...hei mamat ais batu! Kau sedar tak Eshaq tu anak kau. Bukan anak kucing, njirr! Kau sayang dia ke tak ha sebenarnya? For god's sake, he is just five! Kau layan dia macam umur dia dah 50 tahun. Kau pernah tanya tak apa yang dia suka, apa yang dia tak suka? Tak, kan? Selama ni Eshaq ikut semua kehendak kau sebab dia takut. Dia takut kau marah dia. Dia takut kau tak sayang dia lagi. Emiir...Eshaq cuma ada kau je, kau bapak dia, orang yang jaga dia sejak kecil. But you know what? Kau gagal Emiir. Kau yang selama ni tak pernah gagal dalam sesuatu perkara, kali ni dah gagal..."

Luthfan tarik dan hembus nafas panjang. Menjeda untuk beberapa detik, melihat reaksi Emiir. Namun, wajah lelaki itu masih kekal stoic. Tak ada sesiapa dapat jangka apa yang ada di sebalik reaksi wajah itu. Sedihkah? Gembirakah? 

"He needs you. He needs his daddy. Tapi kau dengan perangai beku tak boleh bawa bincang tu...kau yang buka jurang hubungan kau orang anak-beranak. Dia perlukan perhatian kau. Eshaq tak ada mak, dia hanya ada kau. Satu-satunya orang yang dia paling harapkan. Kau tahu tak, dekat sekolah dia tak mahu bercakap dengan orang, tak mahu bergaul dengan kawan-kawan. Sebab dia tak tahu macam mana. Kau yang besarkan dia macam itu. Kau nak budak lima tahun tu membesar jadi matang sebelum usia."

"But she changed him. Dia layan Eshaq selayaknya, dia beri perhatian kepada Eshaq. Yang mana selama ni kau tak berikan pun. Eshaq selesa dengan dia, Emiir. Terlalu selesa. Aku nampak macam mana perempuan tu sayangkan anak kau. Kalau aku tak kenal kau, mungkin aku akan anggap yang kau tak pernah sayang anak kau pun. Tapi sebab aku kenal kau, aku tahu Emiir. Jauh di sudut hati kau, kau rasa terkilan dengan semua ni. Kau rasa bersalah setiap kali kau terpaksa tinggalkan Eshaq waktu dia perlukan kau. Aku harap sebelum kau pecat aku, fikir apa yang cakap ni baik-baik. Aku tahu kau mampu buat keputusan yang terbaik untuk kau dan Eshaq."

Emiir diam. Sedari tadi, tiada sebarang suara dia bunyikan. Hanya pasang telinga, dengar setiap bait kata Luthfan menghentam-hentam telinga. Diam-diam juga memikirkan ada betulnya kata-kata Luthfan. Tetapi masih ego mahu mengaku. Lantaran itu, Emiir ambil keputusan untuk senyap. Rahang bergerak-gerak, memincing mata dengan renungan kosong terhadap teman rapatnya itu. 

"Eshaq perlukan kasih sayang seorang ibu. Sekeras mana pun kau tolak hakikat tu, Eshaq tetap perlukan seorang ibu. Kau ada duit banyak mana atau harta bergelimpangan sekalipun, kau takkan mampu beri budak tu kasih sayang ibu. Kau tak mampu, Raja Emiir Farran." Apabila nama penuh Emiir disebut, tanda Luthfan memang benar-benar serius dengan kata-katanya. 

"Jadi apa aku perlu buat?" Lama mendiamkan diri, barulah Emiir bersuara kembali. 

"Kau pergilah jumpa perempuan tu."

"Untuk apa?"

"Susahlah dapat kawan bengap percintaan macam kau ni. Ajaklah dia dating. Eh, tak perlu. Ajak kahwin terus!" Luthfan ketawa lepas. Rasa kelakar pula dengan cadangan sendiri. 

Mendengus kasar, Emiir bangkit dari sofa. Dia sudah dapat agak, cadangan Luthfan memang selalunya kurang bijak. Gila ke apa tak kenal tiba-tiba nak ajak dating, kahwin bagai. Gila! Mati hidup semula pun Emiir takkan lakukan semua itu. Ada banyak lagi kerja dia perlu uruskan daripada melayan benda remeh. 

"Oi, oi!" 

Belum sempat Emiir buka langkah, Luthfan tarik lengan lelaki itu supaya duduk di sebelahnya semula. Wajah ketat Emiir menyapa pandangan. Luthfan jungkit kening, cebirkan bibir. Sekalipun Emiir akan pecat dia selepas ini, dia tetap boleh ganggu lelaki itu. Memang setiap hari dia akan datang sini untuk jenguk Eshaq. Tidak sanggup memikirkan jika budak itu tinggal bersama Emiir yang sejuk beku ini berdua. 

"Aku gurau ajelah. Kau pergi jumpa perempuan tu dulu. Kenal dia luar dan dalam. I think I like her. Dia baik, lembut, manis, cantik, lemah-lembut, sopan. Sebab itulah Eshaq selesa dengan dia."

"Dah tu, kau jelah pergi kahwin dengan dia. Kenapa aku pulak?" Emiir kerut kening tidak suka. 

"Sekarang ni Eshaq tu anak kau atau anak aku?"

Emiir terdiam. Memang Eshaq itu anak dia. Tapi takkanlah dia perlu buat semua itu demi ingin memuaskan kehendak budak itu? Untuk beberapa saat, Emiir hanyut dalam kebisuan. Memikirkan baik dan buruk cadangan Luthfan. Tenggelam dalam kenangan lama, entah kenapa hati dia jadi hangat tidak semena-mena. 

"Pergi jumpa dia eh? Demi Eshaq, anak kau." 

Kumpul liur, ditelan rasa payah. Emiir balas tatapan penuh berharap Luthfan. Mata dipejamkan untuk beberapa saat. Wajah sayu Eshaq yang sedang menangis tiba-tiba terkilas dalam fikiran. Bayangan anaknya itu tersenyum bahagia, Emiir sangat menginginkan semua itu. Sekarang baru Emiir sedar, sepanjang membesarkan Eshaq jarang dia dengar gelak tawa budak itu. Manakan tidaknya, selama ini dia sering meninggalkan Eshaq bersama pengasuh demi urusan kerja. 

"So?"  Luthfan jungkit kening, meminta kepastian. 

Emiir tidak mengiyakan atau menafikan. Tetapi dari gerak-geri lelaki peti ais itu, Luthfan sudah dapat agak jawapan Emiir.

Lebar sengih di bibir Luthfan. Jarang sangatlah pujukan dia berjaya. Agaknya jika dia tidak sebut nama Eshaq, memang hati lelaki itu masih keras sekerasnya. Nama Eshaq memainkan peranan penting dalam lakonan Akasianya. 

"Aku tak kena pecat kan?!" Laung Luthfan kepada Emiir yang sudah melangkah ke arah tangga. Langkah lelaki itu terhenti seketika. Hala pandangan kepada Luthfan dengan wajah serius.

"Pergi siapkan kerja kau kalau tak mahu aku pecat betul-betul."

"Ay ay boss!" Luthfan ketawa besar.

*****

JELITA mengerutkan kening. Melihat Aliah yang tidak henti-henti tersenyum, buat dia naik hairan. Entah apa yang dilihat oleh gadis itu pada majalah antarabangsa itu. Dia baru sahaja selesai membuat pesanan sebentar tadi, perut lapar minta diisi. Pagi tadi tidak sempat sarapan pagi. Waktu sudah menginjak jam 12 tengah hari, baru berpeluang keluar ke restoran berdekatan tadika.

"Apa kau tengok tu?"

"Tengoklah ni, cover majalah ni," jawab Aliah yang masih tersenyum. Majalah di tangan dihulurkan kepada Jelita.

Hendak tidak hendak, Jelita membelek juga gambar muka hadapan majalah itu. Kening bertaut. Macam kenal aje. Macam pernah nampak, tapi di mana ya? Bila baca nama model muka hadapan majalah itu, barulah Jelita teringat. Raja Emiir Farran. Oh, ini bapa Eshaq. Jelita renung gambar itu sekali lagi.

Tidak dapat dinafikan, wajah lelaki bersut biru tua yang membuat pose menongkat dagu itu memang sangat sesuai jadi ikon muka hadapan majalah. Pose itu memperlihatkan Emiir menggayakan jam tangan mahal berjenama antarabangsa. IWC Schaffhausen? Tidak lancar Jelita menyebutnya. Berbelit-belit lidah. Jam yang dia pakai pun kalau tidak pasar malam, pasti dia beli dari Shopee yang hanya bernilai RM10. 

"Aku rasa dia ni memang keturunan kacak-kacak dan cantik-cantik belaka. Daripada bapak dia, sampai dia dan kakak-kakak dia semua, perghh insekiyor kau kalau jumpa. Otak dia orang pun, hebat-hebat belaka. Kakak dia sorang doktor, sorang tengah sambung belajar lagi, katanya bakal pensyarah. Dia ajelah sorang yang warisi bapak dia uruskan bisnes."

Jelita menggulingkan bebola mata ke atas. Bersungguh-sungguh benar Aliah bercerita perihal keluarga anak 'raja' itu. Setahunya Aliah hanya meminati drama dan pelakon Korea yang rata-ratanya pelakon handsome dan cantik masuk dalam senarai gadis itu. Apa tu namanya, Park Seo-joon! Jelita juga meminati drama Korea tetapi hanya menonton macam itu sajalah. Tidak sampai mengagumi bersungguh-sungguh. Nama pelakonnya pun masih sukar untuk Jelita sebut. Boleh tersimpul rapi lidah dia. 

"Kau dengar ke tidak aku cakap apa ni?" 

Jelita tersentak dari lamunan panjang apabila Aliah mencubit perlahan bahunya. 

"Aku rasa semua perempuan yang pandang dia mesti jatuh hati. Minat sangat!"

"Aku tak berminatlah ambil tahu pasal orang ni. Kau cakap apa tadi? Semua perempuan minat dia? Sorry, mungkin hanya sesetengah je kut sebab aku tak termasuk. I'm not interested. Sudahlah berangan tu Liah, mamat tu tak pandang pun orang macam kita ni tau. Aku dah order makanan, kau tak nak makan ke?" Jelita memang langsung tidak berminat untuk melibatkan diri dalam kehidupan korporat macam itu. Penuh dengan pantang larang. Buat ini tidak boleh, itu tidak boleh. 

Mengeluh panjang Aliah dengan balasan Jelita. Bibir dimuncungkan.

"Hmm, kau rasa Raja Emiir nak isteri yang macam mana?" 

Jelita kerutkan kening apabila dengar soalan Aliah. Aik? Macam menyimpan harapan je tu.

"Pada zahirnya, tentulah dia nakkan yang setaraf dengan dia. Yang cantik, kaya, berpelajaran. Dan paling penting sesuai untuk jadi ibu kepada anak dia. Takkanlah dia nak sejenis macam kita pulak kut. Tapi jodoh pertemuan, mati ajal semua di tangan Allah. Kalau jodoh kau tertulis macam itu, kau kaya atau miskin sekalipun, tetap akan bersatu juga. Cuba kau tengok kisah Nabi Muhammad SAW dengan isteri baginda, Saidatina Khadijah RA. Rasulullah dengan isterinya pun banyak perbezaan dari segi harta dan umur, tapi sebab jodoh baginda dah tertulis, tetap juga bersama, kan?" Tidak terlalu panjang hikayat Jelita tetapi ada unsur-unsur pengajaran. 

Aliah angguk saja. Bersetuju dengan hujah Jelita. Ada betulnya juga. Jika sudah tertulis jodoh, walau jarak memisahkan darat dan lautan, akhirnya tetap akan bersama juga. 

"Sekalipun aku tak dapat jadi isteri dia, dapat jadi kawan isteri dia pun jadilah." Aliah tersengih-sengih. 

Jelita sudah kerutkan kening. Aik, lain macam je cara Aliah bercakap. Macam ada makna tersirat aje. Jelita geleng kepala. Wajah Aliah yang tersengih seperti kerang busuk ditikam tajam-tajam. Sepertinya dia dapat agak apa yang bermain di fikiran gadis itu. 

"Maksud kau?" Jelita berpura-pura tidak mengerti.

"Kan seronok kalau kau dapat jadi isteri Raja Emiir tu. Kau pun apa kurangnya, cantik, manis, pandai. Hah, kau pun rapat kan dengan Eshaq tu? Satu bonuslah untuk kau! Selalunya duda ni kan, dia akan cari perempuan yang pandai ambil hati anak dia dulu tau." Entah fakta dari mana Aliah kutip. 

Buang nafas kasar, Jelita jegilkan mata memandang Aliah. Masih juga berangan Aliah ni kan. Tak ada angin, tak ada ribut takkan Emiir tiba-tiba ingin berkahwin dengan dia yang tidak ada apa-apa ni? Mengarut betul Liah! Lagipula, mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Jelita memang tiada apa-apa perasaan pun terhadap lelaki itu.

Macam itu nak kahwin? Simpang 44 lah! 

"Sudahlah! Daripada layan kau merepek, baik aku makan. Buat cair tahi telinga aku je dengar kau punya angan-angan Mat Jenin. Jangan bermimpi di siang hari. Orang tu pun silap-silap takkan pandang aku. Jangan katakan pandang, jeling pun tak sudi." 

Aliah mencebik dengar balasan Jelita. 

Coldest Husband,
4 Jan 2022

Next kita jumpa.

Choose one,
Bercinta dulu or kahwin dulu ?

[TARGET : 200 COMMENTS]

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1.2M 78.9K 36
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
1.6M 71.2K 76
မာဗာရစ် + ခွန်းညီလွန်းရန် ( 8.9.2023)
1.5M 87.9K 86
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
3M 175K 77
Nobody ever loved him; she was the first who loved him. He did not have a family and then one day she entered into his life and became a world for h...