Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]

By AizackMesle

594K 63.8K 9.7K

Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan... More

COPYRIGHT
PROLOGUE
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
B A B 21
B A B 22
B A B 23
B A B 24
B A B 25
B A B 26
B A B 27
B A B 28
B A B 29
B A B 30
B A B 31
B A B 32
B A B 33
B A B 34
B A B 35
B A B 36
B A B 37
B A B 38

B A B 6

14.1K 1.6K 366
By AizackMesle

ANGIN sepoi-sepoi bahasa petang itu bertiup perlahan, menampar-nampar manja kulit wajah. Keringat dingin yang mengalir di wajah dibiarkan. Rasa dingin sejuk apabila peluh bercampur angin petang itu. Kaki menghentak-hentak permukaan simen dengan kelajuan konsisten, larian sederhana. Tidak laju, tidak perlahan. Emiir berjoging sejak dua puluh minit yang lepas di atas trek pejalan kaki di sekeliling kawasan perumahannya. 

Memang sudah ada gim mini di dalam rumah tetapi Emiir buat keputusan untuk ambil angin petang. Pulang dari pejabat tadi, dia menyalin pakaian dan terus berlari di sekeliling kawasan ini. Nafas menderu ganas, tubuh sudah mengeluarkan banyak air peluh. Tenaga digunakan secara maksimum, tidak mengendahkan waktu yang terus berjalan pantas. Saat ini, Emiir hanya ingin berlari sejauh mungkin. Kalau boleh dia ingin berlari dari realiti ini. 

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, Emiir sering dikejar kenangan lalu. Emiir benci untuk putar kenangan itu sebagai memori. Kenangan yang dianggap mimpi ngerinya, tidak seharusnya Emiir ingati lagi. Namun, orang kata makin kita benci, makin sayang. Semakin Emiir benci, semakin kuat ingatannya menyelak tirai kenangan untuk insan itu. 

Pada zahirnya Emiir sudah cuba. Berlarian sejauh yang mungkin tetapi dia tetap akan jumpa trek permulaan lariannya tadi. Begitu Emiir cuba untuk melupakan, kenangan itu tetap akan kembali. Setidaknya secebis dua, Emiir tidak dapat lupakan. Eshaq merupakan bukti percintaannya dulu. Yang gagal dan terkandas di tanah gersang. 

Sepenggal senyuman nipis terukir di hujung bibir. Mentertawakan diri sendiri. 

"Kalaulah kau tak bodoh percayakan perempuan tu..." 

Lariannya yang menderu laju semakin perlahan dan lama-kelamaan kaki berhenti daripada terus menghentak dan menolak permukaan simen trek pejalan kaki. Emiir memejamkan mata. Semakin hatinya keras untuk menafikan perasaan ini, semakin kenangan lalu membuai hati dan perasaannya. Melayan perasaan jiwang karat selama lima saat. Emiir tarik dan hembus nafas panjang. Kalau boleh biar sampai hati tenang. 

Emiir buat keputusan untuk meneruskan larian. Berlari sejauh dan sepantas yang boleh. Mungkin Emiir boleh meninggalkan kenangan itu sejauh-jauhnya. Emiir berlari seiring dengan waktu. Laju dan pantas tanpa henti. Sudah menyimpan tekad di dalam hati. Dia pasti akan menunaikan suatu pengharapan, suatu janji kepada diri sendiri yang bertolak dari titik-titik derita. 

Matahari semakin tenggelam, senja mula menyinsing. Emiir meneruskan larian hingga ke pagar besar rumah agamnya. Pengawal yang tadinya enak minum kopi, hampir tersembur kopinya tatkala figura tuan besarnya semakin menghampiri. Cawan kopi diletakkan ke atas meja lalu bangkit mendadak. Dia terpacak di depan pondok pengawal, berdiri tegak seperti patung cendana. 

"Tuan..."

Seperti masih berada di dunia sendiri, Emiir terus melangkah melepasi pengawal tersebut tanpa sepatah kata. Hanya bunyi cengkerik. 

Krik...krik...krik...

"Aku ada buat salah ke?" soal Man kepada diri sendiri. Selalu jika dia tegur, paling kurang pun Emiir akan angguk sahaja. Tapi tadi dengan wajah ketat Emiir langsung tidak menegur atau menyahut sapaannya. 

Selesai membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib, Emiir berlalu keluar dari kamar tidur. Pejabat mini yang terletak di tingkat dua rumah agam itu menjadi tujuannya. Di pucuk kesunyian, telinga tajam Emiir menangkap sayup-sayup suara seseorang dari kamar tidur anaknya. Emiir tidak jadi melangkah dan berdiri terpacak di depan pintu bilik Eshaq. 

"Warna ni cantik, sesuai untuk mummy!" 

Berlapis-lapis dahi Emiir tatkala dengar perkataan terakhir yang keluar dari bibir Eshaq. Dengan maintain wajah stoic, dia pulas tombol pintu. Menolak perlahan daun pintu tersebut tanpa sebarang ketukan. Saat itu, suara Eshaq juga hampir tersekat. Pamer wajah terkejut untuk beberapa saat sebelum menunduk. Sehelai kertas lukisan disorokkan ke belakang tubuhnya. 

"What are you doing?"

Anak mata hitam pekat itu jatuh pada pensel-pensel warna yang bertaburan di atas lantai. Kemudian, mencari wajah Eshaq. Emiir kerutkan kening, rasa hairan dan tertanya-tanya melihat Eshaq seperti menyembunyikan sesuatu di sebalik tubuh. Lantaran rasa ingin tahu yang maha tinggi, Emiir buka langkah merapati anaknya. Tangan ditadah. 

"Sorok apa dekat belakang tu? Let me see it." Bukan permintaan melainkan arahan. Dari nada yang digunakan saja, Eshaq sudah tahu. 

"Tak boleh." 

Emiir sedikit terkejut dengan jawapan Eshaq. Tidak pernah Eshaq langgar arahan dia. Ini kali pertama. Namun, seraut wajahnya masih maintain beku. Nafas dihembus panjang. Emiir bercangkung di hadapan Eshaq sambil masih menadah tangan. 

"Daddy cuma nak tengok." Nada bertukar sedikit lembut meski wajah kekal sama. 

"Tak boleh. Ni Eshaq punya." Budak itu pun tegak dengan pendirian. 

"Tadi Shaq ada sebut perkataan mummy. I heard that. Don't lie to me, Raja Eshaq Farran. Now, you tell me. Apa yang Eshaq lukis?"

Sekali lagi Eshaq terkejut. Tidak sangka daddy akan dengar yang itu juga. Kepala digeleng sebagai sahutan. Masih genggam kuat-kuat kertas lukisannya. Daddy tak boleh tengok!

Rasa tidak puas hati dengan jawapan Eshaq. Emiir terus rampas kertas lukisan tersebut secara paksa. Berdiri kembali, membawa jauh lukisan tersebut daripada Eshaq. Terlompat-lompat budak itu untuk mencapai kembali lukisannya. 

"Bagi semula! Itu Shaq punyalah!" 

Emiir tidak mengendahkan rengekan Eshaq. Anak mata hitam pekatnya memanah lama lukisan Eshaq. Kening bertaut. Ada tiga orang lidi, yang Emiir dapat agak dua orang lidi berjantina lelaki bersama seorang perempuan. Orang lidi bersaiz kecil berada di tengah-tengah. Terlihat seperti keluarga orang lidi. Anak mata Eshaq kembali ditentang. Sudah berair mata budak itu.

"Don't cry, little boy. I just want to see it. Who is this?" Jari telunjuk dihala pada orang lidi di tengah.

"Me."

"You?" 

Eshaq angguk. Air mata diseka. Menyedut hingus dengan bibir melengkung ke bawah.

"This one?" Jari telunjuk berkalih pada orang lidi berjantina lelaki di sebelah kiri.

"Daddy..." jawab budak itu perlahan. 

Emiir diam sebentar. Untuk beberapa saat, dia rasa terhenyak dengan jawapan Eshaq. Bukan berkaitan dia. Tetapi jika yang di tengah itu Eshaq, di kiri itu dia, bermakna yang di kanan itu...

"And who is this woman?" 

"Mummy..." Suara Eshaq tinggal seperti bisikan. 

Tatkala itu, hati Emiir benar-benar menghangat dengar pengakuan itu daripada anaknya. Rahang bergerak-gerak, menandakan kuat sangat dia mengetap gigi. Raut wajah Emiir berubah tegang setegangnya. Tanpa sebarang amaran, kertas lukisan itu terus dikoyak-koyak. 

Tangisan Eshaq langsung tidak diendahkan.

"No! Please daddy, no!" 

Tanpa ada rasa untuk memujuk, Emiir membiarkan esakan tidak berlagu anaknya di dalam bilik tersebut. Mengajar Eshaq untuk pujuk rajuk sendiri. Emiir buka langkah menuju ke luar tanpa rasa bersalah. Hatinya masih hangat. Panas. Menggelegak hingga ke kepala. 

Satu per satu cebisan kertas yang berselerak di atas lantai, Eshaq kutip dengan sedu-sedan. Bahu terhinggut-hinggut. Mata dan pipi memerah kerana menangis. 

"Mummy...cikgu cantik...hiks...nak mummy..."

*****

"MANA Eshaq?"

Malam itu, Luthfan datang untuk berjumpa Emiir. Urusan berkaitan syarikat. Alang-alang itu Luthfan datang untuk makan malam di sini sekali. Makanan sedap, pantang tok nenek Luthfan menolak. Hampir sepuluh minit melabuhkan punggung di ruang makan, namun kelibat Eshaq masih tidak ada. Ingin tahu perkembangan budak itu. Dua hari lepas demam, sudah sihat ke belum? 

Luthfan tidak sempat menjenguk Eshaq. Pulang saja Emiir dari Singapura tempoh hari, kerja dia yang hanya setinggi rumah, kini sudah setinggi Gunung Kinabalu. Bertimbun-timbun. Mungkin itu hukuman daripada Emiir kerana tidak menjaga Eshaq baik-baik. 

Emiir angkat bahu. Mata masih fokus pada skrin tablet kerja. Sesekali meneguk air kosong, ditelan perlahan. Diam-diam fikiran serabut memikirkan anaknya juga. Hampir dua jam budak itu tidak keluar dari kamar tidur sejak dia tinggalkan budak itu dalam keadaan rajuk tersisa. Tangkai hati rasa dijentik dengan soalan Luthfan. Buat sekian kalinya, nafas dihela panjang. 

"Eshaq dah makan ke?"

Dah makan ke budak itu? Tentunya tidak. 

Masih juga membisu. Emiir angkat punggung tanpa suara. Bunyi geseran kaki kerusi membuatkan perhatian Luthfan teralih. Lelaki itu memandang Emiir hairan, ada tanda-tanya. Berniat untuk tanya, namun Emiir sudah pun dayung kaki laju-laju menuju ke tingkat atas. Luthfan jungkit kening, menghantar pemergian Emiir dengan ekor mata.

Tiada suara. Hampir lima minit Emiir terpacak di depan kamar tidur Eshaq yang tertutup rapat. Hati masih berbelah bahagi. Memang ada secebis rasa bersalah terhadap anaknya. Kejadian tadi membuatkan hati beku Emiir hampir melilih sayu tetapi otak berkeras untuk membiarkan. Dia bertindak mengikut emosi, luar kawal. 

Daun pintu ditolak perlahan. 

"Eshaq, mari makan. Uncle Luth ada dekat bawah," ajaknya bernada biasa. Seolah-olah hubungan mereka tidak bermasalah. 

Satu minit berlalu pantas. Namun, tiada sebarang sahutan diterima. Emiir telan liur, kurang sabar. Kaki menapak lagi dekat ke arah birai katil anaknya. Melihat gumpalan gebar itu langsung tidak bergerak, perlahan tangannya cuba untuk menarik gebar tersebut. 

Tetapi terhenti apabila Eshaq tiba-tiba turunkan gebar. Jengul kepala sedikit dengan mata membengkak. Sedu-sedan masih tersisa. Emiir raup wajah, cuba untuk mengawal emosi. Rasa dada seperti direngkuh-rengkuh dari dalam melihat keadaan anaknya. Punggung dilabuhkan pada birai katil. 

"Jom turun." 

Eshaq geleng kepala. "Tak mahu, kenyang." 

"Uncle Luth ada dekat bawah, tunggu Eshaq." Emiir cuba pancing Eshaq lagi. Sedar yang saat ini hubungan Eshaq dengan Luthfan lebih akrab berbanding dia. Bukan tidak sedar tetapi Emiir tetap menangkan ego. Semua benda yang dia buat hanya untuk kebaikan Eshaq. Bukan untuk dia, tetapi untuk anaknya. Gagalkah dia sebagai seorang bapa membesarkan budak itu seorang diri? 

Emiir sudah cuba semampu yang boleh. Jujurnya, tidak mudah untuk membesarkan anak tanpa seorang ibu. Anak dia...diam-diam ingin rasa kasih sayang ibu. Emiir tak mampu tunaikan permintaan yang itu. Bahkan, dia sebagai bapa saja tidak mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada Eshaq. Emiir mengaku semua itu, tidak menafikan sedikit pun. Tahu di mana salah dia. 

"Shaq nak mummy..." Mata berkaca-kaca Eshaq ditentang dengan keluhan. 

"Mummy tak ada, dia dah lama mati. Eshaq tahu kan?" Nada bertukar keras sedikit. 

"Tapi cikgu cantik ada. Shaq nak cikgu cantik. Dia mummy Shaq!" 

Emiir hela nafas. Siapa pula gerangan cikgu cantik itu? 

Melihat kebisuan daddy, Eshaq bangkit dari pembaringan. Lengan berurat lelaki itu disentuh, jemari mula mencengkam perlahan. Digoyang-goyangkan seperti sedang meminta hajat. Untuk kali ini, Eshaq benar-benar berharap daddy akan tunaikan permintaan dia. Untuk kali ini saja pun tak apa.

"Please daddy...Shaq nak cikgu cantik jadi mummy Shaq," rayunya bersungguh-sungguh. 

"I don't even know her, Eshaq."

"Uncle Luth kenal cikgu cantik! Please daddy, please. Please ambil cikgu cantik duduk sini dengan kita. Shaq nak cikgu cantik..."

Hei budak, kau fikir cikgu cantik kau tu kucing ke nak ambil-ambil macam itu aje?

Emiir tidak beri jawapan. Angkat punggung, berdiri tegak semula di sisi katil. Pandangan tajamnya menikam-nikam wajah Eshaq tidak percaya. Budak-budak kalau bercakap memang senang kan? Minta benda pelik-pelik pun seolah-olah sedang meminta gula-gula.

"Daddy..."

"My answer is no, Raja Eshaq Farran. Don't talk nonsense."

Emiir pusingkan tubuh untuk keluar. Namun, langkahnya terhenti apabila melihat Luthfan tercegat tanpa suara di muka pintu. Wajahnya tegang, mencerlung anak mata hitam pekat itu seolah-olah menyampaikan amaran ribut petir bakal berlaku kepada Luthfan.

Kenapa Luthfan tak pernah beritahu dia tentang 'cikgu cantik' itu? Sudah berkali-kali dia pesan agar sentiasa memberitahu perkembangan Eshaq kepadanya. Pandai pula lelaki itu berpihak kepada anaknya, simpan rahsia budak itu.

Siap kau.

Coldest Husband,
3 Jan 2021

Hampir menemui Jelita, heee

Choose one,
DUDA OR TERUNA ?

[TARGET: 200 COMMENTS]

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 79.6K 36
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
3.2M 140K 73
The person who like to listen only when he himself is speaking is listening her all non sense talk. The person who find satisfaction while seeing peo...
3.2M 133K 59
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
2.9M 238K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...