Mr. Duda

By gadishazel

3M 152K 10.3K

• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masi... More

MR DUDA
D || 01
A || 02
R || 03
I || 04
E || 05
L || 06
M || 07
E || 08
D || 09
I || 10
N || 11
A || 12
D || 13
A || 14
R || 15
I || 16
E || 17
L || 18
M || 19
E || 20
D || 21
I || 22
N || 23
A || 24
D || 25
A || 26
R || 27
I || 28
E || 29
L || 30
M || 31
E || 32
D || 33
I || 34
N || 35
A || 36
D || 37
A || 38
R || 39
I || 40
E || 41
L || 42
M || 43
E || 44
D || 45
I || 46
N || 47
A || 48
D || 49
A || 50
R || 51
I || 52
E || 53
L || 54
M || 55
E || 56
D || 57
I || 58
N || 59
A || 60
D || 61
A || 62
R || 63
I || 64
E || 65
L || 66
M || 67
E || 68
D || 69
I || 70 *
N || 71
A || 72
D || 73
A || 74
R || 75
I || 76
E || 77
L || 78
M || 79
E || 80
TELEGRAM : )
MR. DUDA RAYA

D || end

58K 1.9K 162
By gadishazel

Tiga bulan kemudian...

"DHEA! Darren! Cepat turun! Dah siap ke belum?" jerit Medina memanggil dua anaknya. Dalam dukungannya ada Dyana. Anak bongsunya. Manakala Daniyal ada bersama Dariel.

"Sayang... Dah siap belum? Kejap lagi pengantin dah sampai. Kita pula tak sampai lagi." ujar Dariel. Sempat dia mengerling jam tangan miliknya.

Medina makin risau. Sudah la, dia pengapit kepada pengantin perempuan. Kalau bukan sebab permintaan pengantin perempuan. Tidak la dia risau begini.

"Mama! Papa! Tengok Abang Arren ni... Habis rambut Dhea, abang rosakkan." adu Dhea.

Medina dan Dariel serentak memandang Dhea yang baru turun dari atas. Nasib Dhea sudah siap cuma rambutnya sahaja yang rosak sedikit.

"Mana ada. Dhea yang lambat. Padan muka!"

"Arren... Apa mama cakap hari tu? Masih tak sedar hmm?" ujar Medina lembut.

Darren menunduk kepalanya. Kalau mamanya sudah tegur, memang tiada kata-kata untuk dibela.

"Dah, jangan nak buat drama kat sini. Kita dah lambat ni. Nanti-nanti la denda. Kita kena gerak sekarang." selar Dariel.

Medina mengangguk kepala setuju dengan Dariel bahawa sedar mereka sudah terlewat. Darren dan Dhea hanya akur. Masing-masing masuk ke kereta. Dengan lafaz bismillah, mereka sekeluarga menuju ke destinasi.

MERIAH suasana dewan hotel itu membuatkan Medina rasa teruja. Meski dia tidak miliki majlis perkahwinan yang gah seperti ini. Namun dia bersyukur kerana dia kembali kepada si dia yang dicintai.

"Abang bawak anak-anak duduk dekat sana. Sayang pergi la, bersiap." ujar Dariel.

"Eh, biar la sayang bawa Nia duduk sana. Takkan abang nak dukung dua-dua pulak?" soal Medina.

"Sayang... Lupa ke, yang kita ada ni?" Dariel menunjukkan stroller baby yang di tolak Darren.

"Hehehehe, lupa." senyum Medina.

Dariel menggeleng kepalanya. Tahu sangat isterinya akan lupa. Ya la, jadi ibu kepada empat orang anak membuatkan Medina mudah lupa.

"Dah, pergi cepat. Nanti tak sempat siap pulak,"

"Sayang pergi dulu. Jumpa nanti."

"Ya. Cepat," halau Dariel.

Medina berlalu meninggalkan suami dan anak-anaknya. Dariel melihat pemergian isterinya. Yakin isterinya sudah jauh. Dia memandang Darren dan Dhea.

"Semua dah siap?"

"Siap, papa!"

MEDINA masuk ke ruang tunggu pengantin. Melihat pengantin yang cantik memakai gaun pengantin membuatkan dia cemburu.

"Eh, akak? Bila sampai? Tak perasaan pun."

"Baru je, Anna. Sorry lambat sampai. Nia buat hal tadi." jelasnya.

Anna senyum. Dia tidak kisah jika Medina lewat kerana dia tahu Medina merupakan ibu kepada empat orang anak. Wajarlah, kalau dia lewat sekalipun.

"Tak pe, akak bersiap je dulu. Baju ada dekat sana. Akak tukar la dulu. Nanti dah siap tukar, datang sini mekap sikit." arah Anna sambil menunjukkan di mana pakaian yang hendak dipakai oleh Medina.

Medina mengangguk. Dia melangkah ke arah pakaian yang tergantung di dinding. Dari jauh tadi, dia nampak pakaian ini nampak biasa tapi bila dekat nampak luar biasa pulak.


"Betul ke, ni baju pengapit? Kenapa nampak macam baju pengantin je ni?" soalnya di dalam hati.

Malas mahu banyak soal dia salin pakaian di dalam tandas. Anna yang melihat Medina hilang masuk ke tandas segera membalas mesej seseorang.

DI SISI LAIN,

DARIEL yang sedang bersiap bersama empat anaknya mengukir senyum. Tak sangka hari ini adalah harinya. Hari paling bersejarah yang diimpikan oleh Medina sendiri.

Ting!

Dariel segera mengambil telefon pintarnya. Dia membaca mesej yang dihantar oleh Anna. Serta mertanya bibirnya naik mengukir senyum.

"Papa... Kenapa papa tiba-tiba nak buat kejutan untuk mama? Bukan papa dah selalu buat ke? Kenapa hari ini, kita buat dekat majlis aunty Anna?" soal Dhea.

Dariel mematikan telefon pintar miliknya. Dia melangkah ke arah Dhea. Dariel melutut di hadapan anaknya. Rambut Dhea diselit ke belakang telinga.

"Dhea... Nanti kalau Dhea dah kahwin nanti. Dhea mesti faham kenapa papa buat macam ni. Papa nak mama happy. Dhea happy kan kalau mama happy?" Dhea mengangguk kepalanya.

"Happy. Dhea suka mama senyum. Cantik!"

"Sebab tu, papa nak buat mama nampak cantik hari ini. Pasal majlis aunty Anna. Jangan risau. Papa dah lama rancang dengan aunty Anna nak buat majlis sama-sama. Memandangkan hari ini, hari anniversary papa dan mama."

"Hari anniversary tu apa, papa?"

"Anniversary tu macam hari lahir tapi versi dewasa." jelas Darren.

"Betul ke, pa?"

Dariel hanya mengangguk kepalanya. Haih, layankan sahaja la karenah anak-anaknya. Nasib Nia dan Niyal tak meragam. Kalau tak, memang rosak rancangan dia.

"Bro,"

Dariel berpaling memandang ke belakang. Wajah Isa yang menyapa matanya membuatkan bibir mengukir senyum.

"Ready?"

"Ready."

TERPEGUN Medina melihat wajahnya yang di mekap oleh mak andam. Cantik!

"Akak, jom. Majlis dah nak mula." ajak Anna.

Medina memandang Anna yang cantik bertudung. Tanpa sepatah kata, dia hanya ikut langkah Anna. High heels disarung pada kaki dan mereka berdua melangkah keluar dari bilik tunggu.

Tiba sahaja di hadapan pintu masuk. Medina menjadi gugup. Wajahnya yang cantik di mekap. Baju seperti gaun pengantin dan high heels?

"Sayang nampak cantik."

Medina mengangkat wajahnya. Terkejutnya melihat Dariel sudah menukar pakaian seperti pengantin lelaki. Lengkap bertuksedo putih.

"Abang. Apa abang buat dekat sini? Anak-anak?" soal Medina. Matanya sempat melilau mencari anak-anaknya.

"Ada. Dekat dalam dengan Isa dan Aisya. Jangan risau. Sayang ikut je abang. Abang akan raikan impian sayang." ujar Dariel.

Pap!

"Aduh, sakit la sayang." adu Dariel. Dadanya yang terkena tamparan Medina diusap perlahan.

"Abang jangan nak main-main boleh? Ini kan majlis Anna dengan suami dia. Jangan mengarut la, bang." ujar Medina. Namun perasaannya tetap gugup.

"Abang tak main la. Tak percaya tanya Anna,"

"Betul akak. Riel yang rancang semuanya. Dia yang sponsor majlis perkahwinan Anna dan suami. Happy anniversary akak! Tak sangka tarikh kita sama."

Medina termangu. Matanya memandang Dariel meminta penjelasan. Namun pintu masuk sudah terbuka dan Medina terkejut melihat ada dua pelamin di atas sana dengan tema yang berbeza.

"Sayang... Fokus." bisik Dariel.

Medina cuba untuk fokus. Namun fikirannya melayang akan kata-kata Anna. Anniversary. Subhanallah, sungguh dia tak ingat akan tarikh penting sebegini.

"Terima kasih sebab masih sudi menjadi isteri abang. Meski kita ditimpa pelbagai dugaan. Sayang tetap berada di sisi abang." ucap Dariel dengan nada berbisik.

Medina memandang kilas Dariel. Bibirnya mengukir senyum.

"Terima kasih untuk abang jugak. Sebab masih terima Dee sebagai isteri abang. Banyak kekurangan Dee pada abang. Terima kasih, Dee sayang abang."

"Abang pun sayang, Dee."

Usai berkata, nama mereka berdua di sebut oleh pengacara majlis. Kedua-duanya anggun dengan pakaian pengantin tersebut. Langkah sahaja masuk jelas Medina nampak Aisya, Isa, Ilyana dan suami serta keluarga Mak Long dan Mak Su hadir ke majlisnya. Tidak lupa juga pada Dhea dan Darren menjadi bunga dan kumbang pada majlis tersebut.

Medina mengukir senyuman yang tidak terhingga. Ya, setiap cerita cinta pasti ada pengakhiran, meski hubungan mereka terlarang bamun dengan kuasa Allah. Mereka tetap tenang menghadapi dugaan yang diberi. Dan dia gembira dengan pengakhiran bersama Dariel. Selamanya dia akan bersama bidadara syurganya.

- T H E E N D -















bebel :

Holla! Huhuhuhuhu, akhirnya tamat juga Mr. Duda sebanyak 81 chapter 🤧 ada yang puas hati? Tak puas hati? Hahaha, meh comment apa yang tak puas hati tu 😩 okay la tu je nk bagitahu. Tiada special chapter. Sbb apa? Hmm, sebab tiada idea dah nak perah 😂 lagipun banyak stories lagi I nak publish. So, hope korang akan support I sampai la I rasa I akan berhenti ♥️ jgn stop Mr. Duda je. Nnty i merajuk. Pasal cerita Alya dan Ameer, mungkin coming soon. So, korang tunggu la ye!

Bye ~~~

Continue Reading

You'll Also Like

306K 22.2K 78
❌DILARANG UNTUK DITIRU SAMA SEKALI ❗CERITA INI 100% DIKERAH DARI OTAK SAYA -TOP 1 KING OF THE BEST TEEN FICTION OF NOVELIS AWARD "Kauorang nak tau ta...
1.1K 86 19
DISCONTINUED.. Tapi kalau nak baca.. Feel free to read it^_^ Psst, i do update sometimes hehe Iris Aurora seorang yang sangat independent dan naive b...
5.9M 137K 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bil...
32.3K 1.8K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...