Mr. Duda

By gadishazel

2.8M 147K 10.2K

• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masi... More

MR DUDA
D || 01
A || 02
R || 03
I || 04
E || 05
L || 06
M || 07
E || 08
D || 09
I || 10
N || 11
A || 12
D || 13
A || 14
R || 15
I || 16
E || 17
L || 18
M || 19
E || 20
D || 21
N || 23
A || 24
D || 25
A || 26
R || 27
I || 28
E || 29
L || 30
M || 31
E || 32
D || 33
I || 34
N || 35
A || 36
D || 37
A || 38
R || 39
I || 40
E || 41
L || 42
M || 43
E || 44
D || 45
I || 46
N || 47
A || 48
D || 49
A || 50
R || 51
I || 52
E || 53
L || 54
M || 55
E || 56
D || 57
I || 58
N || 59
A || 60
D || 61
A || 62
R || 63
I || 64
E || 65
L || 66
M || 67
E || 68
D || 69
I || 70 *
N || 71
A || 72
D || 73
A || 74
R || 75
I || 76
E || 77
L || 78
M || 79
E || 80
D || end
TELEGRAM : )
MR. DUDA RAYA

I || 22

42.6K 2.1K 118
By gadishazel

BERGETAR tangan Puan Rahimah melihat gambar yang diberi oleh Anna beberapa minit lalu. Matanya tajam memandang dua figura yang berada di dalam gambar itu namun satu sahaja wajah yang sudah lama dia tidak lihat.

Azyara.

"Aunty, aunty kenal ke dengan perempuan yang rapat dengan Kiem tu? Dah la, Kiem tiap hari selalu singgah situ sebelum balik rumah aunty. Lepastu, bukan perempuan ni je tau ada. Marissa pun ada sekali. Siap berpelukan bagai. Dorang ada perancangan nak kenakan Kiem ke?" soal Anna.

Sudah beberapa hari berlalu, sejak dia mula bekerja di syarikat di bawah Dariel. Dia perasaaan Dariel sering pulang awal dari waktu mereka pulang dan singgah di sebuah bangunan apartment yang tak jauh dari pejabatnya.

Pada mulanya, dia ingatkan rumah Dariel yang dibeli senyap-senyap selepas Puan Rahimah menjual rumah banglo miliknya di Putrajaya. Namun siapa sangka, di dalam rumah itu dihuni oleh seorang wanita yang tak pernah dia lihat malah Marissa juga ada datang ke rumah itu bersama.

"Kamu tahu tak, apartment tu kat mana? Nama apartment tu ke?" soal Puan Rahimah.

Anna menggeleng kepalanya. Baginya, buang masa sahaja untuk dia ingat nama apartment itu. Walaupun hatinya sakit melihat Dariel bermesra dengan perempuan lain.

"Tak, aunty. Lagipun masa tu, Anna marah sangat dan terus pergi dari situ."

Puan Rahimah menghela nafas lemah. Fikirannya mula hendak menyerang Azyara kerana menganggu anaknya semula. Huh, siapa sangka wanita itu berani muncul semula selepas lima tahun.

"Tak pe, terima kasih bagitahu aunty pasal hal ini. Kalau Anna tak bagitahu aunty rasa Kiem akan buat luar jangka lagi." gambar tadi diletak di atas meja. Dia harus siasat perihal lebih lagi.

"Maksud aunty?"

Puan Rahimah hanya senyum. Dia takkan sesekali beritahu Anna tentang wanita yang Dariel bertemu. Biar la, itu menjadi rahsia antara mereka sekeluarga memandangkan Anna hanya mengetahui Marissa adalah bekas isteri Dariel.

MARISSA tersenyum melihat figura Dhea berlari keluar dari tadika. Darren juga mengekori Dhea memandangkan mereka berdua akan dijemput oleh Marissa untuk pulang bersama.

"Anak mama. Anak mama macam mana hari ini? Okay?" soal Marissa lalu melabuhkan cium di dahi dan pipi Dhea.

Dhea tersenyum suka. Sudah lama dia mahu bermanja begini bersama ibu kandungnya namun keadaan dulu tidak mengizinkannya.

"Dhea okay. Abang Mika pun selalu jaga Dhea. Dhea seronok sangat!" ujar Dhea gembira.

Marissa senyum senang. Matanya memandang Darren yang kacak di belakang Dhea. Dia akui Darren sememangnya iras dengan Dariel.

"Mama! Mama, Dhea lapar. Jom kita pergi makan nak? Dhea nak mama suap," Marissa memandang wajah Darren. Kalau ikut hatinya memang dia mahu ajak Dhea keluar makan namun mengingatkan Darren turut sama membuatkan dia serba salah.

"Tak pe, aunty. Arren, ikut aunty dengan Dhea. Rx, mama ada hal nak kena buat. Mummy Aisya dengan Daddy Isa pun tak de kat rumah. Aunty Yana pulak sibuk dekat hospital. Jadi, aunty tak kisahkan kalau Arren ikut?"

Marissa senyum. Dia menunduk sama paras dengan Darren. Pipi Darren diusap perlahan.

"Arren panggil mama, mama baru mama bawak Arren." Darren memandang wajah Dhea. Dia nampak Dhea kelihatan seronok apabila mendengar ayat yang dituturkan oleh ibu kandungnya.

"Okay, mama."

Marissa senyum senang. Alhamdulilah, dia dapat seorang anak lelaki walaupun anak itu bukan dari rahimnya.

"Okay, memandangkan Arren panggil mama. Mama, jadi korang nak makan apa? Jangan risau, mama belanja." katanya kepada Dhea dan Darren.

Darren dan Dhea berpandangan. Mereka sendiri tak tahu mahu makan apa tengahari ini.

"Mama, apa kata kita pergi sana dulu lepastu decide. Arren tak tahu la nak makan apa?" cadang Darren. Dhea turut mengangguk setuju.

"Okay, jom kita pergi mall dulu." Akhirnya mereka bertiga bergerak meninggalkan kawasan tadika.

PUAN Rahimah dan Anna bersiar-siar di dalam mall serba mewah itu. Beberapa bag jenama mewah juga turut menjadi bahan membeli mereka. Kiri kanan penuh bag kertas yang tertulis jenama mewah itu.

"Aunty, apa kata kita rehat dulu nak? Penat la jalan." adu Anna sambil mengurut tumit kakinya.

"Okay jugak. Aunty pun dah penat sebenarnya. Anna duduk dekat mana? Jangan risau, aunty belanja."

Bersinar mata Anna mendengar perkataan belanja walaupun dia anak berada namun untuk keluarkan duit memberi kepada orang lain selain dirinya amat la sukar.

"Kita pergi cafe tu la. Senang sikit, dekat pun dekat." cadang Anna.

Puan Rahimah senyum lalu mengangguk kepalanya. Mereka berdua melangkah masuk ke cafe mewah itu. Tempat duduk kosong di ambil mereka. Serentak itu, seorang pelayan datang ke arah mereka.

"Order miss, madam." Pelayan itu mengukir senyum melihat dua wajah yang baru sahaja menjadi pelanggannya.

"Ermm, bagi Strawberry Frappe and chicken lagasna." pesan Anna lalu menutup buku menu itu.

"Kalau macam tu, bagi saya latte panas bersama cheese cake. Itu sahaja. Terima kasih" tanpa membalas ucapan terima kasih, pelayan itu menunduk lalu berlalu dari situ.

"So... Macam mana kerja dengan Kiem? Okay?" soal Puan Rahimah. Sudah lama dia mahu bertanya Anna namun dirinya turut sibuk dengan persatuan-persatuan wanita.

Anna mencebik. Mengingat kerjanya yang masih menimbun di kubikelnya membuatkan dia terasa menyampah. Sungguh dia menyesal bekerja bersama Dariel. Lagipun, dia dan Dariel memang takkan berjumpa melainkan waktu tiba, makan tengahari dan pulang. Memang tak de masa untuk berjumpa pun. Berbanding dia bekerja di syarikat kawan Dariel dan di syarikat di luar negara beberapa tahun dulu. Tidak la sesibuk begini.

"Tak, aunty. Penat. Lagipun, tak selalu jumpa Kiem. Bosan la." Anna mengadu. Biar si Dariel kena marah dengan Puan Rahimah. Sesuka hati je bagi dia kerja yang berat.

"Maaf la. Kiem memang macam tu, sebelum Anna kerja dulu pun aunty ada bagitahu dia untuk ambik Anna sebagai pembantu peribadi dia tapi entah, kenapa dia bagi Anna jawatan tu pulak. Aunty rasa Uncle yang bagi Anna jawatan Anna tu. Kalau Kiem, dia akan ikut apa aunty arahkan."

Anna menjuih bibirnya. Kalau la, Puan Rahimah tahu Dariel di pejabat berbeza di rumah mungkin wanita itu akan terkejut. Bukan setakat terkejut mungkin mati kerana sakit jantung?

Matanya meliar memandang kafe itu. Walaupun kali pertama dia jejak kafe itu, suasana kafe itu amat menyenangkan dirinya untuk melepak di sini. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian. Itu bukan ke..

"Aunty. Aunty, tu Marissa kan? Dhea pun ada sekali. Budak lelaki itu siapa pulak?" Anna menunjukkan tiga figura yang duduk tak jauh dari mereka.

Puan Rahimah berpaling ke tempat yang ditunjukkan oleh Anna. Matanya bulat melihat Dhea bersama Marissa. Tanpa berkata terus dia bangun lalu ke meja Marissa. Anna mengukir senyum. Perang bakal tercetus ke?

Pang!

Terteleng kepala Marissa apabila satu tamparan kuat di pipinya. Darren dan Dhea juga twrkejut dengan tindakan wanita itu.

"Kau... Memang tak tahu malu kan? Dah bercerai, lepas tangan hak penjagaan dekat anak aku kemuadian kau datang menangih semula dekat anak aku kenapa? Ouh, sebab ini la kau bagi hak penjagaan anak dekat anak aku ruapanya ini rancangan kau kan?" tuduh Puan Rahimah tanpa menyiasat asal usulnya.

"Nenek ni dah kenapa? Kenapa nenek tampar mama Dhea. Mama Dhea tak salah la!" Dhea melawan memberitahu perkara sebenar.

Puan Rahimah memandang wajah cucu perempuannya tanpa teragak-agak dia naik tangan dan,

Pang!

"Abang Mika!"

"Darren!"

Puan Rahimah terkejut. Dia bukan tampar Dhea malah menampar anak orang lain. Ini kalau ibubapa budak lelaki itu tahu. Malu dirinya kena saman secara legal.

"Arren, Arren okay kan? Ya allah, darah. Areen, sini mama lapkan darah." Marissa terus mengeluarkan tisu lalu mengelap perlahan tepi bibir Darren yang pecah kerana tamparan Puan Rahimah.

"Abang... Kenapa abang selamatkan Dhea. Sepatutnya Dhea yang kena, bukan abang." Dhea sudah menangis. Baru seminggu mereka keluar dari hospital dan hari ini Darren kembali luka kerana tamparan Puan Rahimah.

"Dhea... Abang, abang Dhea jadi sebagai seorang abang. Abang kena lindungi adik abang." ujar Darren. Bibirnya yang pecah terasa ngilu.

"Mama, Arren okay. Jangan la usik bibir Arren. Sakit."

Marissa menggeleng kepalanya. Tak. Dia perlu rawat walaupun sedikit. Jika Medina mengetahui perkara ini mahu dirinya di saman kerana tidak menjaga Darren dengan baik.

"Mama..."

Marissa mengelap air mata yang mengalir. Sungguh dia merasa menyesal membawa dua anaknya ke sini. Niat mereka hanya mahu makan bukannya diserang begini. Marissa bangun. Matanya memandang wajah Puan Rahimah yang masih terkejut kerana salah menampar anak orang.

"Puas la hati, Puan sebab tampar anak orang. Puan kalau tak puas hati dengan saya. Balas dekat saya bukannya Darren atau Dhea. Mereka masih kecik. Tak tahu apa-apa tentang hal dewasa."

Puan Rahimah memandang wajah Marissa. Dulu, figura di hadapannya ini lah dia puja dan puji namun selepas penceraian anaknya dua bulan lalu membuatkan dia kecewa.

"Hey, ini semua salah kau tahu tak! Kalau kau tak cerai dengan Dariel dan bagi aku cucu lelaki. Aku takkan bertindak begini la." hambur Puan Rahimah. Tanpa hirau pandangan para pelanggan yang menyaksikan pergaduhan itu dia memeluk tubuh. Huh, kalau viral sekalipun dia apa kisah janji maruah anak lelakinya tak tercalar.

"Salah Mar? Huh, Puan tahu tak sebenarnya punca perkahwinan ni dari siapa? Dari Puan sendiri. Puan yang kacau rumah tangga anak Puan, paksa mengandung dah la masa mengandung berharap anak lelaki sahaja. Puan sedar tak, yang ketentuan jantina datang dari dia. Jadi, Puan sepatutnya terima saya ni lahirkan cucu untuk Puan."

Puan Rahimah memandang wajah Marissa tajam.

"Tak payah mengajar aku la. Aku tahu, cuma aku sedikit terkilan bila Allah tak makbulkan doa aku nakkan cucu lelaki." dengan angkuh dia menjawab.

Marissa memandang Puan Rahimah dengan riak tak percaya. Sesungguh dia tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Puan Rahimah.

Allah tak makbul doanya?

"Memang patut pun Allah tu tak makbul doa Puan. Perangai pun macam tah apa-apa. Ada hati nak Allah nak makbulkan doa Puan." Marissa menyindir.

Puan Rahimah panas hati. Tangan diangkat tinggi lalu diayun untuk menampar pipi Marissa buat kali kedua namun,

"Ibu, stop it!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 119K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
7.4M 224K 68
Arissa, yang dibeli oleh Rayyan dari kelab malam tidak ubah dilayan seperti perempuan simpanan Rayyan. Bukan cuma itu, Rayyan mengurungnya di dalam k...
511K 15.1K 61
Tengku Iqbaal Danish seorang lelaki kacukan Korea-Melayu yang menjadi kegilaan ramai wanita kerana kekacakan yang seiras pelakon korea .Merupakan CE...
717K 29.3K 88
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...