Mr. Duda

By gadishazel

2.9M 150K 10.2K

• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masi... More

MR DUDA
D || 01
A || 02
R || 03
I || 04
E || 05
M || 07
E || 08
D || 09
I || 10
N || 11
A || 12
D || 13
A || 14
R || 15
I || 16
E || 17
L || 18
M || 19
E || 20
D || 21
I || 22
N || 23
A || 24
D || 25
A || 26
R || 27
I || 28
E || 29
L || 30
M || 31
E || 32
D || 33
I || 34
N || 35
A || 36
D || 37
A || 38
R || 39
I || 40
E || 41
L || 42
M || 43
E || 44
D || 45
I || 46
N || 47
A || 48
D || 49
A || 50
R || 51
I || 52
E || 53
L || 54
M || 55
E || 56
D || 57
I || 58
N || 59
A || 60
D || 61
A || 62
R || 63
I || 64
E || 65
L || 66
M || 67
E || 68
D || 69
I || 70 *
N || 71
A || 72
D || 73
A || 74
R || 75
I || 76
E || 77
L || 78
M || 79
E || 80
D || end
TELEGRAM : )
MR. DUDA RAYA

L || 06

50.6K 2.3K 107
By gadishazel

"DEE!"

Medina yang mahu meneguk air miliknya. Tersentak apabila tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang. Huh, siapa lagi kalau bukan Aisya Adara.

"Ya allah, tak sangka aku yang kau..." sungguh Aisya teruja, hingga tak tahu bagaimana mengungkapkan katanya.

Medina hanya mengangguk kepalanya. Ya, dia sendiri masih tak percaya dengan keputusannya.

"Eh, Darren mana? Kau kata dia ikut sekali kan?" soal Aisya. Pelik melihat rakannya duduk berseorangan sementara menunggu jadual penerbangan mereka. Suaminya pula, menguruskan bagasi mereka untuk ke sana nanti.

"Dia dengan Aden. Nak spent time with his uncle katanya." Aisya memandang wajah Medina dengan riak tak percaya.

"Aden tak ikut kita sekali kan?" soalnya berhati-hati. Medina menggeleng kepalanya.

"Tak. Lagipun, dia banyak kerja nak kena uruskan dan aku minta dia terima aku sebagai seorang adik dan bukannya seorang perempuan yang dia suka."

"Boleh ke, macam tu? Aku bukan apa, risau dia tak boleh move on je." kata Aisya. Medina hanya menjungkit bahu tidak tahu.

Dia bersyukur dengan penerimaan Aden kepadanya. Jujur dia cakap, tak terlintas dihatinya untuk kawan atau berkahwin dengan Aden kerana dia sudah menganggap Aden sebagai abangnya. Lagipun, keluarga Aden sama seperti keluarga bekas suaminya. Tidak dapat menerima seorang perempuan yang berstatus anak yatim piatu, tambah pula dia janda anak satu memang kena reject la!

"Eh, ni kau duduk mana dekat sana nanti? Ke, kau nak duduk dengan aku?" soal Aisya.

Medina senyum lalu menggeleng kepalanya. Dia duduk serumah dengan Aisya? Dulu, masa Aisya bujang, dia tak kesah la kalau nak serumah sekalipun tapi sekarang Aisya sudah kahwin dan dia tak mahu menganggu privacy pasangan itu.

"Tak. Aku stay dengan Yana. Nanti sampai sana, dia pick-up aku dengan Darren."

"Ouh, kiranya Yana tahu la kau nak balik sana?"

"Yup, dia tahu. Dan dia marah gila dekat aku sebab buat keputusan mengejut." teringat dia malam semalam memberitahu keputusannya kepada sepupunya itu. Dan seperti yang dia jangka, sepupunya memakinya.

Teruk jugak la dia tadah telinga dengar ayat makian Ilyana.

"Mama!"

Medina dan Aisya berpaling ke belakang. Bibir mengukir senyum. Jelas wajah Darren gembira apabila mengetahui mereka mahu pulang ke tanah air.

"Hai, mummy! Mana daddy Isa?" soal Darren. Di tangannya terdapat sekotak mainan. Mungkin baru dibeli oleh Aden.

"Daddy pergi uruskan bag. Kejap lagi, daddy sampai la tu. Eh, hai, Aden! Dah lama tak nampak you? Busy ke?" selepas menjawab soalan Darren, Aisya menyapa Aden.

Aden senyum. Matanya memandang wajah Aisya lalu mengerling memandang wajah Medina. Wanita itu seakan tenang sambil melayan anaknya, Darren.

"Hai. Haah, busy sikit. Lagi-lagi bila Isa fly ke Malaysia. Mungkin pejabat I akan bertambah sibuk." ujar Aden. Aisya senyum.

Dia kenal Aden dan Isa pun kerana dua lelaki itu sudah banyak menolongnya dan Medina. Tapi siapa sangka, dia tersangkut dengan Isa.

"Alaa, nanti you free. You datang la Malaysia. Takkan la you nak pantau syarikat dekat Malaysia dari jauh. Walaupun you percayakan Isa tapi sekali sekala you kena turun sana jugak." Aisya memberi cadangan. Walaupun dia tahu Aden dalam tempoh move on dengan Medina tapi bukan bermaksud mereka harus putus kawan kan?

"Ermm, tengok la nanti. Kalau I ada free, I datang sana, okay." Aden mengukir senyum. Dia tak berjanji tapi memang ada niat dihatinya untuk ke sana.

"Eh, semua dah ada sini? Jom, pengumuman dah panggil tu," tegur Isa. Matanya memandang wajah rakan merangkap majikannya.

"Aku pergi dulu, bro. Nanti sampai sana, aku roger kau okay! In sha allah, settel kat sana aku balik sini terus." Aden menepuk bahu Isa. Kepala digeleng perlahan.

"Ish, apa kau nak balik sini cepat. Cuti la dulu kat sana. Aku tahu kau rindu family kat sana. Aisya tu, bawak la dia pergi bercuti dulu. Mana tahu ada isi ke?" gurau Aden.

Isa ketawa. Aisya sudah malu mendengar perbualan Aden dan suaminya. Medina pula hanya beriak biasa sambil memegang tangan Darren.

"In sha allah, ada rezeki kami, kan sayang kan?"

"Ish, abang ni. Malu la sikit."

"Darren, salam uncle Aden. Kita nak gerak dah." arah Medina. Darren akur. Tangan kecilnya itu menyalam tangan kekar Aden.

Aden menunduk sama paras dengan Darren. Dahi Darren dikucup syahdu. Mereka akan berpisah lama, maka kerinduan itu akan terpahat di hatinya.

"Jaga mama elok-elok tau!" pesan Aden. Darren senyum. Tangannya diangkat menabik hormat kepada Aden.

"Okay, uncle!" Aden bangun. Matanya memandang wajah Medina. Aisya dan Isa yang faham pandangan Aden terus menggamit Aden ke arah mereka.

"Dee, aku dengan Isa bawa Darren dulu. Apa-apa hal kita jumpa sana."

Medina hanya diam. Tidak membalas sebarang kata. Dia memeluk tubuhnya.

"Dee..."

Medina memgangkat muka memandang wajah Aden. Dia akui Aden cukup kacak untuk bersamanya tapi dia tak mahu kerana dirinya. Aden terpaksa berlawan untuk menentang keluarganya. Cukup la, tika dia bersama bekas suaminya dan itu membuatkan dia berjanji takkan mengulang untuk kali kedua.

"Abang harap abang dapat ikut Dee ke sana, tapi..."

"It's okay, abang. Dee tak kisah pun, lagipun Dee balik sana bukan untuk bercuti tapi kerja. Tambahan, Dee nak bekas suami Dee tahu tentang Darren. Dia layak tahu tentang Darren. Dan Dee tak kejam nak biarkan Darren tak berbapa walaupun hati Dee sakit tentang lima tahun lalu."

Aden terdiam. Dia tahu semua kisah Medina malah dia juga yang membantu Medina mendapat pekerjaan.

"Okay la, bang. Pengumuman pun dah buat kali kedua. Dee tak nak sebab abang lamar Dee jadi punca kita berjauhan. Dee tak pernah anggap abang lebih walaupun abang anggap Dee lebih dari seorang adik. Dee minta maaf. Halalkan segala makan minum Dee. Dee harap abang jumpa seorang perempuan yang lebih baik dari Dee. Dan, kalau abang rindu Darren. Call je Dee. In sha allah, Dee akan jawab."

"Terima kasih, Dee."

"Tak de apa nak berterima kasih kalau dibandingkan apa yang abang dah lakukan untuk Dee selama lima tahun. Dee harap kita kekal macam ni,"

"In sha allah, abang pun harap macam tu. Dee jaga diri okay. Apa-apa call abang, okay." pesan Aden. Medina mengangguk kepalanya.

"Dee pergi dulu. Assalammualaikum," Medina melangkah pergi meninggalkan Aden bersendirian di situ. Dia pulang ke Malaysia kerana satu hasrat dan bukannya selamanya.

KEPALA yang terasa berat diurutnya perlahan. Kata-kata abahnya beberapa minit lalu membuatkan dia sedikit terkejut. Bekas isterinya berada di New Yorm malah wanita itu sudah berjaya menempa nama sebagai model antarabangsa di New York

Kertas kerja yang berada di atas meja hanya dipandang sepi. Tiada mood dia mahu melakukan kerja setelah tahu keberadaan bekas isterinya.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk," laungnya.

Tak lama selepas itu, pintu bilik dikuak luas. Dariel mengangkat wajahnya. Terkejut dirinya melihat wajah Anna berada di hadapannya. Berkerut dahinya melihat pakaian Anna.

Ugh, kalau boleh bogel terus!

"Macam mana kau masuk sini? Bukan ada PA aku ke?" soalnya dingin. Dia tiada masa mahu berkata sopan dengan Anna.

Tengok pakaian pun dah murah. Inikan adab?

"Ermm, I dari tadi tunggu PA you datang tapi tak datang pun sebab tu I masuk. Tak sangka you bagi I masuk macam tu je," kata Anna penuh selamba.

Dariel hanya memandang menyampah.

"You nak apa sebenarnya? I tak de masa la nak layan you. I banyak kerja. Kalau tak de apa-apa penting, you boleh keluar. I tak nak sesiapa kacau I."

Anna senyum. Kerusi dihadapan Dariel ditariknya lalu melabuhkan punggung di situ. Matanya memandang wajah kacak Dariel. Kenapa la duda sekarang banyak yang hot eh?

"Timing is ticking! Don't waste your time to seeing my face." Dariel berkata dingin.

Anna mencebik.

"I cuma nak bagitahu you, yang aunty cadangkan I kerja dibawah naugan you. Ya la, kita kan bakal berkahwin so dia suruh I kerja dengan you je. Senang." Dariel mengangkat wajahnya. Bibir mengukir senyum sinis.

"You yang suruh atau aunty yang cadangkan? Sebab setahu aku, aku tak de pula cakap dengan ibu dan abah pasal kekurangan pekerja."

Anna mati kata. Matanya melilau mencari alasan yang diberi.

"Tak. I tak cakap pun dekat aunty. I cuma cakap yang I tengah cari syarikat yang boleh terima I kerja dan aunty cadangkan syarikat keluarga you. Jadi tak salahkan?"

"Memang tak salah tapi kau yang buat salah. Dan salah satu syarat nak bekerja dibawah aku mesti bertutup. Walaupun kau freehair, itu tak bermaksud kau bebas untuk mendedahkan tubuh kau yang tak beberapa solid. Eh, kau ingat ni kelab malam? Kau pergi la mana-mana syarikat pun dorang pun akan fikir dua kali untuk terima kau, tapi tak tahu la pula kalau ada syarikat miang kan?" Dariel berkata pedas.

Anna hanya diam membisu. Tak tahu bagaimana mahu melawan kata-kata Dariel. Memang apa yang dikatakan Dariel memang benar. Sudah banyak resume dihantar olehnya namun satu pun tak membalasnya.

"So, kalau I pakai bertutup you akan terima I?" soal Anna.

Walaupun dia terpaksa menutup seperti yang dikatakan oleh Dariel. Dia tak kisah, janji dia bekerja dibawah syarikat lelaki ini.

"Depends. Lagipun, you bekerja dengan orang ramai bukan dengan I seorang." Anna senyum. Kalau itu salah satu cara dia boleh bekerja dibawah syarikat Dariel. Dia sanggup melakukan apa sahaja.

Dan sekelip mata sahaja Dariel akan menjadi miliknya.

Continue Reading

You'll Also Like

773K 31.7K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.4M 45.6K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
1.8M 71.6K 48
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...
300K 14.7K 34
•B O O K T H R E E• COMPLETE✔️✔️ 23/9/19 #1 RANK IN ACTION GENRE 12/12/19 #1 RANK IN MAFIA •••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• Hasl...