C 44

2.5K 105 14
                                    

Arabella terkejut besar mendengar nama bekas kekasihnya yang dipanggil sebagai penaja utama. Badannya sudah ketar berdebar entah mengapa. Dia langsung tidak memusingkan wajahnya dan dan dalam hati masih mengharapkan Zayn Yilmaz lain. Moga moga telahannya benar ramai yang bernama Zayn Yilmaz dalam dunia ini.

Walaupun ianya agak mengarut.

Rasa ingin tahu menguasai segalanya. Dengan perlahan, dia memusingkan wajahnya dan masih cuba berhusnudzon. Dengan nafas yang tidak teratur dia dijamu dengan pandangan tepat ke mata. Gerangan Zayn tadi juga membalas pandangan itu.

Liur ditelan payah.

"Zayyan~" Katanya perlahan dengan mata yang masih memandang mata coklat itu. Mengapa dia harus kembali? Hati dipagut rasa hiba. Hilang terus semangatnya di pagi tadi telah dibina.

Arabella asyik tunduk wajahnya ketika Zayyan mula bercakap sehinggalah jejaka itu habis berucap. Zayan hanya memandang Arabella yang tampaknya langsung tiada terujanya melihat dirinya di sini.

"So, Bella. You're not paying attention." Serta merta Arabella mengangkat wajah apabila Zayn cuba memanggilnya. Jantung sudah berdegup kencang.

"Huh? er-" Arabella mati kata. Dia menutup rasa gementarnya dengan senyuman janggal.

"Wait, how do you know her name is Bella?" Matt mengerut wajah apabila perasan akan Zayn yang seperti mengenali peserta mereka yang bernama Bella itu.

"Huh? Ouh er- apron! Yup, I just looked at her apron." Zayn menunding ke bahagian kiri apron yang dipakai oleh Arabella. Arabella pula menjeling mendengar suara Zayn yang gagap.

Matt, Gary dan Shawn mengangguk cuma.

Arabella mula mengambil bakul dan ke tempat pengambilan bahan di belakang tempat juri apabila pertandingan di segmen kedua bermula.

Arabella menggigit kuat bibir bawahnya geram dengan tindakan penganjur program itu. Siapa lagi kalau bukan Zayn? Dia asyik merenung dirinya sehingga dia hilang tumpuan menyiapkan hidangannya.

Zayn yang tiba-tiba berjalan mendekatkan dirinya dengan kawasan Arabella seolah-olah mencabar hati perempuannya. Arabella hanya mampu meneruskan senyumannya tanpa bersuara.

"Hye, Bella." Zayn menyapa ringkas ketika dia benar-benar berada di hadapan Arabella yang sedang mencuci beberapa buah itu. Gadis itu mengangkat muka dan senyum ringkas serta dia mengangguk cuma. Zayn yang sudah janggal sepertinya ditolak dek gadis itu.

"Can you 'hye' me back?" Zayn berkata perlahan menghalang manusia lain yang mendengar perbualannya bersama Arabella. Bukan berbualan, tetapi sapaan.

Arabella mengerutkan wajahnya dan keningnya diangkat. Tangannya berhenti daripada terus bergerak. Sebaik sahaja mengangkat wajah, liurnya ditelan kelat. Zayn tampaknya jauh tiga kali lebih kacak sekarang. Ini sangat mencabar imannya yang sudah tersedia nipis.

"Hye." Arabella sedar daripada terus terpesona dengan wajah kacak milik Zayn itu. Sumpah dia kini langsung hilang tumpuan akibat Zayn yang tidak langsung berganjak daripaada kawasan dapurnya. Adakah Zayn ke sini hanya untuk melihatnya kalah? Heh.

"Mr. Yilmaz, can you please stay away from me? I can't focus at all." Arabella berkata dengan nada tegas tanpa melihat wajah itu. Dia mahu menang pertandingan ini dan dia harap Zayn memahami dirinya.

"Why? Because of my handsome face?" Zayn tergelak sedikit sebelum dia menjarakkan satu langkah ke belakang. Suka benar dia melihat wajah Arabella yang memerah itu.

"Perasan." Arabella berkata sedikit kuat meminta untuk hanya Zayn yang memahami apa yang dirinya katakan itu. Menyampah betul. Kenapa dalam ramai manusia dia perlu menjadi salah seorang orang penting dalam pertandingan sebegini.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now