C 16

2.1K 93 5
                                    

Zayn mengeluh sendirian mengenangkan sikap Sofea yang semakin lama semakin menjadi jadi. Berani sungguh gadis itu berjumpa dengan Hanni dan berceritakan tentang dia dan Arabella. Dia bukannya kenal Arabella siapa sebenarnya. Kenapa harus mereka-reka cerita.

FLASHBACK

"Ops, eh sorry, I'm so sorry." Hanni menunduk mengutip buku-buku yang jatuh akibat perlanggaran bahunya dan tubuh gadis jelita di hadapannya itu. Gadis itu hanya senyum dan menggeleng.

"Eh, it's okay." Sofea menyambut huluran Hanni yang menghulurkan buku bukunya tadi. Sofea seorang guru sekolah redah, dia harus berjumpa dengan kawannya dan harus menyerahkan buku sekolah itu kepada rakan seperjuangannya.

"Err, kalau tak keberatan, may I know your name? Because you looks familiar." Sofea memandang wajah cantik wanita itu. Dia rasa hatinya tidak salah tilik. It's she.

"Oh, hye, I'm Hanni." Hanni menghulurkan tangannya minta berjabat mesra. Hanni sememangnya seorang yang mudah mesra. Well, she's a wedding planner kenalah kenal ramai orang kan?

"Hanni..." Nama wanita itu meniti di bibir cantiknya perlahan. Kemudian dia mengukir senyuman seraya menyambut huluran tangan tersebut. Dia harus ambil peluang ini kerana dia tidak silap lagi. Hanni.

"Saya harap saya tak salah orang but are you Zayn's cousin? It's Zayyan Yilmaz." Sofea bertanya mesra. Tidak mengapa rasanya rakannya menunggu sebentar. Yang penting dia tidak terlepas peluang mengenali Hanni, Sepupu rapat Zayyan Yilmaz.

"Oh, yes! You knew him? You kawan dia ya?" Hanni melebarkan lagi senyumannya. Famous benar sepupunya itu di mana mana sahaja namanya disebut-sebut. Mungkin gadis di hadapannya rakan kerja Zayn atau trainer di Gymnasium miliknya?

"Awak tak kenal saya? Bukan awak dan Zayn rapat?" Hati Sofea berdetak laju saat menanti jawapan dari bibir mungil wanita itu. Tidak mungkin Zayn langsung tidak bercerita tentang hubungan mereka atau benar kata Arabella bahawa dia benar-benar tidak penting.

"No, I'm sorry. I don't even know you. Awak kawan dia?" Soalan yang sama diaju lagi. Dia dan Zayn sudah lama tidak bersua mungkin Zayn juga belum mempunyai masa terluang untuk sama-sama melepak di Cafe Katè bersebelahan butik miliknya.

"Oh, I'm his girlfriend." Dengan nada yang sedikit menjauh, Sofea meluahkan status sebenar dirinya dan jejaka yang bernama Zayn itu. Mengapa Zayn begitu misteri apabila sesuatu yang melibatkan hubungan mereka?

"What? Girlfriend? You mean like he loves you and you love him? Korang bercinta?" Soalan bertalu-talu diajukan dengan nada yang sangat terkejut. Masakan dirinya tidak terkejut mendengar khabar yang sangat tidak masuk akal itu? Jadi how about Arabella? Kening Hanni bertaut.

"Yes we are. Saya pun pelik kenapa dia tidak bercerita kepada awak padahal korang memang rapat kan? Dia banyak kongsi cerita tentang awak kepada saya." Sofea hanya senyum menutup hiba. Mengapaa? Mengapa Zayn langsung tidak menjaga hatinya? It's hurttt.

"Btw, Hanni I'm sorry I have to go now, kawan saya dah tunggu and . . . " Kata-kata terhenti sambil tangan sibuk menggagau sling bag berwarna creamnya. Purse dicapai dan kad miliknya dihulur.

"Ini kad saya. Lain kali boleh jumpa. Saya pun nak kenal awak as Zayn's cousin." Sofea tersenyum manis dan meminta diri untuk pergi. Hanni menyambut kad tersebut dan memasukinya dalam beg tangannya Kaki Hanni pula melangkah ke kereta miliknya.

***

"One slice of red velvet and one cup latte." Arabella memesan kepada cashier di kaunter sambil tangan membelek melihat Iphone di tangan. Setelah pesanannya selesai, dia mengambil tempat di luar Cafè besar itu bagi menikmati udara luar.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now