C 52

2.4K 93 5
                                    

Nuweena memegang belakang pinggangnya dan mengurutnya lembut. Kebelakangan ini, dirinya asyik mudah lenguh dan pinggangnya pula asyik sakit-sakit. Keadaan ini buat dirinya bertambah stress. Dengan ada suami seperti tiada suami. Huh!

Pintu utama dilihat membuatkan jantungnya kembali mengemam darah dengan laju. Setiap kali Shamier balik, dirinya mula berasa tidak selamat. Belum termasuk setiap kali jejaka itu balik dalam keadaan mabuk, Sungguh terkoyak terasa jiwanya hidup seperti ini.

Nuweena bukannya dibelasah atau didera dek suaminya itu, namun setiap kali Shamier dekat dengannya, dia terasa Shamier berhak dan menguasai dirinya seratus peratus sehingga dia sendiri tidak mampu memberi amaran dan isyarat buat diri sendiri. Untuk pertahankan hak diri jauh sekali.

Nuweena kebelakangan ini mempunyai rasa tidak sedap hati sejujurnya. Dengan sengal-sengal yang dirasai pada badannya membuatkan dirinya tidak selesa. Mahu ke klinik namun dia takut akan keputusannya jika apa yang ditelahnya benar.

Nuweena menarik nafasnya dalam. Dia buat keputusan untuk ke klinik juga. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang terjadi terhadap dirinya.

***

Nuweena menggigit kuat bibirnya. Tangis ditahan. Tandas itu kini tidak ada orang. Nuweena melihat dirinya di dalam cermin. Air mata mula menitis.

"Puan disahkan mengandung. Alhamdulillah, dah dua minggu. Tahniah!" Kata doktor itu teruja. Nuweena membulat mata mendengar apa yang disangkakan adalah benar sekali. Jantungnya kuat menghentak dada. Dia takut, bagaimana jika Shamier tidak menerima anak ini seperti Shamier tidak mampu menerimanya sebagai seorang isteri?

Senyuman diberikan kepada doktor sebelum dia dibenarkan keluar dari bilik rawatan itu. Dia juga diminta untuk membuat check-up dua kali sebulan. Dia hanya mengangguk.

"Hmph!" Keluhnya kuat. Nuweena meraup wajahnya. Rambutnya kusut diserabutkan. Dengan langkah yang berat, dia keluar dari tandas itu untuk pulang ke rumahnya.

Dalam perjalan pulang, Nuweena asyik mengeluh. Tanpa rela, dia harus kandungkan anak Shamier itu. Dia harap, berita ini dapat mengubah Shamier menjadi suami yang bertanggungjawab. Dalam hati terus berdoa.

"Hey, Ween!" Panggil seorang lelaki dari arah belakang. Nuweena berpaling sebelum muka masamnya bertukar senyuman lebar.

"Hey! Lama tak jumpa kau, Afif!" Nuweena mematah balik langkahnya dan Afif didekatkan jarak. Senyuman lebar terukir kepada sahabatnya itu. Afif adalah salah seorang rakan baiknya di kolej dulu. Kali terakhir mereka bersua adalah di majlis Nuweena dan Shamier.

"Ha, itulah engkau sejak dah kahwin ni dah tak lepak dah kan?" Afif menepuk-nepuk belakang badan Nuweena. Nuweena hanya menggeleng.

"Haah, nanti free boleh ah jumpa. Kita kumpul ramai-ramai. Aku rindu nak lepak!" Kata Nuweena kuat gelaknya.

Dalam gelak ketawa dua sahabat itu, ada sepasang mata yang lagak memerhati. Tangannya digenggam.

Shamier menghempas pintu utama rumahnya kuat. Dia ke dapur untuk mengambil air kosong untuk menimbus ke ruang hati yang membara.

Sambil tangan ligat menuang air itu, mulutnya tidak henti dilontarkan carutan.

"Dasar perempuan! Aku kerja letih-letih, kau boleh bermadu asmara dengan jantan lain pula? Fu*k!" Tangannya menumbuk kuat permukaan sinki itu. Sakitnya tidak langsung dipeduli.

Shamier berjalan dengan tangannya memegang gelas berisi air. Akibat berjalan dengan keadaan amarah membara, dia terlanggar sofa berdekatan membuatkan airnya tadi tumpah. Shamier mencarut lagi dan sofa tadi disepaknya kuat.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now