C 27

2.1K 95 14
                                    

Zayn berpaling daripada MacBook Pro miliknya dan memandang ke tingkap kaca. Kesibukan bandar menjamah pandangan. Dia kini di Cafe berdekatan dengan pejabatnya. Malas mahu menghadap kertas yang bertimbun, dia hanya membawa MacBook Pro bersama dan keluar mengambil angin. Dokumen yang ditaip sejak tadi ditatap malas.

Zayn mengalih pandangan apabila suara lunak kedengaran di depannya. Muka bosan dipakai di wajah dan ditunjukkan kepada gadis di hadapannya kini. Apa lagi yang dia mahu ni?

"Hye Zayn." Arabella melalukan tapak tangannya di atas bahu lelaki itu sehingga dia kini di hadapan Zayn. Senyuman disertakan.

"Kau buat apa kat sini?" Zayn berkata sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata berona lawa itu. Wajahnya langsung tiada riak. Sampai bila hatinya mahu diseksa begini dek Arabella? Gadis ini selalu sahaja muncul.

"I miss you." Arabella menyentuh kulit wajah Zayn yang bersih tanpa cacat cela itu. Senyuman semakin lama semakin lebar dan mukanya didekatkan. Beberapa inci sahaja lagi hidung mereka bakal berlaga namun Zayn cepat-cepat manolak kemungkinan itu. Dia menepis tangan halus yang berani memegang mukanya dan dia menolak bahu gadis itu lembut.

"Kenapa? Takut perempuan tu marah ke?" Soalan itu dibalas dengan jelingan tajam oleh Zayn. Arabella hanya ketawa sinis dan duduk berhadapan lelaki itu.

"It's okay lah Zayn. Sofea tak nampak pun. You can just kiss me if you miss me." Arabella mencapai dagu jejaka itu pula dan menyentuhnya. Senyuman comel yang menghiasi wajah membuatkan matanya menjadi sepet.

"Bell stop it lah. Kau pergi balik jangan kacau aku lah." Zayn menepis lagi. Arabella mencebik bibir. Gadis itu kemudian bangun dan mengheret kerusinya untuk berada bersebelahan dengan Zayn. Zayn masih lagi berlagak biasa.

Arabella menjenguk melihat ke arah dokumen yang Zayn sedang siapkan. Muka bosan ditunjukkan. Arabella seterusnya meletakkan kepalanya ke atas meja dan mata tidak lepas dari memandang wajah sempurna itu. Lama.

"Stop staring at me like that." Zayn memberi amaran keras. Dia langsung tidak memandang wajah Arabella ketika meluahkan ayat itu. Arabella mengukir senyuman. Hidung lelaki itu dicuit manja.

"Kenapa? Awak malu ke?" Arabella ketawa comel dan hatinya girang melihat Zayn. Mengapalah Zayn harus menjadi sekacak ini, kalau tidak sudah pastinya senang ingin melupakannya. Zayn diam dan fokus ke papan kekunci.

"Sejak dah jadi tunang orang ini, makin handsome awak ya?" Zayn memusing melihat Arabella sepintas lalu kemudian menyambung kerjanya. Dia cuma sedikit terkesan dengan pujian Arabella tadi. Ingin sahaja dia tersenyum sekarang namun ditahannya.

"Tak sekarang ini, kau boleh diam tak? Dari tadi lagi mulut kau tak berhenti bercakap tau." Zayn menjeling. Jika berterusan begini, nampaknya tidak siap kerja gamaknya. Dia hanya menjadikan kerja sebagai satu alasan untuk berlama-lamaan di situ. Bersama Arabella.

tapi apa yang dia buat ini salah. Bukankah dia tunang orang? Sepatutnya dia harus lebih berhati-hati. Terutamanya kini, dia berdarah manis. kata orang, dalam fasa bertunang inilah banyak dugaannya. Zayn mengeluh perlahan. Penatnya menjadi seorang 'Zayn' ini.

"Kenapa mengeluh?" Arabella bertanya lagi untuk menutup rasa janggal di antara mereka. Muka Zayn ditatap lama sebelum Zayn memusingkan badannya menghadap Arabella. Zayn menggeleng kepala menandakan dia tidak apa-apa.

"Shamier ada cerita tentang kau." Zayn merenung mata itu. Dia membuat keputusan untuk melayan Arabella yang dari tadi berusaha untuk bersembang dengannya. Lagipun, bersembang tidak semestinya dia mencurangi Sofea kan? Err-

Arabella memusingkan kepalanya ke arah bertentangan. Belakang tengguk digaru. Mengapa Shamier perlu menceritakan perkara memalukan itu kepada Zayn. Aaaa!

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now