C 14

2.1K 96 4
                                    

Mata membutang melihat kehadiran si dia. Mengapa dia harus hadir lagi jika hatinya sudah berpaling? Datang memberi harapan? Arabella hanya statik di satu tempat tanpa ada ura-ura mahu pergi dari taman hospital itu. Sakit hati melihatnya namun tetap mahu ditatap. Mujurlah lelaki itu tidak membuat keputusan untuk membawa perempuan perampas itu juga. Kalau tidak, ada yang ditarik nyawa hari ini.

"How are you?" Zayn bertanya ringkas. Dia tidak tahu cara ingin memulakan sapaan. Kepala digaru.

"I'm fine. Totally fine. Tak nampak ke boleh berdiri sendiri ini?" Arabella jual mahal. Mata melirik memandang Akeem di sebelah yang sudah menjeling-jeling. Amna pula pura-pura sibuk membelek Iphone miliknya. Zayn pula masih merenungnya seolah-olah minta kaki.

"Can we talk?" Zayn memulakan pancingan lagi. Dia benar-benar tidak tahu apa yang dirinya cuba lakukan sekarang ini. Adakah dia sedang meminta maaf atas kejadian yang membawa gadis itu hingga ke hospital? Atau dia sedang meraih simpati tanpa sebab? Atau . . .

Ingin menawarkan diri menjaga hati gadis itu kembali?

'Oh no! You're not allowed to do that, Zayn. Wake up won't you?' Dia menggeleng sendirian. Mata kembali merenung anak mata cantik biru kehijauan milik gadis itu. Gadis itu masih mendiamkan diri. Mungkin Arabella sudah benci melihat wajahnya? Ya, besar kemungkinan.

Mata seterusnya mengalih pandangan ke arah Akeem dan Amna yang masih tidak mengerti bahawa pemergian mereka sangatlah dialu-alukan. Zayn mula membuat bahasa isyarat kepada Akeem supaya lelaki itu pergi dan dia dan Arabella bisa bersendian membincang tentang mereka. Tentang 'mereka'? Seriously Zayn?

"Amna, saya laparlah. Jom teman saya makan nak tak?" Akeem membuka bicara dengan kaedah yang tersangatlah klishe. Amna laju sahaja menangkap maksud Akeem apabila telah dijeling oleh Zayn sejak tadi. Eeee mengada betul, yang ada bersama Arabella ketika dia lemah, Amna juga. Jelingan dibalas kepada Zayn si punca masalah.

Zayn pula hanya membuat muka sedih yang tampaknya sinis seperti 'please-Amna-bagi-aku-peluang-hancurkan-Arabella-sekali-lagi' Eh takdelah, gurauje. >.< Zayn separa merayu dan akhirnya melembutkan hati wanita Amna.

"Ye lah, jom." Amna menjeling lagi apabila mata bertembung dengan mata coklat milik Zayn itu. Amna bukan apa, dia risau Arabella jatuh cinta buat kali keberapa entah. Semasa mereka sarapan pagi tadi, Arabella ada beritahu dirinya bahawa semangatnya untuk mendekati Zayn hilang 2%. Kehadian Zayn tiba-tiba ini mungkin juga akan mengembalikan 2% itu, telah Amna di dalam hati.

Setelah memastikan Amna dan Akeem hilang dari pandangan, Zayn menarik nafasnya dalam dan dihela perlahan. Gugup di hati semakin menjadi-jadi. Sudah lama mereka tidak berdua seperti ini. Di taman, melihat orang ramai bahagia bersama keluarga mereka. Zayn menarik nafas lagi membuka bicara.

"Well, I'm sorry." Ayat pertama yang terpacul dari bibir merahnya. Arabella berpaling merenung jejaka itu. Lama ditenung membuatkan dia khayal akan kesempurnaan yang ada pada wajah Zayyan Yilmaz itu.

Ditiliknya dari rambut yang rapi, turun pula ke kening yang terbentuk elok dan lebat. Anak mata Arabella pula merenung mata coklat muda yang dihiasi bulu mata lentik yang dapat mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Turun pula ke hidung mancung jejaka kacak itu. Bibir merah Zayn pula menjadi tatapannya serta dagu lelaki itu yang berbelah. Bukan setakat itu, tinggi ala-ala model yang dimiliki jejaka itu sungguh meluruhkan hatinya dari dulu hingga sekarang. Deheman Zayn mengembalikan semula dirinya ke dunia nyata. Arabella mengalihkan pandangan.

"It's okay. Benda dah jadi." Arabella hanya membalas malas. Dia sebenarnya masih merajuk. Langsung tidak disangka kehadiran lelaki itu meminta maaf. Fikirnya, lelaki itu hanya memikirkan keadaan Sofea yang tidak habis-habis ingin mereka cerita. Eeeee geramnya terhadap gadis itu masih membara di hati.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now