C 3

2.5K 93 1
                                    

"Mika.." Nama itu meniti di bibir mungil Arabella spontan. Dia tidak dapat kawal wajahnya yang terkejut.

Amna di sebelah menggeleng kepalanya. Dia lupa mahu membetitahu bahawa pasangan Alysa ialah Mikael.

"Ya, long time no see." Mikael berlagak selamba. Dalam hatinya menyumpah seranah diri sendiri. Mengapa dia tidak memesan kepada isterinya supaya tidak menjemput Arabella, kang tak pasal-pasal Zayn marahkan dirinya nanti.

Arabella tersenyum ikhlas. Nampaknya, dia akan bertemu dengan targetnya tidak lama lagi. Muka yang tadinya terkejut berubah bahagia serta-merta.

"Emm, sayang jom." Mikael menarik tangan kurus milik Alysa secepat yang mungkin untuk pergi dari kawasan tersebut.

"Sayang, you invited Bell?" Tanya Mikael sebaik sahaja mereka berada jauh dari Arabella dan Amna.

"Yela, she's my friend too. Takkanlah tak nak ajak." Jawab Alysa pula.

Mikael mengeluh.

"What a surprise." Bibir Arabella tidak lekang dari senyuman. Hatinya menari gembira bersama organ-organ yang lainnya. Zayn, I'll see you soon ;)

"Eeee apasal kau happy sangat. Kau jumpa Mika saja, bukan Zayn." Amna bukannya baru kenal Arabella semalam, dia tahu Arabella sudah dapat menangkap tidak lama lagi dia akan bertemu dengan sang bekas kekasih.

Arabella masih tersenyum lebar. Dia melirik mata memandang Amna kemudian senyumannya sengaja dilebarkan hingga menampakkan giginya yang cantik berbaris.

"Kau yakin kau akan dapat jumpa dia balik?" Amna meletakkan garfu dan sudu yang dipegangnya dan memusing memandang Arabella. Dia bertanya serius.

"Huh? Maksud kau?" Bibir Arabella kembali biasa tanpa senyuman bahagia apabila perasan pertanyaan serius Amna.

"Masa kau dekat Turki dulu, aku ada teman Alysa keluar makan, kita orang tak plan tetapi terjumpa. Masa itu, Alysa dengan Mika. And kebetulan pula, Zayn datang semasa kami tengah borak.

Kita orang berempat pergi makan Zayn cakap dia nak belanja so kita orang on saja. And then masa itu juga dia cakap dia nak balik Itali. And dia tak sure if dia akan balik sini balik or tak." Jelas Amna panjang lebar. Dia memandang mata bundar Arabella yang kini layu.

"Aku bukan nak buat kau down macam ini. Tapi, aku taknak kau bagi harapan dekat diri kau sendiri." Amna menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Thanks. Sebab selalu ada untuk sedarkan aku." Ujar Arabella sambil wajahnya ditundukkan. Dia banyak menyusahkan kawannya itu.

"Itulah gunanya kawan, Bell." Amna hanya tersenyum. Dia harap Arabella benar-benar dapat menerima pandangannya itu.

Amna bangun dan pergi ke buffet semula untuk meneruskan sesi mengutip dan merasa makanan. Arabella hanya diam membatu di tempat duduknya. Dia mengangkat mukanya melihat tempat pelamin semula. Entah apa yang berminat sangat dengan pelamin itu.

Dalam hatinya berbisik, walau apa pun yang jadi, dia tetap mahukan Zayn. Tiada guna dia balik Malaysia jika dia tidak dapat memiliki Zayn kembali. Lebih baik dia buat keputusan mengahwini Iqbaal sahaja.

Dia tidak kira, sama ada Zayn sudah berkahwin, atau bertunang, atau sudah mempunyai anak satu, atau anak dua orang. Dia tetap akan jadikan Zayn miliknya. Takkan ada apapun yang dapat menghalangnya daripada berbuat demikian.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now