C 35

2.2K 94 21
                                    

Shamier tersenyum mengingatkan pengumuman yang akan diberitahunya kepada para hadirin sebentar sahaja lagi. Wajah ayu milik Arabella terlayar di fikiran. Tidak sabar dirinya ingin menunggu di saat Arabella sah digelar miliknya. Ya, perkara itu masih belum tentu terjadi tetapi dia akan berusaha. Dia tersenyum sendiri. Mata kemudian menangkap figura ibunya yang sedang berjalan mendekati dirinya.

"Ibu." Shamier memanggil ibunya separa kuat dek suasana yang bingit. Senyuman dihadiahkan lebar. Dia masih belum memberitahu hasratnya kepada ibunya. Senyuman kemudian hilang apabila melihat ibunya dipanggil oleh bapanya dan dia teringat akan perbualannya bersama keluarganya tempoh hari.

FLASHBACK

"Itu keputusan saya." Tuan Carlo berkata dengan mata helangnya memandang mata Puan Zalifa. Zalifa hanya mengeluh kerana dia tahu anaknya memang tidak suka jika dipaksa-paksa buat sesuatu yang dia tidak suka. Bukan hanya Shamier tetapi siapa saja suka dipaksa?

"Ifa kenal Shamier macam mana honey, Ifa--"

"Because you know him well, I need you to convince him that we are the best choice, dear." Tuan Carlo terangguk-angguk. Dia mahu semua setuju dengan keputusannya kali ini.

"But I don't like her." Suara Shamier yang tiba-tiba keluar dari bahagian dapur menyentakkan perbualan suami isteri itu. Shamier berkerut dahi tetapi kaki masih melangkah mendekati ibu bapanya itu.

"Whatever is it. Just marry her. Sampai bila you nak membujang ha?" Tuan Carlo menggeleng sedikit mengenangkan anak terunanya yang kacak tetapi tidak laku. Sudahlah dia tidak sabar mahu sambut menantu dan menimang cucu. Bukannya apa, dia risau jika Shamier sudah tua nanti tiada yang mahukan dirinya. Atau mungkin dirinya tidak sempat merasai semua itu.

Tuan Carlo diam sebentar sebelum kembali menyambung kata-katanya.

"Or you have someone? If you're dating someone, just let me know and maybe I boleh jodohkan you all berdua?" Shamier yang tadinya sedikit menunduk kini mengangkat muka dan senyuman herot dihadiahkan.

"Actually yes. I have someone in my heart. She makes my heart beat faster. She keeps melt me down. I like her." Katanya lambat lambat. Matanya love stuck mengingatkan pandangan Arabella. Senyuman lebar terukir tanpa diduga. Tuan Carlo dan isterinya tersenyum memandang antara satu sama lain.

"Dear, look at his eyes, our son's in love." Tuan Carlo berbisik manja ke telinga isterinya. Melihatkan Shamier yang masih angau, Tuan Carlo menegurnya dan Shamier termalu seketika.

"So, who's that lucky princess?" Shamier cuba mengawal riak terujanya namun ia membataskan segalanya. Nafas ditarik dan senyuman diukir mesra sekali.

"Ara."

"Ara? Kongsi lah kepada kami about her. I wanna know more." Tuan Carlo menunjukkan wajah terujanya. Nampaknya anaknya dah besar, selangkah sahaja lagi ingin memiliki keluarga sendiri. Tuan Carlo tumpang bangga dengan pencapaian anaknya itu.

"Well nama dia Arabella Bowles and she's--"

"Wait, what do you mean? Arabella Bowles. Jangan cakap dekat I yang gadis tu.." Tuan Carlo menghentikan kata-katanya. Senyuman yang tadinya dilukis lebar kini hilang sekelip mata. Wajahnya berkerut minta penjelasan. Shamier mula terdiam. Dia hampir terlupa tentang status bekas kekasih Zayn yang dipegang Arabella, nafas ditarik dalam.

"Ya, betul. Arabella is Zayn's ex girlfriend."

"That used to leave Zayn in pieces. Am I right?" Tuan carlo menyepetkan matanya dan menjeling tajam. Nampaknya Arabella memang sedang mencari nahas. Sudah dihancurkan hati anak sedaranya, kini anaknya pula menjadi mangsa gadis itu.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now