C 39

2.2K 120 21
                                    

"Uwuu! Congrats my baby! You're married!" Jerit kawan baik Elise seraya memeluk rakannya itu kemas. Arabella yang melihat hanya tersenyum melihat keakraban mereka begitu juga dengan Rahel di sebelah.

Arabella melihatnya lama dengan kerutan di wajah. Caranya persis Amna membuatkan Arabella teringatkan kawan baiknya di Malaysia. Dia rindukan celoteh gadis itu. Dengan rambut separa dada dan berlayer yang dimiliki rakan Elise itu sungguh serupa dngan Amna.

Arabella tersenyum sendiri. Tidak sabar dirinya ingin balik Malaysia untuk berjumpa dengan Amna dan Alysa. Dia harus kuat dan menjalani rawatan ini dengan baik. Tetapi, bagaimana pula jika serangan sakit mentalnya ini kembali lagi apabila pulang ke Malaysia kelak? Ramai sungguh toxic di bumi Malaysia itu.

"By the way, Dinda. Meet this cute girl, Arabella. Iqbaal's cousin. And also Rahel, Arabella's friend." Rakannya yang dipanggil Dinda itu memusingkan wajahnya melihat gadis yang dikatakan comel dek Elise. Arabella tersipu malu dan menidakkan kecomelan dirinya itu. Dinda tersenyum dan menghulurkan tangannya.

"Hye, I'm Dinda." Arabella menyambut huluran tangan itu selepas Dinda berjabat tangan bersama Rahel sebentar tadi. Dinda memegang lama tangan Arabella dan matanya sedikit membulat dengan senyuman yang bertukar kerutan wajah.

"Your hands are cold. Why?" Dinda mula memegang tangan kanan Arabella itu dengan kedua-dua belah tangannya. Rahel disebelah melihat Arabella. Dia tahu Arabella masih gementar dengan majlis sebegini.

"Sorry, Dinda. She's often feel nervous when meeting someone new." Rahel cuba menjelaskan kepada Dinda yang agak risau dengan keadaan Arabella. Dinda hanya mengangguk dan prihatin bertanya jika Arabella perlukan apa-apa seperti segelas air. Arabella hanya menggeleng dan tersenyum.

"It's okay. I'm used to it." Arabella merendah diri berkata dengan nada yang agak perlahan.

"Maaf, Rahel." Arabella berbisik sedikit di telinga Rahel. Rahel tersenyum manis menampakkan giginya yang putih dan menggeleng menandakan -it's okay sayang- kepada Arabella. Dinda terdengar suara Arabella itu mula bertanya.

"Wait, Are you Malaysian?" Dinda berkerut wajah dan mendekatkan sedikit jaraknya dan Arabella. Elise di sebelah tersenyum apabila menyedari Dinda sudah mendapat kawan baharu. Elise mendongak memandang Iqbaal yang tersenyum kacak.

"Yup. Why?"

"Ouu, I pun orang Malaysia!" Arabella menutup mulutnya yang terlopong dengan telapak tangan kirinya. Tak sangka dia bertemu dengan orang Malaysia di sini. Dia kemudian tersenyum dan mengangguk laju. Rahel disebelah memandang wajah Iqbaal dan mereka tersenyum melihat Arabella yang mula teruja.

Mereka kemudian diajak oleh Elise ke ruangan makan untuk menjamu selera. Arabella yang mula menunjukkan selesanya di majlis itu menyenangkan hati Rahel. Mungkin dia sudah lupa buat sementara tentang pengalamannya di majlis-majlis sebelum ini.

"Masakan di sini saya yang masak tau." Dinda yang berada bersebelahan dengan Arabella mula menunjukkan minat mahu bersembang. Arabella pula yang sudah mula selesa dengan keadaan itu turut melayan Dinda.

"Awak yang masak?" Arabella berkerut sedikit wajahnya. Sambil itu, dia menyuakan pasta ke dalam mulut. Sebenarnya, dari tadi lagi perutnya berkeroncong mahu diisi.

"Yup, saya chef dari Australia. Saya kerja full time kat sana. Bila dapat tahu kawan saya nak melangsungkan perkahwinan, mentor kat sana ada menawarkan kos yang rendah sebagai upah masak. Jadi, Iqbaal dan Elise ambil keputusan untuk terima service kami." Dinda mula menjelaskan dengan bersungguh. Maklumlah, dia tidak pernah ada rakan satu bangsa dengan dirinya sejak tiga tahun lalu berpindah di Australia. Jadi perasaan terujanya tidak dapat dibendung. Bahasa melayunya juga kian pelat.

CHANCES ✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz