C 41

2.4K 91 12
                                    

Ting!

Iphonenya berbunyi menandakan ada notifikasi yang masuk. Arabella mencapai iphonenya dan kaki melangkah ke bahagian depan rumah. Dia duduk di kerusi besi berhampiran. Dahi mengerut memandang nombor yang tak dikenali cuba menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi WhatsApp.

Dia membuka dengan penuh tanda tanya. Gambar yang dihantar dimuat turun. Terpampanglah gambar selfie yang dihantar Sofea kepadanya. Gambar di mana dia berpakaian baju pengantin putih dan mahkota cantik di atas kepala. Mesej di bawahnya pula di baca.

0111231111

I'm getting nervous. Wish me luck! *wink*

Arabella menatap gambar itu lama. Sofea kelihatan sungguh cantik persis berbie doll. Pasti Zayn bakal terpegun melihat gadis itu nanti. Hati dipagut rasa pilu yang teramat. Zayn dah berkahwin dengan Sofea. Dia dan Zayn tidak akan dapat bersama lagi. Mampukah dia, Arabella melupakan Zayn? Mampukah dia melihat kebahagian itu di depan mata? Hati kata sudah lupa tapi hakikatnya...

Dia menghentakkan Iphonennya ke dahi beberapa dengan perlahan. Keluhan demi keluhan kedengaran. Untuk memandang Zayn memeluk Sofea semasa mereka melancong di Thailand tempoh hari juga dia tidak mampu masakan untuk melihat Zayn mencium wajah itu dia tidak sakit hati?

Air mata? Tak payah. Sudah kering dibaziri dek Shamier, Sofea dan Tuan Carlo sekali gus. mata termenung melihat beberapa kanak-kanak di taman hadapan rumah sewanya dan Rahel. Kanak-kanak itu ketawa kuat menunjukkan rasa gembira di sisi kawan-kawan dan keluarga.

"You can do this, Bella. Ramai lagi lelaki kat luar sana. Mungkin yang lebih layak untuk kau berbanding Zayn." Dia tersenyum sambil bermonolog. Gambar yang dihantar tadi dipadam supaya tiada lagi sumber kejatuhan dirinya. dia tidak mahu hancur lagi. Dan dia harap inilah kali terakhir dirinya menjalani waktu yang sukar seperti ini.

Rahel keluar apabila menyedai Arabella tiada di dalam rumah sewa mereka itu. Rahel kemudian tersenyum sendiri melihat Arabella yang termenung sendiri dengan matanya tidak lekang memandang kanak-kanak yang sedang bermain di taman berhampiran rumah.

Rahel mendekati dan duduk di sebelah kerusi besi itu sambil turut sama memandang ke arah kanak-kanak itu. Mesti Arabella sangat rindu zaman kanak-kanaknya. Arabella berpusing memandang Rahel yang ralit merenung wajahnya.

"How are you today?" Rahel bertanya gadis di sebelahnya itu dengan senyuman ceria. Dia sebenarnya baru sahaja mendapat tahu tentang majlis perkahwinan Zayyan dan Sofea yang dilangsungkan pada hari ini. Mungkin sekarang mereka sudah sah bergelar suami isteri. Sebab itulah Rahel bertanya jika Arabella tidak apa-apa.

"I'm fine, thank you." Arabella menjawab sambil tersenyum, pelik dengan pertanyaan pertama gadis di hadapannya yang bernama Rahel itu. Rahel hanya mengangguk.

"Jom makan. Pagi tadi punya sarapan awak tak sentuh pun." Kata Rahel sedikit menjauh. Arabella tidak pernah skip sarapan yang dibuat oleh Rahel sebelum ini dan ini adalah kali pertamanya.

"Maaf. Saya lupa. Hehehe." Arabella memeluk gadis itu. Rahel kemudian mengajaknya makan tengah hari kerana selepas itu dia akan membuat satu lagi aktiviti yang melibatkan rawatannya itu.

***

"Amna." Akeem memanggil perlahan sama ada dengar atau tidak dengar.

Amna memalinghkan wajahnya daripada terus memandang Zayn yang baru sahaja sampai di rumah pengantin untuk diakadkan bersama pasangannya iaitu Sofea. Walaupun dalam hati masih tidak dapat menerima pasangan itu namun dia redha. Segala perancangan tuhan, dia bukan siapa-siapa untuk menidakkan kenyataan itu.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now