C 24

2.1K 108 4
                                    

"Awak nak pergi mana? Kita belum habis lagi layan tetamu." Sofea luah rasa kesal apabila Zayn tiba-tiba lari darinya selepas menyaksikan drama daripada Shamier dan Arabella. Mengapa pula Zayn perlu terkesan? Sakit hatinya.

"Saya nak jumpa Mika tapi tak jumpa. Jom la tadi awak cakap nak layan tetamu kan?" Zayn hanya bercakap acuh tak acuh. Zayn tidak tahu apa yang hatinya mahukan sebenarnya. Kita sudah buang Arabella dari hidupnya tetapi mengapa rasa menyampah menguasai apabila melihat Shamier yang seakan-akan cuba merapatkan dirinya dengan Arabella?

Sofea terasa dengan Zayn namun dia hanya berlagak biasa dan meneruskan sesi suai kenal bersama tetamu di dalam dewan besar itu. Dia pergi tanpa menghiraukan Zayn di belakang. Jika lelaki itu mahu ikut, biar dia ikut. Jika tidak pun Sofea tidak kisah. Ugh!

"Hye, kawan baru. Congrats on your engagement." Adora menyapa sebaik sahaja mata menangkap merpati dua sejoli yang diraikan pada hari itu. Senyuman turut disertakan dan pandangan mata penuh tersirat. Mata yang bercelak hitam dan diikuti bibir dicalit gincu hitam menyebabkan keadaan tidak normal di pihak Sofea.

Zayn datang memegang bahu tunang miliknya dan senyuman dihadiahkan buat tetamu di hadapan mereka. Perempuan itu agak pelik di mata Zayn. Dia juga terfikir siapa wanita itu sebenarnya. Tidak mungkin Sofea tega berkawan dengan orang yang . . . pelik. Namun Zayn menyimpan dahulu segala seribu persoalan yang bermain di minda.

"Congrats juga untuk you... er~" Sambil menghulurkan tangannya dan percakapannya dileretkan konon-kononnya tidak mengenali nama lelaki itu. Sofea yang berdebar hebat di ruang jantung hanya mampu membisu dan menundukkan wajah. Dalam hati bergunung-gunung ditaburkan doanya kepada Ilahi agar melancarkan majlis ini sehingga ke pemgakhiran tanpa sebarang onar.

"Zayn. I'm Zayn." Ujar Zayn dengan senyuman. Tangan naik menyambut huluran tangan milik si wanita yang tinggi lampai. Beberapa inci sahaja lagi, ketinggian wanita itu bakal menyamai ketinggiannya. Wanita itu juga tersenym dengan mata yang dilirak manja. Zayn merarikan pandangan cuma.

"You kawan Sofea?" Zayn bertanya terus memandangkan fikirannya asyik ingin tahu siapa gerangan perempuan di hadapannya ini. Sofea tidak pernah [ula bercerita kepada dirinya lebih-lebih lagi wanita yang pelik penampilannya ini. Masakan Sofea berkawan dengan perempuan sebegini? Bukan niat mengutuk atau apa, cuma pelik.

'Dia tak kenal aku rupanya. Dah berjuta kali keluar masuk dapur hotel still tak kenal aku.' Adora berkata dalam hati. Seriously Zayn tak pernah perasan akan dirinya yang selalu mengusha lelaki itu. Adora tidak dapat menerima hakikat itu. Tangan digenggam erat sambil mata beralih memandang Sofea yang jelas ketakutan.

Sofea yang perasan akan jelingan tajam mata Adora itu tertunduk semula. Adora melepaskan nafasnya agak kuat.

"I kawan baik Sofea. Kami dah lama berkawan. Dia tak pernah cerita?" Adora sengaja menanyakan jika Sofea pernah menceritakan perjumpaan mereka kali pertama yang mungkin agak mendebarkan hati Sofea.

Hati Adora tertanya lagi. 'Jika Arabella boleh kalah dengan Sofea, Arabella seorang yang lemah. Dia boleh kalahkan Sofea bermakna Arabella ada di celah giginya saja.' Senyuman sinis terbit.

"Oh I see. Sofea tak ada pula cerita tentang you. Nice to meet you by the way." Zayn menguntum senyuman kacaknya. Adora yang kelihatan pelik juga membalas namun lirikan mata itu kelihatan sangat manja. Zayn mengalihkan pandangan sahaja.

Mata Zayn kemudian tertangkap figura rakan baik miliknya. Hati kembali membara. Entah mengapa kepalanya kini asyik memikirkan apa hubungan Arabella dan Shamier. Tak mungkin dia cemburu. No. Tak mungkin.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now