C 47

2.3K 100 9
                                    

Kini dirinya selamat bergelar isteri yang sah kepada si jejaka pujaan hatinya iaitu Shamier. Kegembiraan menjadi isteri kepada lelaki yang dicintai semestinya. Malangnya terselit juga kepahitan apabila menyedari hakikat bahawa si lelaki langsung tidak memandangnya.

"Cium lah dahi isteri you." Jurukamera lelaki yang usianya dicam melalui penampilan lagaknya seperti awal 30-an. Dia tersenyum melihat pasangan yang sama cantik dan sama padan di atas pelamin yang serba alegan bertemakan 'night forest' itu.

Nuweena yang tadinya ralit memandang cincin yang kini tersarung di jari manisnya terhenti seketika dan matanya beralih memandang jurukamera itu. Senyuman diberikan kejap kemudian wajah bengis milik Shamier menjadi tatapan.

Nuweena mendengar jelas sekali rengusan daripada Shamier yang sudah terang menunjukkan betapa tidak ikhlas dirinya mengahwini gadis itu. Benar dirinya sangat sedih. Mengapa hatinya harus disakiti sebegini?

Bibir Shamier terasa sejuk didahi apabila mengenai kulit putihnya. Nuweena tersenyum dan cahaya daripada kamera terpancar. Hanya dengan satu snap itu, Shamier melarikan bibir merah jambunya laju daripada terus terkena kulit milik isterinya. Jelingan diberikan.

Malam menjelma, Nuweena hanya diam di dalam biliknya. Sejujurnya, rasa bahagia seperti pasangan lainnya apabila akhirnya menemui jodoh yang dicintai langsung tidak menyebelahinya. Yang dirasai hanyalah rasa hiba. Rakan-rakannya kerap memujinya sangat cantik mengenakan busana perkahwinan dengan pakej solekan yang tidak kurang lawanya.

Kata-kata Shamier ketika mereka bergambar diatas pelamin tadi menjengah minda.

"Peluklah isteri kamu tu, Shamier. Dah sah kan?" Puan Zalifa menyuruh anaknya posing gambar kahwin mereka. Langsung tiada wajah bahagia di wajah anak terunanya yang sorang itu. Yang ada cumanya wajah bengis yang tunggu masa ingin kemuncak amarahnya.

Shamier mengerutkan dahinya melihat ibunya. Gelengan diberi petanda 'memang tak lah aku nak peluk dia!' Puan Zalifa membesarkan matanya memberi isyarat supaya anaknya mendengar katanya itu.

Keluhan Shamier kedengaran jelas di telinga si gadis. Namun Nuweena hanya memaksa dirinya untuk terus senyum. Tangan berurat milik Shamier kini melingkar di pinggang rampingnya, Debaran di dada usah cakap, memang macam nak keluar jantung. Dia tidak pernah dipeluk lelaki sebelum ini, Shamier pula adalah orang yang dirinya cintai, mahu tak terkejut organ-organ badannya?

Tetapi sesungguhnya dia tahu segalanya hanyalah kerana sekeping gambar dan keikhlasan tidak tercampur. Dia tahu, Shamier tidak akan menerima dirinya. Tapi dia percaya urusan tuhan, segalanya bakal baik-baik sahaja.

Senyuman terhias di bibir tatkala cahaya kamera terpancar lagi.

"Tak payah nak senyum lebar sangat, kau masih nampak hodoh. Kau buruk tahu tak?" Nuweena terdiam. Terpaku. Tembakan Shamier melalui kata-kata itu sungguh memanah tepat ke jiwa. Darah tidak berhenti mengalir di ruang jiwa. Mahu sahaja dia menangis tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Air mata keluar. Dia takut, dia takut untuk hadapi masa depan bersama Shamier yang jelas membenci dirinya. Pintu bilik kedengaran dikuak. Nuweena yang ketika itu duduk di atas tepian katil dengan air mata menarik nafasnya dalam dan air mata diseka laju.

"Asal kau nangis?" Shamier bertanya perlahan dari arah belakang. Matanya melilau memandang kecantikan susun atur bilik tidur isterinya itu. Dia kemudian merapati Nuweena.

Nuweena hanya diam menunduk. Nafas dihembus perlahan. Mata kemudian terlihat kaki panjang Shamier yang kini berada di hadapannya. Dia masih menunduk dengan mulut dikemam serta matanya dipejam rapat. Dia mengumpul semangat untuk mengahdapi Shamier.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now