C 15

2.2K 93 0
                                    

Sudah dua minggu sejak kejadian itu terjadi. Namun pipinya masih dapat merasa kehangatan bibir mungil Arabella yang bersentuhan dengan kulit pipinya. Dia juga bingung reaksi apakah yang perlu dia tunjukkan kepada diri sendiri. Marah atau sedih atau . . . suka?

Zayn hanya menggelengkan kepala kepada diri sendiri kerana langsung tidak mengikut kata otak yang inginkan penetapan pendirinya darinya. Dia asyik menunduk kepada kata hati yang gatal inginkan Arabella itu. Mengapa hatinya begitu degil?

"Haih, jauh betul handsome boy termenung?" Sapaan yang kedengaran agak pelat dan diikuti dengan tawaan kecil di hujung kata membuat Zayn memandang hadapan dan mengangkat mukanya mamadang. Eh? Hanni? Buat apa pula wanita itu di gymnasium miliknya itu? Zayn memang seperti itu, suka melepak di gymnasium itu berbanding di Pejabat Guaman miliknya jika ada masa senggang.

"Hey, Honey? What's bring you here?" Zayn bangun dari duduknya dan merapati wanita cantik di muka pintu. Tangan berjabat mesra dan senyuman dibalas antara satu sama lain. Hanni merupakan sepupunya belah ayahnya. Wanita itu sudah lama menetap di Malaysia memandangkan dia berkahwin dengan orang Malaysia. Namun, untuk bertemu payah amat. Katanya dia memang sibuk menguruskan butik kerana dia seorang wedding planner.

"I daftarkan diri I as a trainer hahaha. I pun nak jaga body I juga, untuk suami I juga. Maklumlah, kerja tak ingat dunia dah lama tak buat fitness." Kata Hanni yang mesra ber-I-you dengan sesiapa sahaja. Ya, dia memang sangat sibuk oleh sebab butiknya memang terkenal di persada antarabangsa. Memang layak digelar perancang perkahwinan yang berjaya.

Zayn sempat memanggil personal assistantnya dan memintanya untuk menghantar dua gelas coffee di dalam pejabatnya itu.

"Hahaha, ha, itulah I pun dah lama sangat tak jumpa you, susah sangat! Eh takkan lah nak borak sini sahaja masuklah." Zayn berkata seraya memperlawa sepupunya itu masuk dan duduk di atas sofa di bahagian kiri ruangan pejabat kecilnya itu.

"Hahaha, okay enough with it. I nak kita cakap pasal you." Hanni memulakan bicara untuk memasuki topik gempak yang membawanya hingga ke sini. Dia harus bertanya dan mendapatkan jawapannya dari Zayn sendiri.

"Pasal I?" Zayn bertanya sambil keningnya berkerut seribu. Kemudian senyuman dikukir semula. Apa yang patut dia cerita tentang dirinya. Langsung tiada berkembangan dalam dirinya yang menarik untuk diceritakan kepada wanita berjaya itu.

"Yes, you." Senyuman Hanni diukir herot. Mereka diam sebentar apabila PA milik Zayn datang membuka pintu dengan dua gelas coffee di tangnnya. "Jemput minum." Kata wanita muda itu sambil senyuman diukir lebar. Hanni membalas dan mengucapkan terima kasih. Selepas gadis tadi pergi dan figura sudah tidak kelihatan, mereka menyambung perbualan yang tergendala.

"Well, I wanna know 'bout Sofea? And also my cute sister, Arabella Bowles." Senyuman wanita akhir 20-an itu semakin lama semakin melebar membuatkan Zayn seperti terganggu dengan senyuman yang mempunyai pelbagai siratan yang tersembunyi.

"Sofea? You knew her?" Zayn serta merta memberhentikan diri daripada terus mencicip air kopi yang terhidang di hadapan. Kening bertaut. Mata tepat memandang Hanni yang bersinar terang cahayanya seperti ingin mengorek rahsia paling dalam. Kening Zayn kemudian digerakkan ke atas dan ke bawah berulang kali tanda dia masih blur dan tidak mengerti apa yang Hanni cuba sampaikan.

"how?" Kini, Zayn memberikan sepenuh perhatian kepada manusia di hadapannya itu. Dia ingin memasang telinganya betul-betul dan sedia mendengar apa yang ingin dijelaskan bagaimana Hanni boleh kenal Sofea yang sememangnya Zayn tidak pernah sebut tentang gadis itu.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now