C 19

2K 106 5
                                    

"Werk! werk!" Perut Arabella terus menerus menolak sisa makanan yang tidak bisa diterimanya lagi oleh sebab goncangan dan putarannya ketika mereka di atas roller coaster sebentar tadi. Zayn disebelah memegang rambut Arabella dan menepuk-nepuk belakang badan Arabella konon-kononnya dapat memudahkan lagi proses pengeluaran sisa dalam badanArabella itu.

Zayn tidak berhenti mengetawakan Arabella yang pada mulanya berlagak dan tinggi diri berkata bahawa dirinya benar-benar okay untuk menaiki roller coaster itu. Belum apa-apa lagi sudah menjerit bising di atas seat tadi dan kali ini pula muntah kerana loya. Bukannya Zayn tidak tahu bahawa Arabella seorang yang gayat. He know everything about his girl, remember?

"Awak stop gelak boleh tak? Tak nampak ke saya tengah dalam keadaan lemah ni?" Lemah konon. Arabella mengangkat muka dan menjeling lelaki disebelahnya itu. Dari tadi lagi tawanya terbahak-bahak. Benda tak adalah kelakar sangat aish!

"Haaa itulah, lain kali cut your coat according your cloth. Hahahaha. Nasib baiklah aku turun tau kalau aku tunggu dalam kereta tadi? Entah bangla mana yang datang nak tepuk belakang kau. Hahahaha." Zayn langsung tidak berhenti ketawa sebaliknya menekan perutnya sendiri tanda dia terhibur dengan jenaka yang Arabella cuba tunjukkan.

"Stop it, Zayn." Kata Arabella dengan muka ketat dan kening yang disambungkan. Geram benar dia melihat Zayn yang langsung tidak membantu. Zayn kemudian menghulurkan air mineral apabila dijeling tajam oleh Arabella. Kemudian, mulutnya dikembangkan dan ditekup dengan kedua-dua belah tapak tangan menahan gelak agar Arabella tidak terus memarahinya. Tangan kemudian diangkat tanda menyerah. Senyuman menghiasi mukanya.

"Okay dah, jom kita balik." Ajak Zayn apabila melihat kondisi Arabella yang semakin stabil. Air mineral tadi diteguk rakus oleh Arabella dan dihulurkan kepada Zayn kembali. Zayn menutup air mineral dan melepaskan rambut Arabella.

"Nak balik dah?" Tanya Arabella sambil mata menatap rona coklat anak mata lelaki yang dicintainya itu. Zayn mengangkat muka memandang Arabella yang lagaknya seperti tidak mahu pulang.

"Ya lah nak baliklah. Kau patut rehat kang ada yang pengsan kat sini, aku buat-buat tak kenal saja." Zayn berjenaka. Dia sebenarnya agak penat dan masih banyak benda yang harus diselesaikan. Disebabkan rasa kesiannya jugalah dia terpaksa berpatah balik dan kini dia di pesta meriah ini bersama bekas kekasih.

"Tapi kita belum lagi naik fun fair tu." Arabella berkata sambil berjalan untuk meneruskan permainannya. Serta-merta Zayn berhenti mendengar kata-kata Arabella tadi dan menggelengkan kepalanya perlahan.

"What fun fair? Kau dah muntah macam apa dah tadi, sekarang kau nak sambung lagi ke? Are you nuts? Or what?" Zayn mengurut dahinya pening melayan Arabella. Dah muntah macam tadi pun masih nak bangga diri? Arabella memang bikinnya menjadi gila.

"Haah. Saya takkan sia-siakan moment moment terakhir dengan awak." Ujar Arabella serius sambil mengukirkan senyuman paksa. Kaki kemudian mengorak meneruskan langkah yang tergendala. Zayn yang teragak-agak berjalan bagi menyamai langkah mereka.

"Apa yang moment terakhirnya?" Tanya Zayn sebelum sambung ayatnya kembali.

"Oooo. Faham, kau dah tak ganggu aku dah la kan lepas ni?" Zayn kemudian ketawa mengejek. Dalam hati tidak pasti jika dia menerima keputusan Arabella yang ingin berhenti mengganggu hidupnya. Mungkin hidupnya akan sunyi kembali tetapi dia harus membiasakan diri dengan keadaan itu.

"Nak ganggu apa lagi dah? You decided to love her right?" Arabellamencebik bibir dan kemudian ke tempat membeli tikrt untuk meneruskan aktiviti tanpa mengendahkan Zayn yang masih membatu.

***

Wawa masuk dalam bilik pejabat majikannya dengan lenggang enggok berbaju kebaya. Biasanya, dia memakai pakaian formal iaitu kemeja dan skirt labuh. Tetapi hari ini hati berkenan untuk mengenakan kebaya pula. Sudah lama dia tidak drees up sebegitu.

CHANCES ✔️Kde žijí příběhy. Začni objevovat