C 51

2.4K 91 2
                                    

Pagi-pagi lagi Zayn tersenyum melihat wajahnya di dalam cermin. Senyuman dihadiahkan buat dirinya sendiri. lama kelamaan senyuman ditarik lebih lebar menampakkan giginya. Nafas ditarik dan cap yang sedari tadi elok terletak di atas katil diambilnya. Cap hitam yang bertulisan 'awesome' berwarna putih itu dikenakan.

Iphone dilihat sekilas. Dia tersenyum lagi. Hari yang dia tunggu-tunggu telah tiba. Sebulan berjauhan bukanlah perkara yang mudah. Arabella pula, apabila diajak face time asyik berdalih dengan alasan yang sama. 'lain kali boleh? Saya penat'. Dalam masa sebulan ini juga, dia hanya tiga kali berkesempatan untuk ber-face time bersama kekasihnya itu.

Zayn sejujurnya sedih dengan tindakan Arabella. Layanan dingin yang diterima sangat membuatkan dirinya terasa seperti dipermainkan oleh seorang gadis yang diberikan keseluruhan hatinya. Tetapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu putuskan hubungan mereka.

Hatinya rela tersiksa demi cinta akan si puteri.

Huh, cinta memang binasa.

Matahari terik yang terpancar ke wajah membuatkan matanya sepet sedikit. Pagi ini dia menyertai trainer-nya yang lain berbasikal melalui hutan-hutan menghijau. Mereka kini di perhentian pertama di mana yang menempatkan RnR (Rehat dan Rawat). Kebanyakan trainer berhenti untuk mengisi air yang kian kosong dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk ke tandas dan ruang rehat.

Mereka akan berhenti rehat selang 20 minit mengayuh basikal. Rehat pula akan diberi masa 10 minit sahaja.

Zayn melihat kawasan itu. Dengan berbukit bukau hijau lumut, sungguh menyenangkan. Ke mana seseorang melancong, didakinya bangunan setinggi Burj Khalifa pun, tetap terpukau pada alam semula jadi. Itulah manusia.

Sudah lama terhitung hari untuk kembali mengayuh. Zayn kini teramat sibuk dengan hal di syarikat miliknya itu tambahan lagi baru-baru ini dia ada mengambil cuti selama sebulan untuk ke Australia. Hampir 3 bulan juga dia tidak mengayuh dan kini dia bersyukur kerana dapat membahagikan masa dengan cermat, dapatlah dia meluangkan masa bersama pelatihnya untuk mengayuh basikal.

Baginya, jika kita tumpukan seratus peratus pada masalah, itu akan membawa kita ke masalah yang lain pula. Jika terus melayan masalah itu, lambat-laun boleh meletup otak rasanya. Sekali sekala, harus juga bersenaman, beriadah dan menikmati keindahan ciptaan tuhan. Melihat daun-daun hijau, ranting-ranting yang kian reput jatuh ke bumi, dan lautan biru membuat segalanya menjadi tenang.

Zayn ke tandas untuk membasuh muka, segarkan dirinya kembali. Setelah beberapa minit, dia keluar dan merapatkan diri ke benteng berdekatan bukit-bukau yang sungguh menggodanya itu. Senyuman dikoyak. Zayn menyeluk poketnya dan mengambil telefonnya. Kamera dibuka dan beberapa keping pemandangan indah itu selamat tersimpan di dalam draft Iphonenya.

Gambar itu ditenung kejap sebelum smart watch miliknya dilihat sekilas.

"Okay geng, dah lebih seminit ni, kita kena gerak sekarang!" Jerit Zayn selaku ketua sedikit kuat kepada pelatih-pelatihnya yang lain. Mereka beramai lebih kurang 15 orang. Itupun ada yang cancel last minute kerana isteri bersalin anak pertama. haih macam-macam.

Beberapa orang pelatih wanita yang ketika itu senang galak berswafoto mengangguk memahami dan mula membuka langkah ke basikal masing-masing. Zayn menmgangguk memberi isyarat.

Mereka sekumpulan mengayuh hingga ke check point seterusnya.

***

Arabella sibukkan dirinya dengan berhelai-helai baju diambil untuk di-pack ke dalam luggage hitam miliknya. Malam nanti dia akan terbang pulang ke Malaysia. Tiada banyak yang diaharapkan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga kepulangannya kali ini tidak bakal merosakkan lagi mentalnya.

CHANCES ✔️Where stories live. Discover now