C 48

2.5K 95 10
                                    

"Saya nak minta izin nak keluar. Boleh? Saya dah lama tak hang out dengan kaw-"

Belum sempat gadis tinggi persis model itu ingin habiskan kata-katanya, Shamier menyampuk dengan muka bengis yang tiada kesudahan.

"Pergi sajalah. Asal kau nak kena minta izin aku?" Shamier mengikat tali bathrobe di badan menjeling kepada sang isteri yang langsung tidak dilayannya seperti isteri. Mereka kini di penthouse milik Shamier sendiri. Mereka hanya tidur sehari di rumah keluarga Nuweena.

"Sebab awak kan husband saya-" Kata-katanya dipangkah lagi dek Shamier. Shamier meraup rambutnya yang basah membuatkan jiwa wanita milik Nuweena terasa tercabar. Sungguh mengodakan. Nuweena menggeleng dan malarikan pandangan.

"No need. I've told you. Aku takkan anggap kau as my wife right? Tak payah nak belagak sopan boleh?" Nuweena menundukkan pandangan. Hempasan pintu membuatkan Nuweena kembali mengangkat wajah dan berpaling melihat pintu yang tadinya ditutup oleh Shamier.

Kata-kata Shamier malam semalam mula mengulang layar.

"I need a reason why you don't like me?" Nuweena menghalang langkah Shamier yang ketika itu ingin mengorak langkah ke tandas dengan pertanyaannya. Soalan yang telah lama tersemak di minda dan malam ini akhirnya dia mendapat semangat untuk bertanya.

Shamier memusingkan badan tegapnya dan melihat tepat ke wajah itu.

"Okay. A reason why I don't like you is.." Shamier tersenyum sinis dan mendekatkan dirinya dengan Nuweena kembali. Kakinya dilangkan dan melutut betul-betul di hadapan Nuweena yang duduk di atas katil. Shamier kini sama ketinggian bersama gadis menawan itu.

"Because you're not Arabella."

"Huh?" Nuweena mengerut wajahnya. Mata Shamier ditenungnya tepat. Bergunung-gunung rasa cinta disalurkan namun gagal sampai ke hati. Mata Shamier mengalihkan pandangan. Nuweena menggelengkan sedikit kepalanya memikirkan siapa Arabella.

"Bagi aku, hanya dia yang layak untuk hati aku. Aku cintakan dia. Hanya dia seorang." Nuweena menelan liur. Sakitnya hati apabila suami sendiri menyebut dan meninggikan perempuan lain di hari pertama pernikahan mereka. Sakit sangat.

"Dan kau bukanlah Arabella untuk aku beri cinta dan hati aku." Pipi Nuweena dielus lembut sebelum Shamier kembali bangun dan ke bilik air untuk bersiram.

Nuweena terdiam dan terpaku. Dia tidak bisa ramal jika masjid yang dibina ini bakal runtuh atau akan terus berterusan kerana yang menukang hanyalah dia seorang.

"Untung kau Arabella." Nuweena berkata dengan matanya yang masih merenung pintu masuk bilik mereka itu. Mungkin ada yang tertanya, kalau tidak mencintai, mengapa masih tidur bersama? Nuweena tersenyum pahit.

Air matanya jatuh setitis demi setitis mengenangkan episod hidupnya yang entah bila mahu ketemu bahagianya.

Shamier hanya menggunakannya untuk puaskan nafsu jantannya. Hatinya sakit dan masa yang sama cuba menutup dan menimbus dengan cintanya.

Tetapi Shamier tidaklah melayannya secara kasar, Shamier masih berlembut apabila memberi nafkah batin semalam, cuma...

Cuma Nuweena tidak pasti jika muka perempuan lain yang dibayangkan dek mata itu. Mata diseka.

***

"Saya Sofea."

Hadi mengerutkan dahinya mendengar pengakuan Dira itu. Bukankah dia berkata Sofea itu orang yang jahat yang cuba untuk membunuhnya?

"Huh?" Hadi memberi tumpuan. Matanya memandang wajah bersih milik Dira yang persis bekas teman wanitanya dahulu. Sungguh dia rindukan wajah itu. Dira mengangguk laju dengan wajah yang cemas.

CHANCES ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant