Langkah kakinya di atur di sepanjang koridor hospital. Manusia-manusia yang jalan berselisihan dengannya langsung tidak dihiraukan. Kemudian dia menolak pintu tangga kecemasan.

"Sarah. Maafkan abang." Luah seseorang.

Malahan luahan itu berjaya memberhentikan langkah kakinya. Suara itu sudah tidak menjadi asing baginya lagi. Kemudian dia berpaling memandang ke arah kirinya.

Kelihatan seorang doktor muda sedang meratapi pemergian seseorang. Keadaan doktor muda itu agak kelihatan tidak terurus amat terserlah pada diri doktor itu walaupun masih lagi kemas walhal sedang bersandang gelaran seorang doktor pakar.

Kemudian, doktor muda itu dapat merasakan seseorang sedang memerhatikannya. Saat doktor itu berpaling menjadikan suasana menjadi sedikit tegang. Agak terkejut doktor muda itu apabila dapat melihat sekali lagi wajah keparat yang telah menghuru-harakan hidupnya. Rahangnya diketap kuat. Tanpa sebarang kata lantas doktor muda itu menyerangnya dengan merentap jacket kulitnya.

Namun sebaliknya dia lebih tangkas menepis tindakkan doktor muda itu. Lalu mencengkam kedua tangan doktor terus kebelakang tubuh Dan dihimpit wajah doktor muda itu ke dinding.

"Aril." Seru lelaki itu mendatar tanpa sebarang espresi.

"Kamal! Berani kau tunjukkan muka kau dekat sini lagi?! Apa yang kau nak lagi daripada Sarah?!" Balas Aril dengan sedikit bengis.

"Nama aku Qash dan bukannya Kamal." Katanya tanpa menjawab sebarang pertanyaan Aril.

--------------------

Dipagi yang cerah Farisya memerhatikan Kimberly sedang berlari anak ke arah sebuah kereta yang sedang menunggu di halaman. Dia pasti itu adalah seseorang yang Kimberlyn maksudkan tempoh hari. Jelas terhias pada wajah Kimberlyn yang amat teruja sekali.

Ini merupakan kali pertama harinya tanpa Kimberlyn sejak dia mula menumpang di rumah agam milik Xavier ini. Memikirkan lelaki itu. Ya, sejak kebelakangan ini lelaki itu lebih kerap berada di rumah. Barangkali dia tiada urusan penting di luar. Namun Xavier lebih banyak menghabiskan masanya di bilik perpustakaan. Sesuatu perkara yang Farisya sydah hadam tentang diri Xavier. Lelaki itu seorang ulat buku.

Langsir putih di tutup kembali. Langkah kakinya diatur melangkah di sepanjang ruangan legar rumah agam ini. Di fikirannya kini ingin meminta sesuatu pada lelaki itu. Dirinya tidak tahu untuk berbuat apa sepanjang hari ini kerana masih tetap berasakan dia menumpang di sini. Sungguhpun Xavier dan Kimberly sering mengatakan bahawa dia bebas untuk berbuat apa sahaja. Masih tetap dia sedar diri kenyataan dirinya. Dia malu untuk berbuat sesuka hati dengan sendirinya.

Pintu bilik perpustakaan dibuka perlahan. Kepalanya menjengah sedikit ke dalam. Bayang susuk tubuh Xavier langsung tidak kelihatan. Begitu juga dengan Baron juga tiada.

"Apa yang kau menghendapkan?" Muncul suara keras dari belakang brjaya menyentak Farisya.

Lantas Farisya berpaling. Terkejut melihat susuk Baron berada dibelakangnya secara tiba-tiba. Manakala wajah keras Baron menjengkilkan matanya memandang curiga ke arah Farisya. Lelaki itu seolah-olah sedang menafsirkan niat sebenar si gadis muda itu.

"Tuan Xavier berada di bilik muziknya." Beritahu Baron mendatar sebelum pintu bilik perpustakaan dibuka seluasnya.

Manakala Farisya terdiam sejenak. Termalu sendiri apabila tingkahnya tadi ditangkap oleh Baron. Tidak pernah walau sekali pun dia bersemuka secara begini dengan Baron. Apatah lagi bercakap dengan lelaki itu.

"Mana kau tahu aku sedang mencari Tuan Xavier?" Soal Farisya sambil mengekori Baron yang menghampiri meja kerja Xavier yang berselerak dengan kertas-kertas kerja.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now