BAB 2

11.6K 144 0
                                    

Peluh yang mengalir tanpa segan silu memenuhi permukaan kulit putih mulus tanpa sebarang cacat cela Farisya Al-Humaira tidak dihiraukan langsung. Terpancar diraut wajahnya yang penuh dengan rasa keletihan dengan sesi workout yang sedang lakukannya ini.

Tubuhnya hanya mengenakan set sport bra keluaran jenama Victoria Secret itu berjaya menyerlahkan bentuk tubuhnya yang mengiurkan itu. Sesiapa yang melihatnya pasti akan rasa terpesona dengan kecantikan semula jadi tubuh badannya itu.

Farisya seorang yang amat mementingkan penjagaan tubuh badan yang sering menjadi idaman setiap gadis-gadis diluar sana. Dia akan memastikan tubuhnya akan sentiasa ideal dan mantap menepati citarasanya.

Ruangan gym ini sememangnya disediakan khas untuknya agar dia mudah melakukan aktivitinya tanpa sebarang gangguan dari luar. Dia seorang yang sangat mampu jadi tiada masalah untuk mengeluarkan sejumlah wang yg besar hanya setakat ruangan gym ini.

Bukan kerana rumah villa nendanya tiada ruangan gym malah cukup lengkap dengan segala alatan tetapi sengaja dia memilih gym exclusive ini semata inginkan privacy.

Kring kring

Deringan Iphone Xs Max menyedarkannya daripada tumpuannya. Diletakksn besi berat itu ditempat asalnya lalu dicapai Iphonenya daripada terus membingitkan ruangan gymnya.

"Hello. Who's this?" Jawabnya tanpa melihat memanggil di screen Iphone nya.

"Asalammualaikum, cucunda." Terbeliak matanya apabila mendengar suara halus wanita kesayangannya. Masakan jarang sekali dia mendapat panggilan daripada nendanya ini kecuali perkara penting sahaja.

"Err arrr... waalaikumussalam nenda. Farisya ingat siapa tadi." Terus dia melunakkan suaranya kepada manja. Terasa sentuhan halus yang menjalar memeluk tubuhnya dari belakang serta usapan sensual jemari lembut itu asyik bermain di perut Farisya.

"Sayang, who's call yo...." Pantas memusingkan tubuhnya dan tangan Farisya menekup mulut Amylia sambil membulatkan matanya memberi isyarat 'please, jangan bersuara ini nenda.'

Amylia hanya terkaku lalu mengangkat kedua belah tangannya menandakan dia faham situasi sekarang..

"Ehh, ini kamu dekat mana? Baru tadi nenda dengar macam ada suara perempuan panggil kamu sayang. Farisya?" Farisya dapat bau perasaan curiga Hanum terhadapnya. Namun, dia tenang kerana sudah biasa dengan situasi sebegini.

"Farisya dekat gym lah tempat biasa nenda. Biasalah nenda rutin time weekend. Tadi tu suara pengunjung datang ke gym ni nenda. Yelah, tempat awam macam-macam lah ragam manusia yang keluar." Panjang penjelasan yang di buatnya masakan dia sudah pasti Hanum akan bertanyakan soalan. Nendanya seorang yang akan banyak tanya selagi dia tidak berpuas hati.

"Ohh, nenda ingatkan memang ada perempuan panggil kamu macam tu. Buat nenda risau kalau kamu ni jadi songsang dan kamu tu tak payah asyik pergi ke gym je badan kamu tu dah cantik dah suami kamu dapat kamu mahu dia tak lepas kamu daripada bilik." Farisya melepaskan keluhan kecil mengenangkan nenda percaya akan kata-katanya. 'Sorry, Farisya cucu nenda ni memang seorang yang songsang.' Getus hatinya.

"Ehh, apa nenda merepek ni Farisya bukan semata-mata untuk cantik nenda tapi untuk kesihatan juga nenda." Balasnya sambil mencapai tuala bersih disediakan khas untuk mengelap peluhnya.

"Ini nenda nak ajak kamu teman nenda pergi beli hadiah dalam tengah hari nanti.." Beritahu nenda tujuan sebenarnya. Farisya melihat jam yang sedia ada tergantung di dinding

"Hadiah? Untuk siapa punya nenda? Birthday abang dah lama lepas." Berkerut keningnya memikirkan tujuan Hanum menelefon.

"Ini untuk anak Datin Mawar. Si Ayu, diakan nak nikah majlis persandingan pun dah nak hampir so nenda ingat nak belikan sesuatu untuk dia." Farisya merasakan dia pernah dengar nama 'Ayu' suatu ketika dahulu. Namun, dia tidak ingat siapakah gerangan itu.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now