BAB 34

3.2K 143 18
                                    

"The sun stopped shining for me is all. The whole story is: I am sad. I am sad all the time and the sadness is so heavy that I can't get away from it. Not ever."


"I want the truth." Soal Kimberlyn lancang sambil berpeluk tubuh.

Mata gadis itu tajam merenung tepat ke arah Xavier sedang berdiri bersahaja dengan membelakanginya.

Keadaan ruangan sepi. Manakala Kimberlyn tetap sama. Dia langsung tidak beranjak kerana dia mahukan jawapan tepat daripada mulut Xavier.

Xavier menghela nafas.

"About what?" Akhirnya dia mematahkan kesunyian ruangan itu.

"Who is she?" Tanya Kimberly terus tanpa berdalih. Dia tidak mahu bermain tarik tali dengan lelaki itu.

"My wife." Jawab Xavier tenang sambil merenung tepat ke arah Farisya sedang duduk keseorangan di  taman buatan rumah agamnya.

Dia dapat melihat dengan jelas tindak tanduk Farisya dari jendela tingkat atas.

"Kau tak bergurau." Kimberlyn senyum menyungging. Sukar untuk diri menghadam jawapan Xavier. Satu jawapan di luar jangkaannya sendiri.

"Kau nakkan kebenaran." Kata Xavier mendatar menempelak.

Kimberlyn terdiam sebentar sebelum melepaskan keluhan berat. Dia teringkat akan dokumen peribadi Farisya. Isi maklumat itu cukup memberi impak kepadanya. Walaupun maklumat itu masih tidak menceritakan segalanya tentang gadis itu.

"She's suffering. Aku dapat rasakan." Beritahunya perlahan sambil merapati Xavier.

"Sebab itulah kau ada di sini. Aku tak tahu kesakitan apa lagi yang dia simpan."

Kimberlyn mengikut sahaja arah anak mata Xavier memandang.

"Perkenalan aku dengan dia terlalu singkat. Aku tak tahu banyak tentang dia dan hanya itu sahaja yang aku." Terang Xavier lagi tanpa berdalih.

Dia mula merasakan ada kepentingan untuk Kimberlyn tahu tentang hubungan sebenar gadis itu dengannya.

Manakala Kimberlyn setia mendengar penjelasan terbuka Xavier. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang membuatkan Xavier dan Farisya bersatu. Dia cukup kenal akan perangai lelaki itu sejak dulu lagi.

"Tapi cukup buat hati aku berasa sakit." Tekan Xavier.

"She needs you." Celah Kimberlyn tegas.

"Hanya kau sahaja yang mampu menjadi kekuatan dia kerana ikatan kau dengan dia." Tekan Kimberlyn lagi lebih tegas sambil menatap dalam wajah Xavier.

Xavier diam membiarkan soalan itu tergantung. Dia menghadam maksud Kimberlyn.

Kemudian dia memandang sekilas wajah serius Kimberlyn sebelum dia membuka langkah.

"Dekat atas meja itu ada harta kesayangan dia." Beritahu Xavier sambil menunjukkan sangkar sederhana besar di atas meja.

"Mungkin dapat membantu kerja kau." Kata Xavier lagi.

Kimberlyn mendengus kasar akan sikap dingin lelaki itu.

"Xavier." Seru Kimberlyn kuat.

Namun Xavier hanya mengendahkan panggilan itu.

"Only you, Xavier!" Lantang dia menjerit. Namun Xavier tetap Xavier membiarkan berlalu pergi.

'Aku akan berikan apa yang dia perlukan.'

Dia ada tugas yang perlu dibuat sekarang untuk kebaikan Farisya.

-----------------------

Farisya merenung kosong ke arah hidangan di hadapannya. Garpu di tangannya asyik menguis-nguis bacon di pinggan tanpa menjamah walau sedikit pun. Selera makannya sudah lama mati dan ia bukan sesuatu yang baru untuk dirinya sekarang.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now