BAB 5

8.4K 145 7
                                    

"Sarah biar betul." Aril agak terkejut akan berita pertemuan antara Sarah dengan Farisya.

"Iya abang, Sarah sendiri tak sangka akan berjumpa dengan Farisya tu. Tapi.." tergantung kata-kata Sarah seketika.

"Tapi.." Aril setia menanti kata-kata seterusnya. Berdebar-debar dada Aril seperti dapat merasakan ada sesuatu yang tidak enak telah berlaku.

"Farisya dah lain tak sama macam dulu. Dia betul-betul lain." Ada nada sedikit kecewa di hujung katanya.

Kecewa akan perubahan yang telah berlaku dalam diri Farisya.

Aril hanya mampu melepaskan keluhanya sahaja.

"Ayu dengan Farisya bergaduh." Berkerut dahi Aril apabila mendengar berita itu.

"Macam mana mereka boleh bergaduh?" Aril ingin tahu punca pergaduhan itu. Pasti Fahmi juga tahu akan berita ini. Kebetulan waktu itu Aril dalam tugasan yang menghalang dirinya untuk ikut serta pernikahan antara Khairul dengan Ayu.

Malah, Farisya sewaktu di zaman sekolah sememangnya seorang yang sangat pendiam dan keseorangan tapi macam mana mereka boleh bergaduh sedangkan mereka tidak bertegur sapa. Hairan.

"Entah lah abang, benda tu berlaku secara tiba-tiba. Ayu pun teruk masa tu sebab kena simbah air dengan Farisya. Kalau Sarah memang dah rasa malu gila masa tu." Sarah juga hairan akan perubahan yang berlaku terhadap Farisya sedangkan gadis itu dahulu sangat lurus dan naif.

Aril secara tiba-tiba teringat akan amaran Farisya terhadapnya. Adakah gadis itu sudah tahu dia ingin bertunang dengan gadis dihadapannya ini.

Sewaktu ketika dahulu, hanya dia sahaja yang sangat rapat dengan Farisya. Selepas dia sambung belajar dalam bidang perubatan secara tak lamgsung persahabatan itu sudah terputus hubungan dengan gadis itu malah sebelum dia terbang juga hubungan dia dengan Farisya dingin. Tapi apa puncanya. Perkara lama dan tidak penting malas untuk dia ambil pusing.

Dia risau akan majlis pertunangannya bersama Sarah akan terganggu juga. Tangannya dimasukkan kedalam poket kot putih seragam doktor.

"Sayang, Farisya ada cakap apa-apa dengan sayang tak?" Tanya Aril.

"Tak ada. Kenapa abang?" Hairan Sarah dengan pertanyaan Aril. Seperti ada sesuatu yang pelik. Namun hatinya hanya berfikir positif sahaja.
Sarah sangat sayang akan hubungannya dengan Aril. Baginya Aril adalah segalanya.

Aril sedikit lega kerana khuatir Farisya ada berkata sesuatu kepada buah hatinya. Kejadian pada malam itu Aril cuba untuk lupakan. Pada masa yang sama dia masih terkejut akan tindakan berani gadis itu.

"Doktor Aril. Ini rekod persakit yang nak di bedah sekejap lagi." Sampuk nurse berbangsa cina itu sambil menghulurkan fail laporan pesakit kepadanya.

"Terima kasih Sandy." Ucap Aril kepada Sandy sambil memandang sekilas tag nama wanita cina dengan berpakaian seragam berwarna biru navy gadis itu.

Sandy hanya membalas senyuman kecil kepada 2 orang doktor muda dihadapannya ini.

"Ok lah Sarah. Abang pergi dulu." Ucap Aril sebelum meninggalkan Sarah di meja pertanyaan di koridor hospital itu.

"Ok abang." Dia hanya menghantar pandangan kearah Aril yang sudah pun pergi.

Sarah hanya mengeluh perlahan sebelum mengorak langkah mulakan kerja sebagai doktor pakar bedah.

Staf di hospital ini sememangnya sudah tahu akan hubungan mereka sebenarnya. Maka dia tidak berasa hairan akan pandangan staf di sini.

----------------------

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now