BAB 33

3.6K 128 27
                                    

'It's a myth that they are smiling and clever do not have any depression'


Mata bundar itu memandang hairan ke arah sekelilingnya. Suasana yang amat asing malah tempat ini tidak pernah dia melihat sebelum ini kerana seperti dia berada di suatu dunia yang lain. Bahkan keadaan gelap gelita tanpa sebarang cahaya membangkitkan rasa seram di benak.

Hanya dia sahaja berdiri keseorangan tanpa bayang-bayang sesiapa.

"Aku dekat mana ini?" Gumamnya perlahan sambil berjalan perlahan tanpa arah tuju berkaki ayam.

"Dalam dasar jiwa kau yang paling dalam." Bisik seseorang penuh gemersik di gegendangnya.

Lantas Farisya menoleh kebelakang. Matanya meliar memandang segenap tempat walaupun hanya suasana gelap dan lantai hitam kedinginan sahaja terlayar di matanya.

Kosong, tiada sesiapa.

Degupan jantung semakin laju memburu. Kedinginan semakin kian terasa menyebulungi dirinya. Dengan pantas Farisya memeluk tubuh bersarung gaun putih bersih dengan kuat. Dahinya berkerut sambil menggigil. Dia sesat tanpa tahu di manakah dirinya berada sekarang.

"Jiwa kau penuh kekacauan." Bisik suara itu lagi. Bahkan terasa begitu hampir dengan dirinya sahaja.

Farisya menoleh lagi kebelakangnya lagi sekali. Iris mata melihat ada susuk tubuh seorang perempuan sama sepertinya. Malah pakaian yang tersarung pada tubuh itu juga sama. Manakala perempuan itu berdiri tidak jauh daripadanya sambil merenung tepat ke arah dirinya dengan wajah kelesuan

"Putus harapan?" Soal perempuan itu selamba tanpa riak.

Dahi Farisya berkerut tidak mengerti apa maksud perempuan itu.

"Rasa sedih yang kau sendiri tak tahu penghujungnya."

"Mengharap kebahagian yang tak akan pernah kunjung tiba."

"Hidup kau memang menyedihkan." Kata perempuan itu lancang tanpa henti.

Hati Farisya terasa sakit yang amat malahan berdarah apabila dicemuh oleh seseorang yang dia sendiri tidak pernah kenal siapa. Dadanya berdebar ketakutan entah mengapa dia merasakan perempuan di hadapannya ini ibarat sebuah ancaman untuknya. Walhal puncanya pun dia tidak tahu.

"K-kau siapa?" Soal Farisya tergagap-gagap.

"Kesedihan kau." Jawab perempuan itu tenang.

"Rasanya sakit sangat." Rintih perempuan itu.

Farisya terkesima.

Matanya terbuntang sehinggalah dia merasakan ada cahaya mencucuk-cucuk matanya tajam. Dia mengelip-ngelip matanya seketika sebelum mengerling keadaan sekelilingnya. Dia sudah berada di alam nyata namun dia tersedar sesuatu.

Tempat asing.

Dia menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Wajahnya diraup kasar beberapa kali. Dadanya berombak hebat umpama dia telah membuat larian keliling Malaysia.

"Hai Farisya, good morning." Jerkah suara ceria di hadapannya ini.

Farisya terkejut kecil sambil berkerut memandang wajah perempuan asing tertiba sahaja muncul di hadapannya. Dia tidak tahu sama ada dia masih berada di alam mimpi atau nyata sekarang ini.

'Apa pula kali ini.' Desisnya.

Farisya kekal membisu tidak memberikan apa-apa reaksi. Manakala perempuan itu tetap kekal tersenyum.

Sayap Sebelahحيث تعيش القصص. اكتشف الآن