BAB 17

4.3K 106 16
                                    

You Give Me Feeling
I Can't Put Into Words


Kedua belah tangan Farisya ligat menyusun atur barangan peribadinya ke dalam sebuah kotak sederhana besar. Mujur tidak banyak barang peribadi yang telah dibawanya semasa mula berkerja di syarikat guaman milik keluarganya itu atau lebih tepat bekas.

Hanya sebingkai gambar wajah mama dan papanya dan juga beberapa hiasan yang merupakan kenangannya semasa dia masih belajar di London dulu.

Lantas bingkai gambar itu diambil semula dari dalam kotak sederhana besar itu. Gambar itu ditatap lama sambil mengusap perlahan wajah insan yang amat dia ingin tatap.

Walaupun Farisya sedar usapannya sia-sia mengharapkan dia dapat merasa setiap lekuk wajah itu dalam erti sebenarnya.

Kedua wajah itu mempamerkan senyuman yang cukup manis bagai tiada masalah di antara mereka. Sejujurnya di hati Farisya berasa serba salah hanya kerana dia mama dan papa sanggup mengambil risiko untuk melahirkannya ke dunia kejam ini.

Farisya melepaskan keluhan berat. Kadang kala dia juga terfikir sendiri sampai bilakah derita ini akan dia rasai.

Atau mungkin selamanya.

Masih segar di ingatan Farisya saat dia masuk ke dalam bilik yang pernah menjadi tempat kerjanya ini.

Terdapat sepucuk surat rasmi yang terletak elok di atas meja kerjanya. Apabila dibaca setiap patah perkataan itu memaklumkan notis perletakkan jawatannya secara rasmi.

Sejujurnya Farisya sekelumit pun tidak hairan jika lesen guamannya di dakwa. Kerana bidang ini bukanlah sesuatu yang dia minati tetapi lebih kepada menurut segala telunjuk Fahmi dan juga Tengku Hanum.

Malah bagi Farisya ini suatu bonus untuknya menghancurkan Aril.

Leka Farisya diganggu apabila pintu biliknya dibuka secara mengejut tanpa sebarang isyarat. Namun Farisya tidak memberi sebarang reaksi hanya membiarkan sahaja gerangan itu masuk ke dalam bilik ini.
Fikir Farisya gerangan itu mungkin Fahmi kerana hanya lelaki itu sahaja yang suka masuk tak beradab.

Farisya masih setia mengemas barangannya sambil membelakangi gerangan itu.

"Farisya." Gemersik suara itu menyebut namanya.

Lantas Farisya memandang wajah sugul itu. Berkerut dahi Farisya melihat wajah lelaki itu di hadapannya.

Sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu. Jadi tekaannya salah terhadap gerangan yang terlalu biadap menerjah masuk ke dalam biliknya itu bukanlah abang namun sebaliknya.

Khairi.

"Sorry sebab I masuk bilik you tak ketuk pintu dulu." Serba salah pula hati Khairi apabila terlalu bertindak melulu. Apatah lagi angin gadis itu sering kali tidak menentu.

Farisya mengeluh kecil sebelum menyambung semula kerja menyusun fail dokumennya.

Malas dia mahu melayan Khairi dan dia tidak mahu ambil tahu sebab Khairi datang mencarinya.

Di fikirannya sekarang hanya mahu pergi cepat dari tempat ini sahaja.
Tetapi dia tidak boleh pergi dalam keadaan kerja yang tergantung.

"It's okay sebab I pun bukan pekerja di dalam company ni lagi. I dah di pecat." Kata Farisya tanpa nada tanpa memandang wajah Khairi.

Hubungannya dengan Khairi hanya berlandaskan rakan sekerja sahaja. Tidak berniat ingin lebih daripada itu apatah lagi bersahabatan.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now