BAB 8

6K 104 9
                                    

Aril memandang sepi kearah kertas-kertas laporan pesakitnya itu. Tiada satu pun dapat menarik minatnya. Dia akui bahawa dia harus bersikap profesional. Malangnya masalah yang terberlenggu di mindanya ini lebih menguasai diriny. Semenjak dia bersua semula dengan Farisya usai sahaja gadis itu tamat pengajiannya di Universiti di London. Hidupnya terus menjadi kucar kacir.
Dengan desakan Fahmi terhadapnya begitu juga perangai Farisya yang menjengkelkan itu.

Tambahan pula gadis kesayangannya itu masih di hantui mimpi buruk sejak kebelakangan ni. Tapi bukan itu yang perlu dia runsingkan sekarang.

Ada hal lain yang membuatkan fikirannya menjadi serabut dengan memikirkan hal gadis itu. Sehingga kini dia masih tidak dapat terima dek akal terhadap adik kepada sahabatnya itu yang dahulu senaif manusia boleh berubah menjadi seteruk-teruk perangai.

Sudahlah gadis itu pernah cuba berikan dia ugutkan namun dia hanya membiarkan ugutan itu berlalu sepi semenjak dia sudah lama tidak bersua dengan Farisya. Tetapi di jauh sudut hatinya dia masih meragui kerana dia takuti gadis itu merancang sesuatu yang buruk tanpa dia sedar.

Macam mana dia boleh berubah jadi macam tu sekali.

Aril mengusap-ngusap dagunya sedang memikirkan maksud gadis itu. Kejadian yang telah menciptakan jurang di antara gadis itu dengannya.

Aril melepaskan keluhan di dada.

Lama kelamaan malas dia mahu ambil pusing tentang masalah yang Farisya timbulkan.

Aku perlu jauhkan diri aku daripada perempuan itu.

Perkara yang paling penting untuk dia fikirkan sekarang adalah majlis pertunangannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

-------------------

Amylia tersenyum senang dengan pernampilan di pantulan cermin. Tubuhnya yang mengiurkan itu dia lihat. Berbadan ramping manakala asetnya pula tidak pernah mengecewakannya. Kerana itulah tawaran sebagai model tidak pernah putus-putus untuknya.

Lantas dia mencapai tas tangannya. Dia perlu keluar awal untuk sampai ke tempat dia perlu shoot pada hari ini. Amylia ada prinsip sebagai model dia harus menjaga jadual hariannya dengan baik jika tidak pasti dia akan sampai lambat malah akan menjejaskan kereernya.

Saat Amylia membuka pintu dia pantas ingin menutup pintunya semula kerana matanya sudah terhidang dengan sesuatu dia paling benci. Malangnya, gerangan itu lebih pantas menyekat pintu di tutup dan meloloskan dirinya kedalam condo.

Amylia berundur kebelakang dengan riak sedikit cuak kerana dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan bertemu semula dengan lelaki itu.

Wajah lelaki cukup bengis beserta pandangan tajam itu kearah Amylia sehinggakan gadis itu semakin gentar. Amylia lantas melarikan diri ke dalam biliknya namun lelaki itu lebih pantas menangkap tubuhnya.

"Hei! Lepaslah!" Amylia cuba meronta untuk melepaskan diri daripada cengkaman lelaki itu.

"Kau tak akan terlepas kali ni Lia!" Lelaki itu terus tubuh genit Amylia ke arah bilik gadis itu meskipun gadis itu tidak berhenti-henti meronta ingin melepaskan diri.

Wajah Amylia berkerut menahan cengakam lelaki itu. Lalu dia meringis kesakitan.

"Luqman sakitlah! You memang gilakan!" Tengking Amylia saat dirinya di campak kearah katil.

"Hati aku lagi sakit bila kau langgar arahan aku! Aku dah pernah kata dekat kau jangan pernah munculkan diri dekat depan aku!" Jerkah Luqman kearah Amylia. Wajah dia merah menahan kebencian penuh terhadap gadis itu.

"Hey! What's wrong with you?" Amylia terpempan apabila mendengar tuduhan Luqman buatnya. Lantas dia bangkit menghadap lelaki tidak guna itu.

"Hei perempuan kau dengar sini. Lupakan je rancangan bodoh kau tu dengan memperguna Farisya." Ujar Luqman dengan pandangan tajam kearah Amylia. Sungguh dia benci dengan reaksi perempuan itu seakan-akan tidak tahu apa-apa.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now