BAB 15

4.6K 93 8
                                    

Now It's Back To The Way It Started. Strangers

Suasana pusat membeli belah Pavilion agak tidak begitu sibuk. Memandangkan pada hari ini bukan merupakan hari minggu.

Langkah kaki Farisya terus menerus mengekori setiap langkah Sarah yang asyik memasuki setiap butik kedai yang terdapat di dalam Pavilion itu.

Tetapi setiap kali keluar daripada butik masih dengan tangan kosong. Sehingga pening Farisya dengan ragam perempuan di hadapannya. Kadang kala Farisya sempat menjeling geram ke arah Sarah mujur sahaja perempuan itu tidak perasan dengan tindak tanduknya itu.

"Kak Sarah tak penat ke?" Ujar Farisya sambil mengeluh kasar dengan karenah cerewet si Sarah itu.

Jika bukan memikirkan rancangan asalnya untuk menanam jarum di dalam hati Sarah. Mana mungkin Farisya mahu membuang masa bersahaja dengan perempuan itu. Sekarang dirinya pula yang sakit hati dengan sikap Sarah ini.

Asyik-asyik cakap benda yang sama Aril tak suka itu dan ini. Tak padan dengan gaya dan kulit Aril. Bertambah meluat Farisya bila teringatkan pujian manis yang terlampau Sarah untuk Aril.

Sarah memalingkan dirinya memandang Farisya yang asyik mengeluh kepenatan sejak tadi. Jatuh kasihan pula dengan gadis itu tapi nak buat macam mana hanya Farisya  sahaja yang sudi menemaninya.

Sarah mencuba nasib mengajak Farisya untuk menemaninya dan secara automatik Farisya bersetuju dengan pantas.

"Penatlah juga tapi semangat nak kahwinkan jadi semua rasa penat tu hilang tiba-tiba." Kata Sarah dengan senyuman manis dibuatnya.

Terbit rasa meluat dengan jawapan Sarah. Semangat nak berkahwin dengan si pengkhianat itu.

'Kalau kau tahu perbuatan keji Aril dekat aku dulu sah-sah kau pun tak nak dekat dia Sarah.' Getus Farisya dalam hati.

"Dahlah Farisya mari jom kita pergi dekat butik tu pula." Jari telunjuk Sarah lurus tunjukkan butik pakaian formal lelaki.

Serentak itu, tangan halus Farisya itu Sarah capai di tarik menuju ke arah sebuah butik pakaian lelaki formal berjenama itu. Pameran itu seakan menarik hatinya untuk melihat lebih dekat pakaian formal lelaki itu.

Farisya menjeling kasar ke arah Sarah yang selambanya mengheretnya ke dalam sebuah butik. Di dalam hatinya sudah menyumpah seranah.

"Pastikan kak Sarah beli something dekat dalam butik tu bukan pilih-pilih tapi tak nak beli." Amaran keras Farisya berikan kepada Sarah.

Walaupun hakikatnya Sarah hanya buat dengar tak dengar sahaja. Sejak dari tadi hanya beberapa barangan sahaja yang Sarah dapat beli daripada banyak-banyak kedai yang telah mereka masuki.

"Baik tuan puteri."

Sarah hanya terus menarik Farisya ke dalam sebuah butik. Namun belum sempat mereka masuk ke dalam ruangan butik itu.

Buk!

Terduduk Sarah akibat dirempuh kuat oleh seseorang di hadapan butik itu. Orang ramai mula memandang sketsa pendek itu. Sarah mengadu kesakitan meminta Farisya membantunya berdiri.

Tetapi tubuh genit Farisya hanya lebih memerhatikan sahaja keadaan Sarah sebegitu tanpa rasa niat untuk membantu Sarah.

Sarah merasakan ada tangan kasar memegang lengannya yang berlapikkan kemeja yang Sarah kenakan sekarang. Pantas Sarah memandang pelik ke arah wajah lelaki asing itu.

Rasa ingin menepis apabila terfikir niat lelaki itu hanya ingin menolongnya membuatkan Sarah membiarkan sahaja.

"Saya minta maaf cik."

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now