BAB 45

1.5K 87 7
                                    

'There is no greater sorrow than to recall happiness in times of misery

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

'There is no greater sorrow than to recall happiness in times of misery.'

Suasana ruangan tamu yang nyaman menjadi saksi ketegangan hati Jessica. Suara yang menegurnya itu seakan tidak asing didengarinya malah lunakan suara itu persis pernah dirinya dengari sebelum ini. Tetapi di mana dia dengari tidak dapat dia meneka.

Namun begitu, ada perkara menjadikan Jessica lebih berasa sangsi adalah cara pemilik suara itu menyapa dirinya. Apakah gerangan ini tidak mengetahui tatatertib peraturan sebagai pembantu rumah. Sejak bilakah keluarga Knightley mengubah peraturan menjadi begitu longgar atau tidak memberikan pengajaran kepada pembantu yang tiada adab.

"Hai?" Ajuk Jessica mengulang semula.

Sejurus itu, Jessica memusingkan tubuhnya untuk memandang pembantu rumah itu. Wajah polos perempuan itu direnung dalam.

"Hai? Kau tidak tahu ke peraturan keras di dalam Deiderich ini?" Ulang Jessica sedikit kasar.

Manakala Farisya mempamerkan reaksi keliru. Keningnya berkerut menafsirkan apa yang di katakan oleh wanita di hadapannya.

"Peraturan?"

"Wait, hold on." Ada sesuatu yang menyedarkan Jessica. Tubuh Farisya di imbas dari atas hingga ke bawah beberapa kali.

"Mana uniform you? I tak rasa yang you ini pembantu di Deiderich." Intonasi Jessica perlahan berubah menjadi semakin keras.

"Siapa kata yang aku ini pembantu di Deiderich ini? Lagi satu memang tak pernah belajar etika beradab bila datang ke tempat orang ke?" Selar Farisya selamba.

Jessica agak tercengang kerana di tempik selamba oleh perempuan muda di hadapannya ini. Farisya di pandang besar kecil. Wajah Jessica merah padam menahan amarah seiring malu di selar begitu. Lalu Jessica mula melangkah perlahan menghampiri Farisya yang tidak jauh daripadanya.

"How dare you? You tahu tak yang I ini siapa. I ini bekas pu-"

"Siapa kisah siapa kau. Aku tak nak ambil tahu pun." Potong Farisya tanpa menunggu Jessica menghabiskan katanya.

Bagi Farisya, dia sudah cukup muak berjumpa manusia yang tiada adab seperti di hadapannya sekarang ini. Niatnya mahu meramah mesra serta merta terbatal kerana dek ketiada adab yang telah ditunjukkan oleh Jessica. Manakala Jessica terdiam sebentar apabila dia cuba mula mengingati sesuatu.

"Now I remember you. So you lah perempuan yang cuba culik anak I tu?! Dan sekarang you boleh ada dekat sini pula?" Kata Jessica separa menjerit. Matanya terbuntang apabila menyedari bahawa dia akan berjumpa semula dengan perempuan yang telah membawa lari Xandria dulu. Malah apa yang lebih mencurigakan dirinya adalah kewujudan perempuan ini secara tiba-tiba di Deiderich.

"Don't tell yang kau ini-" Jarinya menunjuk-nunjuk tepat ke arah wajah Farisya dengan reaksi kurang senang. Tidak dapat dia menerima dengan akal jika benar tekaannya bahawa perempuan ini adalah gadis malang yang bakal menerima nasib sepertinya.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now