BAB 27

2.7K 95 33
                                    

"When we love, we always strive to become better than we are. When we strive to become better than we are, everything around us becomes better too."

Litar landasan lapangan terbang KLIA agak lapang dengan pelepasan pesawat kapal terbang yang dikemudi oleh pilot berkemahiran milik syarikat penerbangan hub besar di Malaysia untuk diterbangkan ke destinasi negara masing-masing.

Xavier melangkah beriringan bersama anak kembarnya ke salah sebuah pesawat kapal terbang peribadi miliknya.

Hujung lengan bajunya ditarik-tarik. Xavier mengerling sekilas ke arah anak perempuannya.

Langkah Xandria berhenti secara tiba-tiba begitu juga Xavier dan Xandra turut berhenti.

Xavier merendahkan dirinya separa Xandria. Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran anaknya ini. Wajah Xandria ditenung penuh kasih.

"Kenapa daddy tak ikut sekali?" Soal Xandria dengan tidak berpuas hati.

Xavier tersenyum kecil apabila mendengar soalan yang dia sudah dapat meneka. Wajah Xandra turut dia pandang. Sejak majlis makan malam tempoh hari menukarkan anak perempuan kecilnya ini menjadi seorang yang pendiam.

Xandra lebih suka merapatkan diri dengan Jessica tidak seperti Xandria tidak gemar berlama dengan ibu kandungnya sendiri.

Xavier menghela nafas.

"Daddy ada perkara yang perlu diselesaikan dekat sini." Pujuk Xavier sambil mengusap-usap rambut Xandria.

Mendung wajah si kecilnya ini. Mungkin tidak mahu menjalani kehidupan seperti biasa bersama vater. Terlalu banyak perkara yang anak-anaknya perlu pelajari dan faham tentang status serta kedudukan mereka yang sebenar dalam peringkat membesar ini.

"Daddy tak lamakan?" Soal Xandria lagi.

"Sudah tentu." Ditarik Xandria ke dalam pelukkan hangatnya ketika sebelum dia memandang Xandra.

Manakala Xandra membisu. Mungkin terkesan dengan tindakan tegasnya tempoh hari. Dapat dia lihat perangai dingin dan suka bertindak sendiri ada jelas pada Xandra.

"Jaga Xandria baik-baik." Pesan Xavier lembut.

Xandra mengangguk lemah. Dipeluk tubuh anak sekejap. Kemudian Xavier kembali berdiri sambil menatap wajah anak-anaknya sedalam mungkin.

Kelihatan seorang lelaki berpakaian bersut hitam mara menghampiri mereka.

"Sir, das Flugzeug ist flugbereit. " (Tuan, pesawat dah bersedia untuk penerbangan.)

Kata lelaki itu sambil menunduk hormat terhadap Xavier. Manakala Xandria muncung.

"Daddy janji." Berat sungguh hatinya ingin berpisah dengan daddynya. Walaupun ini bukan kali pertama buatnya tetapi dia seperti dapat merasakan sesuatu yang tidak kena walaupun dia tidak faham apakah ia.

"I will." Jawab Xavier ringkas sebelum mengalihkan pandangan ke arah lelaki itu memberikan isyarat.

"Lass uns gehen, junge Dame." (Mari pergi cik muda.)

Jemput lelaki itu ramah. Dengan berat hati Xandria dan Xandra mengikut langkah lelaki itu menaiki pesawat miliknya.

Xavier berdiri statik sambil menyeluk poket seluarnya memerhatikan sahaja pesawat itu mula bergerak laju di landasan sebelum terapung tinggi di udara.

Tidak lama kemudian muncul pula di hadapannya sebuah Aston Martin Vanquish S meluncur laju.

Daylon mula keluar daripada keretanya melangkah menghampiri Xavier. Namun Xavier masih beriak sama beku.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now