BAB 10

6.2K 91 2
                                    

Suasana tasik itu agak nyaman malah pengunjung juga tidak begitu ramai malah boleh dikira.

Ting!

Langkah Farisya kearah tin minuman kosong yang terpelanting sebentar tadi kerana disepak oleh nya. Lalu dia  menyepak lagi sehingga hilang akibat sepakkanya terlalu kuat.

Ting!

Langkah beralih ke arah bangku kayu yang terdapat tersedia di tepi tasik. Farisya menyeluk saku bajunya untuk mencapai sekotak rokok dan meletakkan sebatang dimulutnya.

Setelah api dinyalakan kepulan asap rokok dia lepaskan seiring kesakitan yang dia rasa selama dia hidup. Kepekatan malam dia pandang sama seperti perjalanan hidupnya yang penuh kegelapan.

Tiada detik kebahagian.

Tidak lama kemudian Farisya dapat merasakan ruangan kosong disebelahnya telah diduduki oleh seseorang. Tidak dia hiraukan.

"Doktor kata rokok tak sihat untuk orang perempuan." Kata lelaki asing itu.

Farisya hanya membiarkan soalan itu berlalu pergi. Jiwanya tiada hati untuk melayan soalan lelaki asing itu.

Lelaki bermata biru kehijauan itu tersenyum sumbing apabila kata-katanya tidak di sahut dengan sepatah kata oleh gadis itu. Malah di balas dengan kepulan asap rokok.

"Tak takut ke duduk seorang diri dekat tempat gelap macam ni." Ujar lelaki asing itu lagi sambil melihat suasana sekeliling tasik itu. Sunyi, walaupun ada pengunjung lain. Tapi jarak terlalu jauh. Jika menjerit mustahil dapat didengar seseorang.

Farisya masih membatu dan berkhayal dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan kata-kata lelaki asing itu

"Perempuan dekat Malaysia ni memang suka main ilmu kebal ke?" Sindiran lelaki itu menyentak dirinya.

Sisa putung rokok itu dia campak. Pantas dia bangkit dan berura-ura ingin beredar dari tempat itu

Saat Farisya melangkah setapak.

"Tunggu!" Lelaki itu menahannya. Farisya memandang lelaki itu. Lelaki asing itu mengambil tapak tangannya lalu meletakkan sesuatu. Farisya hanya membiarkan sahaja tindak tanduk lelaki itu.

"Nah, amik balik tin kosong kau ni kalau tak boleh jadi manusia tolong jangan jadi sampah." Perkataan sampah di tekan oleh lelaki itu.

Dahi Farisya berkerut saat mamandang tin minuman kosong itu. Pantas dia memandang wajah lelaki asing itu sehingga dia seperasan akan kesan luka kecil di dahi lelaki asing itu. Lalu matanya meliar sehingga terkhayal sendiri dengan keindahan anak mata lelaki asing itu biru kehijauan.

Pasti bukan orang Malaysia.

"Aku anggap ia satu tanda pengenalan antara aku dengan kau." Usai berkata begitu lantas lelaki itu beredar meninggalkan Farisya seorang diri situ.

"Gila." Gumam Farisya sendiri atas segala tindak tanduk lelaki asing bermata biru kehijauan sebentar tadi.

Tidak lama kemudian dia kembali sedar tujuan asalnya. Dia harus fikir bagaimana untuk menghancurkan kisah cinta Aril dan Sarah.

Dia tidak boleh berlengah lagi. Dia perlu bertindak dengan lebih pantas.

-----------------------

Xavier melangkah masuk kedalam rumah agam keluarganya itu. Xavier mengarahkan sesuatu kepada salah seorang pembantu rumah yang menjaga rumah agam ini.

"Daddy!" Laungan si kembar kecil itu Xavier hanya membiarkan sahaja. Bukan kerana tidak sudi melayan tetapi dia sudah masak dengan perangai si kembar kecil itu usia tak sepadan dengan perangai. Membebel.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now