BAB 28

2.8K 97 17
                                    

“I am a strong woman. I don’t sit around feeling sorry for myself, nor let people mistreat me. I don’t respond to people who dictate to me or try to bring me down. If I fall I will rise up even stronger because I am survivor and not a victim. I am in control of my life and there is nothing I can’t achieve.”

Keindahan pada waktu malam dapat dirinya lihat dengan jelas pada mata kasarnya. Bandaraya besar metropolitan tersohor di Malaysia diterangi oleh pelbagai lampu neon yang menghidupkan suasana malam.

Pandangannya dilemparkan ke luar cermin kereta di sepanjang permanduan kereta beroda empat ini meluncur laju membelah lebuhraya Kuala Lumpur.

Fikiran Farisya merawang jauh. Dirinya memikirkan apakah yang bakal terjadi apabila tetamu majlis Ex-students iaitu alumni sekolahnya dahulu melihat kehadirannya tidak disangka-sangka ini akan merosakkan suasana majlis pada malam ini.

Jarinya kilat dioles dengan cecair nail polish tadi mula mencengkam kuat hujung kain di hujung pehanya. Farisya mahu mengumpul segala kekuatan di dalam dirinya sebagai persediaan untuk dirinya tempuhi cacian oleh alumni sekolahnya dahulu.

Dia takut dirinya akan berasa lemah akibat emosinya yang tidak stabil.

Siapa saja yang tidak kenal akan dirinya dikenali sebagai perempuan malang pembawa sial ke dalam hidup orang lain. Dahulunya dipukul, dicaci dan dikutuk tanpa rasa belas kasihan.

Kini dia kembali berhadapan dengan situasi yang dia cuba untuk padamkan dari kotak ingatannya walau ia amat mustahil.

"Kau nak koyakkan baju tu ke?" Tempelak Aril.

Lamunan Farisya serta merta lenyap. Serentak itu cengkamannya pada hujung dress turut menjadi longgar. Namun tidak pula Farisya memandang wajah Aril sedang mengerlingnya tajam.

"Kenapa? Kau nak jadi pengemis nak minta simpati pada dia orang. Macam kau pernah buat dulu?" Sindir Aril bersama gelak mengejek.

Ya, Farisya tidak menafikan hal itu. Hanya itu yang dia lakukan untuk menagihkan secebis belas kasihan saat dirinya dipandang hina dan dipukul dulu. Walau ia hanyalah usaha yang sia-sia.

Farisya masih membisu tiada tanda-tanda mahu menjawab membuatkan Aril bertambah bengang. Masih terasa bisa di hujung bibirnya gara-gara perempuan sial itu. Ditambahkan lagi pelbagai soalan Sarah yang mensesakkan dirinya tadi.

"Kau banyak berubah. Dah pandai melawan tak seperti waktu kau terhegeh-hegehkan aku dulu." Kata Aril keras.

Handbreak ditariknya sebaik lampu isyarat bertukar ke warna merah.

"Lemah." Sambungnya lagi mengejek.

Farisya mengetap kuat. Menahan rasa yang dilontarkan oleh Aril. Mahu sahaja dia keluar daripada kereta lelaki itu sekarang juga. Namun ditahankan niatnya.

Dia tiada kudrat mahu membalas kata-kata nista Aril. Entah mengapa emosinya terganggu membuatkan dirinya tidak berdaya melainkan menelan pahit kata-kata itu.

"Kau yang mula hura-harakan hidup aku. Jadi aku akan huru-harakan hidup kau tu balik." Ugut Aril keras tanpa rasa gentar.

Kereta itu kembali bergerak apabila lampu isyarat bertukar semula ke warna hijau. Kedinginan di dalam ruangan kereta langsung tidak terasa malah rasa tegang dan bahang mula menghimpit mereka berdua.

"Kau cuba nak balas dendam pada aku?" Tanya Farisya mendatar setelah sejak daripada tadi hanya membisu.

"Can be said." Jawab Aril selamba.

Serentak itu kereta Aril mula berhenti dan mati engin.

Farisya memandang ke luar tingkat. Akhirnya mereka sudah sampai ke destinasi. Terlalu berat untuk dia melangkah keluar daripada kereta.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now