BAB 32

3K 121 18
                                    

"Depression isn't a war you win. It's a battle you fight every day. You never stop, never get to rest. It's one bloody fray after another."

Xavier menguak helaian rambutnya jatuh ke belakang. Dia menghela nafas yang berat sebelum menyisip kembali gelas champagnenya sehingga licin. Gelas kosong itu diletakkan di atas sebuah meja kaca di tepinya. Serentak itu kakinya disilang. Dia mendongak pandangannya pada langit berwarna kemerahan terbentang luas. Matahari semakin terbenam kebawah menunjukkan hari semakin senja.

Angin senja menderu dapat dia rasakan di balkoni biliknya. Kemudian, dia mula bangkit melangkah memasuki ruang kamar tidurnya lalu menghampiri katil tidur yang bersaiz king tengah-tengah bilik tidurnya.

Sekujur tubuh terbaring lena diulit mimpi dia pandang sepi. Dia tidak tahu untuk berkata apa tentang kejadian drastik ini. Walaupun dia tidak banyak bereaksi semalam tetapi hakikatnya dia juga mangsa keadaan. Malah sedikit sebanyak dia turut terkesan untuk menerima kenyataan drastik kerana dia hanyalah seorang manusia biasa.

Setelah apa yang telah terjadi bagaikan mimpi gadis itu telah menjadi hak milik mutlaknya. Masih terasa bibirnya saat dia melafazkan akad semalam. Keputusan yang dibuatnya semalam bukanlah suatu paksaan. Malah dirinya sendiri juga yang bersetuju untuk menerima Farisya dalam sebahagian hidupnya.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu mudah menerima secara bulat-bulat persetujuan itu. Walhal dirinya juga terkesan akan perubahan statusnya. Fikirannya dalam keadaan dilema maka dia hanya mengikut kata hatinya semata-mata.

Keadaan wajah itu begitu sembab dan di bawah alis mata itu juga merah membengkak. Dia tidak perlu bertanya tentang jawapannya kerana dia sudah tahu gadis itu pasti telah menghamburkan rasa kesakitan yang dialami oleh diri Farisya sendiri. Tidak pernah dia melihat gadis itu dalam keadaan seteruk ini. Dia dapat lihat Farisya seorang yang kuat memberontak sepanjang dirinya mahu menjauhkan Farisya dengan adiknya.

Semakin dirinya mahu jauh daripada gadis itu. Namun ketentuan takdir memendekan pertemuaannya dengan cara seperti ini. Bayangan adiknya langsung tidak kelihatan sejak malam semalam. Dia tahu kemana adiknya meluah perasaannya.

'Khianati cinta dia.' Desis hati lelakinya. Namun dia amat terkesan akan kata-kata Xander. Bahkan perbincangan itu serta merta dia batalkan dengan tegas.

Wajah kelu tidak berdarah Farisya jelas memberitahu akan dirinnya tidak bersetuju akan keputusan mendadak itu.

Apatah lagi kejadian sadis pagi tadi masih tersemat terlayar difikirannya apabila tindakkan tanpa belas kasihan keluarga gadis itu sendiri secara terang di hadapannya. Tidak dia sangka kedatangannya di Villa Teratak memberikan dirinya perkhabaran yang besar.

Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sarat sedang Farisya pendamkan seorang diri. Tetapi apakah ia?

'Apa kesakitan yang selama ini kau sembunyikan.' Bentak Hati xavier ingin tahu.

Tok! Tok!

Lamunannya serta merta mati. Fikirannya kini kembali ke dunia nyatanya. Xavier membuka pintu kamar beradunya. Terpacul wajah Baron sedang berdiri tegak di hadapan pintu biliknya.

"Miss Kimberlyn sedang menunggu Tuan di bawah." Beritahu Baron lancar.

Xavier tidak membuang masa lantas mencorak langkah menuju ke ruangan rehat di rumah agamnya. Sebaik sahaja dia memasuki ruangan itu mata dapat lihat susuk tubuh perempuan berpakai dress formal paras lutut menyisip minuman perlahan.

Baron tidak ikut serta malah kedua daun pintu itu ditutupnya rapat dan membiarkan Xavier berbincangkan secara sulit dengan perempuan itu.

"Hal apa yang kau urgentkan sangat sampai tak sempat nak tunggu esok?"Soal Kimberlyn pantas sebaik sahaja melihat kelibat Xavier masuk ke dalam ruangan ini.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now