BAB 23

3.6K 85 8
                                    

"You will not heal by going back to what broke you."

Burung-burung berkicauan dipagi hari. Masing-masing mula terbang daripada sarang untuk mencari apa-apa hasil yang boleh dimakan.

Dia segak mengena sehelai kemeja biru sambil leka mengikat tali leher dengan penuh rapi sambil memantulkan dirinya pada cermin panjang tergantung pada dinding bilik.

Cukup menjaga penampilannya. Apatah lagi semenjak dirinya memegang title seorang doktor pakar. Lebih menjaga kreabiliti prospek kerjayanya.

Setelah berpuas hati dengan pernampilan diri. Dia mula melangkah keluar. Anak tangga perlahan-lahan dia turuni lalu langkahnya terus menuju ke ruangan makan.

"Aril?" Tegur puan Haryati sambil menyediakan juadah sarapan pagi.

"Ya, ibu."  Jawap Aril ketika dia ingin duduk.

"Kenapa muka ibu tu macam serius sangat ni." Kerut keningnya sedikit sambil memerhatikan gelagat puan Haryati.

Kerja puan Haryati berhenti. Wajah anak tunggalnya ditenung sedalamnya.

"Ibu nak Aril jawab jujur dengan ibu. Aril ada masalah dengan Sarah ke?"

Aril berdehem perlahan. Wajah serius ibunya dipandang sekilas. Cangkir di hadapannya disisip perlahan.

"Biasa saja tak ada apa-apa pun. Kalau ada pun kenapa?" Soal Aril berlagak tenang.

'Ibu ni macam tahu-tahu je.' Getus hatinya.

Puan Haryati mendengar jawapan anaknya membuatnya mendengus tak berpuas hati.

"Ibu ni dah hidup lebih lama daripada anak lelaki ibu ni. Macam-macam ibu dah nampak dan rasa. Lagi-lagi Aril ni anak ibu. Naluri ibu ni kuat tahu."

Aril mengeluh perlahan. Cangkir diletakkan semula di atas piring.

"Ibu seriuslah memang tak ada apa-apa yang berlaku di antara kita orang." Bersungguh Aril cuba menyakinkan hati puan Haryati.

Bukan dia tidak tahu. Mulut ibunya itu seperti peluru berpandu. Meleter tak kesudah.

"Aril jangan nak main-main dengan ibu tahu. Ibu dah siapkan semua persiapan majlis. Kad undangan pun ibu dah habis edarkan." Tegas Puan Haryati sambil bercekak pinggang.

"Ibu, in case Aril dengan Sarah memang dah ditakdirkan tak ada jodoh nak buat macam mana lagi." Sengaja Aril ingin menduga reaksi ibunya.

"Aril Haidar!"

"Tolong jangan buat darah tinggi ibu naik. Ibu tak main-main dalam hal ini. Jaga sikit maruah kita dan Sarah tu juga." Hampir tercabut jantungnya apabila mendengar kata-kata anak lelakinya itu.

"Ibu apa susah Aril boleh cari perempuan lain untuk ganti tempat Sarah." Mudah sahaja Aril berkata. Tidak menghiraukan asap kemarahn mula keluar dari kepala Puan Haryati.

"Aril! Ibu serious ni. Jangan main-main dengan ibu tentang hal ni! Kamu ingat ini hal lawak ke?!" Tengking Puan Haryati.

Jika Aril ni masih budak kecil mentah mahu dia gayang mulut anaknya yang celupar itu.

"Ibu, kenapa ni pagi-pagi lagi dah meleter. Dengar jiran-jiran nanti." Tegur suara garau yang baru sahaja muncul di muka pintu ruangan makan.

"Anak awak ni boleh pula main-mainkan dengan hal serius. Ada pula nak cari penganti Sarah." Adu puan Haryati dengan perasaan marah.

Tuan Aizil hanya menggelengkan sambil mengambil tempat duduknya.

"Dah mereka tak ada jodoh nak buat macam mana. Kita teruskan sajalah. Kalau jumpa yang berkenan gantikan saja apa susah sayang oi."

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now