BAB 7

6.8K 101 6
                                    

Suasana di perkarangan perumahan sewa Sarah sungguh meriah dengan kehadiran jiran tetangga serta rakannya. Tambahan pula dengan kehadiran Puan Rahmah dimana ketika dahulu menjadi tempat dia bergantung untuk terus hidup turut serta hadir.

Debaran di dada usah cakap memang tidak boleh dibawa bincang. Hanya tinggal lagi beberapa jam sahaja akan berlangsungnya majlis pertunangannya .

Sarah memandang raut wajahnya di pantulan cermin. Terbit senyuman kecil di mana dia sendiri tidak sangka bahawa majlisnya akan berlangsung pada hari ini. Mengikat ikatan kearah menghalalkan dengan seorang lelaki yang dia telah pendam  perasaan sejak zaman sekolah lagi.

Laila sejak dari tadi memerhatikan sahabatnya yang leka termenung dengan senyuman membuatkan dia muncul satu idea jahat.

"Bahhh!!!" Bahu Sarah ditepuk dengan kuat membuatkan hialng segala khayalan diminda.

Ketawa besar Laila apabila melihat reaksi cuak rakan baiknya itu. Pantas Sarah melemparkan pandangan tajam kearah sahabat baiknya itu. Nasib dia bukan jenis yang mudah melatar.

Nasib kau kawan aku kalau tak kerat 14 kau aku kerja kan

"Sarah. Kau dah kenapa senyum sorang-sorang?" Ujar rakan karibnya dengan sisa tawa yang masih berbaki itu.

Sarah hanya membuat muka cemberut dengan malas mahu melayan si Laila rakan seyatim piatunya walaupun masing-masing  membesar sama-sama dan akhirnya berpisah kerana ingin mencapai impian masing-masing namun begitu hubungan mereka tidak pernah sekali pun terputus.

"Tak adalah. Aku just tak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni. Macam tak percaya impian aku yang satu ini akan menjadi kenyataan." Ujar Sarah dengan mimik muka yang mengada-gada sambil meletakkan kedua tapak tangannya di pipi. Bagai hari tiada esok hari gamaknya.

Laila menyilangkan kedua tangannya serta melihat aksi mengada-ngada dengan perasaan meluat.

Dah nak mulalah tu perangai gedik dia. Seakan sudah masak dengan perangai rakannya itu.

Ketukan di pintu menyentakkan mereka.

"Maaf ya, sekarang masa untuk bersiap." Seorang wanita dalam lingkungan 30-an menunjukkan kurung moden merupakan Jurusolek yang telah diupah oleh Sarah bagi menyerikan majlisnya.

"Babe, aku tinggalkan kau dengan dia. Aku nak pergi tengok-tengok dulu apa yang patut dekat bawah."

Sarah hanya mengangguk sahaja. Laila tidak mahu menganggu bakal tunangan orang itu bersiap.

Seronok di hatinya tidak dapat digambarkan tidak sangka tercapai jua impian sahabatnya itu. Untung nasib badan.

"Saya wakil daripada pihak lelaki. Sebenarnya kami datang kerumah ini ada hajat besar."

Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an yang masih segak berbaju melayu walaupun dia telah dimamah usia menjadi wakil pihak keluarga Aril bagi sesi berpantun.

"Apa hajat besarnya sehingga tuan datang kemari." Tidak kurang juga Tuan Rosman yang sudi menjadi wakil pihaknya bermain berbalas pantun.

"Pihak lelaki kata dengar khabar berita yang tuan rumah ni ada bunga yang belum disunting."

Sarah memerhatikan daripada jauh suasana mereka yang seronok dan juga terhibur. Sesekali terasa mahu juga bermain pantun.

"Memang dalam rumah ni ada bunga yang belum disunting tapi yang mana satu? Kalau tuan tengok banyak sangat bunga ni. Bunga yang dah nak layu pon masih belum di sunting lagi." Riuh suasana yang bermain pantun itu.

"Kalau bunga tu pun saya pun turut ada. Tapi bunga ni lain daripada yang lain. Kami mahu bunga bernama Sarah." Terang wakil pihal Aril. Semakin tersenyum lebar Sarah dibuatnya.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now