BAB 18

4.2K 98 10
                                    

Everything You Go Through Helps you Grow. Pay Attention To The Lesson.

Suasana kediaman itu agak hening dengan aura kemarahan si isteri memarahi si suami.

Si isteri tidak pernah kenal erti penat mengikut langkah suami dari belakang dengan perasaan cukup tidak berpuas hati.

Jika bukan kerana peguamnya telah menghantarkan surat makluman penarikkan kes itu. Tiada makna dia akan tahu hal sebenar.

"How dare you cuba jauhkan diri I daripada anak-anak I sendiri." Lantang suara Jessica menghamburkan kemarahannya yang semakin kemuncak akan sikap suaminya yang tidak memberi sebarang reaksi.

"Noah!" Panggil Jessica. Dia masih setia mengikut langkah Noah dari arah belakang.

Namun Noah masih tidak memberikan sebarang reaksi dan membiarkan si isterinya menjerit sampai ke anak tekak memanggilnya.

"Noah! I'm talking to you." Direntap lengan Noah agar berhenti melangkah. Geram akan sikap Noah yang masih beriak selamba.

"Jessy boleh tak you berhenti daripada buat semua benda ni." Tenang mata Noah berhadapan dengan si isteri walaupun wajah Jessica seperti ingin menelan mangsanya.

"What! Noah you cuba nak jadi penghalang untuk I dapatkan balik anak-anak I." Buntang mata Jessica memandang wajah selamba Noah. Tidak percaya apa yang dia sendiri dengar.

Jika dulu lelaki ini menyokongnya untuk berbaik semula dengan anak-anaknya namun sekarang tidak lagi. Apa yang telah menghasut diri suaminya itu.

"Jessy cara you tak akan pernah berjaya dan you sedar tak you sendiri yang bersalah." Malas Noah mahu bertengkar dengan Jessica. Kerana dia sudah cukup masak akan perangai angin perempuan ini.

"I yang salah?! So apa semua usaha I untuk dapatkan balik anak-anak I tu salah." Jari telunjuk Jessica sudah menikam-nikam dadanya sendiri.

"I bersalah dalam hal ni!" Ulangnya lagi dengan nada dinaikkan seoktaf.

"Yes, you are." Noah tersenyum sungging sambil nekan jari telunjuknya pada bahu si isterinya yang terdedah.

"You lupa siapa yang tergamak tinggalkan Xandria dan Xandra sewaktu you nekad nak berpisah dengan Xavier."

Kata-kata Noah bagaikan batu yang menghempap dirinya. Semakin sakit hatinya tetapi tiada apa boleh dia balas.

"You nak I ingatkan balik ke? 5 tahun Jessy you langsung tak pedulikan mereka." Sarkastik Noah. Tajam anak matanya menikam wajah merah padam si isteri.

"I tak kisah semua tu sebab I tahu mereka akan suka dengan I sebab I mummy dia orang." Balas Jessica dengan nada tidak berpuas hati.

"Mummy?" Ulang Noah dengan kening sengaja dijongketkan.

"You rasa dengan perbuatan you yang 5 tahun ego tanpa fikirkan dia orang you rasa dia orang akan anggap you sebagai mummy? You layak ke digelar mummy?" Noah ingin menyedarkan isterinya yang terang-terang salah.

Jessica terdiam akan kata-kata Noah. Tepat sekali sebelum ini dia memang ego untuk berjumpa dengan anak-anak dia. Ego dengan perasaan sendiri. Akhirnya dia kalah dengan perasaan rindu dia sendiri.

"Enough Jessy. Mereka bahagia dengan Xavier tanpa you selama ini." Noah menginggatkan kembali. Wajah isterinya ditatap walaupun Jessica sudah menunduk kebawah menahan malu.

Noah menyambung langkahnya semula menuju bilik beradunya sambil berkata sesuatu.

"If you rasa sayangkan anak-anak you masih boleh datang melawat dia orang tanpa sebarang halangan. Xavier tidaklah sekejam tu nak halang you untuk jumpa si kembar." Pesan Noah.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now