BAB 43

2.5K 91 27
                                    

'When someone you love becomes a memory, that memory becomes a treasure.'

Tit tit tit

Kedengaran bunyi mesin hayat memenuhi ruangan bilik pesakit. Sepasang mata merenung redup ke arah sekujur tubuh yang terbaring kaku. Kaki lelaki itu mula melangkah menghampiri meja yang terdapat di tepi tingkap.

Kelihatan hujan lebat sedang menghentam bumi pada waktu malam. Kemudian, dia mula membuka jaket kulitnya yang sedikit basah akibat tempias hujan sewaktu dia terburu-buru tadi lalu diletakkan di atas meja. Sejambak bunga Gerbera Daisy yang di bawanya tadi diletakkan di dalam sebuah pasu kosong.

Setelah itu dia bawa sebuah pasu yang berisi jambakkan Gerbera Daisy di atas meja kecil di sebelah katil pesakit. Ruangan bilik pesakit ini amat suram dan malap. Sekujur tubuh yang terbaring kaku itu dipandangnya tepat.

"Maafkan aku sebab dah lama tak datang melawat kau. Aku ada banyak perkara yang nak diuruskan. Jadi sebagai tanda maaf aku ada bawakan kau bunga. Tapi bukanlah bunga kesukaan kau sebab aku tak mampu nak beli bunga kesukaan kau." Kata lelaki itu mendatar memecah kesunyian.

Namun tiada balasan yang diberikan oleh gadis itu. Hanya bunyi mesin hayat sahaja yang bermain rentak. Kedua tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya.

"Jadi aku harap kau suka. Aku letakkan di sebelah kau supaya kau dapat hidu bau harum bunga itu nanti." Kata lelaki itu lagi.

Masih tetap gadis itu tidak mahu memberikan respon. Hati lelaki itu berasa sakit apabila tiada sebarang respon yang ingin gadis itu berikan. Dirinya mahu gadis itu menggerakkan bibir mungilnya walaupun sedikit.

"Cepatlah sedar. Aku ada banyak cerita yang nak dikongsikan dengan kau. Dah terlalu lama kau tidur. Dah tiba masanya untuk kau sedar balik macam dulu!" Sedikit kuat lelaki itu berkata. Tangan pucat itu disentuh lembut lalu digenggam kuat.

Keadaan gadis itu tetap sama seperti kali pertama gadis itu mula tinggal di dalam bilik pesakit. Tiada langsung perubahan pada gadis itu dan hanya kekal terbaring kaku. Wired dan tiub berselirat pada tubuh dipandang tajam. Gadis ini tidak bersalah tetapi kenapa dia perlu hidup dengan bantuan mesin pernafasan.

"Perempuan itu tak boleh hidup senang selepas apa yang dia dah buat pada kita."

Tit tit tit

"Aku tak akan lepaskan dia dengan mudah."

"Tak akan sesekali." Tangannya di bawa ke kepala gadis yang tertutup dengan kain selendang yang terbuka sedikit. Kulit pucat si gadis itu di urut lembut sebelum dia mengemas sedikit selendang yang menutupi kepala botak gadis pucat itu.

"Kau sepatutnya dah sedar. Tapi kerana dia, kau terpaksa hadap seksa ini." Tangannya turun pula menyentuh pipi pucat. Merenung sepasang tertutup rapat itu membuatkan lelaki itu berasa bertambah geram.

"Aku janji akan gantikan dia ditempat kau." Kata lelaki itu dengan tegas. Rahangnya diketao kuat.

"Itu janji aku."

Dirinya benar-benar nekad mahu membalas balik perbuatan perempuan itu kepadanya. Kerana janji yang tidak ditunaikan penyeksaan ini terpaksa ditanggung gadis yang tidak bersalah itu.

Kreak

Kedengaran bunyi pintu dibuka daripada luar oleh seseorang.

"Encik, masa untuk melawat pesakit dah habis." Jelas seorang petugas jururawat hospital.

Malangnya tiada jawapan yang diberikan. Lelaki itu mengusap pipi pucat gadis itu sebelum melepaskan ciuman hangat. Jaket kulitnya di atas meja sempat diambilnya sebelum bergegas keluar dari bilik.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now