BAB 24

2.7K 92 28
                                    

"Better to have an enemy who slaps you in the face than a friend who stabs you in the back."

Atas meja hiasan penuh dengan tisu yang sudah habis lunyai digunakan dengan rakus. Sarah menarik lagi sehelai tisu dari kotak lalu mengesat pada hidungnya yang berlendir.

"Kalau kau terus menangis macam ni. Keadaan tak akan selesai tak kesudah." Nasihat Laila tegas yang setia berdiri tegak di sebelah Sarah.

Manakan tidak sudah 2 hari keadaan Sarah lemah. Apabila disuruh makan dia tidak mahu. Apa yang dia mahu hanya duduk mengurungkan diri dan terus menangis sahaja.

"Aku tak faham Laila. Apa silap aku kali ni. Itu semua terjadi secara kebetulan sahaja dan setiap kali aku cuba nak jelaskan dia langsung tak nak dengar." Luah Sarah dalam teresak-esak.

"Teruk sangat ke aku ni!?" Luahnya dengan penuh emosi.

Laila mengeluh perlahan. Lalu dia duduk di sebelah Sarah yang masih menangis teresak tak kesudah.

"Kau ni memang cerdik tapi tak secerdik yang aku sangkakan kadang-kadang." Selar Laila.

Sarah terus memandang wajah Laila di sebelahnya. Kata-kata Laila penuh dengan bisa sedikit sebanyak menikam hatinysa

"Apa maksud kau?"

"Kau tak rasa ke benda ni semua terjadi ada dalang." Ujar Laila dengan wajah serius.

"Aku langsung tak pernah terfikir pasal siapa dalangnya. Kalau betul ada dalang dalam cerita ni. Siapa dalangnya?" Soal Sarah tidak berpuas hati. Fikirannya kini sangat serabut sehinggakan dia mengambil cuti kecemasan kerana tidak dapat tumpukan perhatiannya terhadap pesakit.

"Farisya." Sampuk satu suara dari arah belakang.

Pantas mereka berdua memandang gerangan yang elok berdiri di muka pintu. Seraut wajah yang sangat tegang.

"Apa yang kau merepek ni!" Sangkal Sarah terhadap tuduhan melulu tu. Terus pandangannya dilarikan ke arah lain.

"Aku tak merepek dan aku betul-betul memaksudkan apa yang aku cakapkan tadi." Tegas Ayu dengan penuh geram. Langkahnya laju menghampiri Sarah yang sedang duduk.

"Mustahil untuk dia buat semua ni. Apa niat dia nak keruhkan hubungan aku dengan Aril." Ulas Sarah wajahnya bertentang mata dengan Ayu yang masih berdiri tegak di sebelahnya.

Ayu merengus geram. Amat geram dengan sikap Sarah yang keras kepala ni.

"Niat tu aku tak tahulah tapi apa yang aku rasakan sekarang ni budak perempuan tu mesti ada kaitan dengan hal semua ni."

"Nonsense. Dia langsung tak ada kaitan dalam hal ni. Aku kenal dia sejak zaman sekolah lagi." Sedaya upaya Sarah mempertahankan nama baik Farisya.

'Mustahil kalau Farisya sanggup buat benda ni dekat aku. Dia terlalu naif.' Bisik Sarah.

Laila tidak duduk diam dengan perbalahan di antara Sarah dengan Ayu di hadapannya. Baginya kenyataan Ayu tepat sekali.

"Wei Sarah. Kau dengar kata aku ni betul-betul. Kau nak tunggu dia tunjuk belang baru mata kau nak terbeliak ke?" Sindir Ayu dengan ketawa sinis.

Laila menarik nafas lalu hembus sebelum dia turut menyampuk.

"Walaupun aku baru kenal budak yang nama dia Farisya tu. Tapi aku sendiriĺ dapat rasakan sesuatu tentang dia." Jelas Laila lembut.

Sarah menggosok kasar rambutnya yang sememangnya sudah kusut masai.

"Enough!" Jerit Sarah seoktaf.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now