BAB 71😰I LOVE U

4.9K 266 47
                                    

"MAMA,Iman..."Firash jatuh melutut di hadapan Datin Saniyyah ketika ini.Hati dia hancur saat melihat Iman terbaring lesu di atas katil pembedahan.Alhamdulillah,anak mereka selamat dilahirkan.Firash bahagia tapi Firash tak sanggup tengok Iman macam tu.

"Ash,bangun Ash jangan lemah macam ni.Kalau kamu lemah macam ni macam mana kamu nak kuat untuk anak kamu?"Datin Saniyyah tarik Firash supaya bangun berdiri menghadapnya.

"Ash,Ash tak sanggup tengok Iman macam tuAsh sayang dia ma,"Akhirnya air mata Firash tumpah juga.Tak pernah lagi dia betul-betul menangis takut kehilangan begini.Tapi hari ini,Firash rasa dialah manusia paling lemah ketika ini.

"Banyakkan zikir,banyakkan doa untuk Iman,Ash,"Ujar Dato Muhammad yang setia di sisi Datin Saniyyah.Dia faham perasaan anaknya itu.

Firash tunduk memandang lantai.Dia sendiri tiada jawapan.Dia hilang kata-kata.

"Pergi surau Ash..tenangkan hati.Buat solat sunat,"Suruh Dato Muhammad.Bahu Firash ditepuk lembut.Firash hanya mengangguk.

Baru sahaja mahu melangkah ke surau,Faiq pula datang.Abangnya itu sibuk kerja sekarang ni.Lagi sibuk apabila lelaki itu mula membuka cawangannya sendiri.Dan Firash tidak tahu bila abangnya itu akan berkahwin.Selesa betul dia dengan kehidupannya yang sekarang.

"Iman macam ma?"Faiq terdiam apabila Datin Saniyyah buat gaya mulut untuk suruh Faiq tidak terus bertanya.Faiq angguk kepala faham.

"Err..Ni kau nak pergi mana ni?"Tanya Faiq sengaja mengubah topik apabila melihat yang sepertinya terburu-buru mahu beredar dari situ.Terhenti langkah Firash.

"Surau,bang.Aku nak tenangkan fikiran aku kejap.Kau duduklah dulu sini.Kejap lagi aku datang balik,"Ujar Firash dengan nada biasa.Nak cakap banyak pun rasa tak mampu sekarang ni.

Lihat saja keadaan Firash ketika itu,Faiq faham yang adiknya itu tengah sugul sekarang dengan keadaan Iman ketika ini.Faiq hanya menghantar pemergian Firash dengan hujung matanya sahaja.

"How's Iman,ma?"Tanya Faiq sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Datin Saniyyah.

"Iman selamat melahirkan baby girl.Anak dia sekarang pun ada dalam NICU.Cuma Iman perlukan penderma buah pinggang sekarang ni,"

Aminah yang berada di sebalik dinding berdekatan dengan kedudukan ibu mertua Iman terfikirkan sesuatu.Imanperlukan penderma buah pinggang secepat mungkin?Selepas mengetahui itu,Aminah terus beredar dari situ.Puas dia inti papa yang terjadi kepada Iman dua tiga hari ini.Alhamdulillah Iman selamat cuma dia perlukan penderma buah pinggang sekarang ni.

"Habis tu sekarang ni macam mana?macam mana nak cari penderma buah pinggang?"Tanya Faiq yang jelas riak wajah risau sekarang ni.

Datin Saniyyah mengeluh sedikit.

"Penderma buah pinggang mesti terdiri daripada ahli keluarga atau suami dia sendiri.Kalau tak boleh,Iman terpaksa tunggu penderma buah pinggang dari luar yang sesuai untuk dia,"Terang Datin Saniyyah.

Faiq terdiam.Kenapa hidup Iman penuh dengan dugaan demi dugaan?Mungkin ujian yang Iman hadap sebab Allah sayangkan Iman.Faiq tarik bahu Datin Saniyyah sebelum digosok bahu tersebut lembut.

FIRASH termenung lama di dalam surau selepas selesai melakukan solat sunat.Dalam kepala Firash tengah ligat berfikir apa yang patut dia buat ketika itu.Selepas solat rasa tenang sedikit fikirannya.Namun,hati masih lagi terus-terusan berdoa.Berdoa supaya dia masih dapat bersamaa dengan isterinya lagi.

Selesai di surau,Firash terus keluar menuju ke hadapan wad Iman semula.Dia perlu menemani Iman ketika ini.Entah sedar ke belum isterinya itu.

Sampai sahaja di hadapan wad kelihatannya hanya ada DatoMuhammad dan abangnya sahaja.Datin Saniyyah mungkin masuk berjumpa dengan Iman.

Cinta Si Troublemaker✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz