Bab 10✨STAY WITH ME

3.9K 321 14
                                    

"SIAPA dia, Ash? "Firash telan liur kesat di hadapan Dato' Muhammad. Kalau papanya sebegini serius, Firash tak boleh nak senang duduk. Mata Dato' Muhammad tak lari dari terus memandang si anak yang nyata sudah tidak senang duduk.

"My friend, pa, "jawab Firash.

Dato' Muhammad tersandar malas di sofa. Bibirnya dibasahkan sedikit. Dikemam. Apa yang dia mahu cakap pada Firash? Kalau kawan lelaki tak pe, ini perempuan.

"Tau dia kawan Ash. But, you know right, she's a girl. And, siapa keluarga dia? "Berkerut dahi Dato' Muhammad. Firash benar-benar buat dia pusing. Dia bukan tidak suka cuma dia perlu tahu siapa keluarga si gadis.

Firash angkat bahu. Dia tak tau sangat pasal Iman. Yang dia tahu Iman duduk dengan kakak tirinya. Dan, sebab apa yang berlaku malam ini, Firash sungguh tidak tahu.

"Tak tau? "

"Bukanlah tak tau sepenuhnya. Ash cuma tau Iman stay dengan kakak tiri dia. Dan.. Apa yang berlaku malam ni Ash still don't know. Ash jumpa dia dekat bus stop pa. Seorang diri, "

"Please pa.. Bagi Iman stay sini? "Separuh merayu suara Firash pada pendengaran Dato' Muhammad.

Dato' Muhammad mengeluh. Apa yang terpacul dari bibir Firash memang buat Dato' Muhammad kesian pada Iman. Tapi, Dato' Muhammad juga perlu tahu apa yang buat Iman berada di luar malam-malam macam ni.

"Fine. But, Ash jangan nak jadi gatal pula bila Iman dekat sini. Iman tu perempuan, Ash tu lelaki, "pesan Dato' Muhammad. Remaja usia macam mereka ni kan suka mencuba macam-macam. Dia tak nak perkara tak diingini berlaku.

Firash menyengih. Yang penting Iman dapat duduk sini dulu. Nanti pandai-pandailah Iman buka mulut cerita apa yang jadi. Kalau jadi macam ni, sah! Iman tak pergi sekolah esok.

"Sengih macam tu dah kenapa? Jangan harap papa nak bagi Ash rapat dengan Iman tau, "Firash telan liur. Takkan nak usik-usik pun tak boleh? Kata-kata Dato' Muhammad jelas seperti memberi amaran keras kepadanya.

"Takkan nak study together pun tak boleh, pa? "

"Tak boleh,"

"Alaa... "

"Apa ala, ala. Kalau nak Iman kekal di sini, Ash jaga perangai. Kalau tak, no Iman here, "jelas Dato' Muhammad tidak bermain dengan kata-katanya. Firash hanya pandang Dato' Muhammad yang mula menapak ke tingkat atas.

Firash menghela nafas berat. Taulah dia macam mana nak menyelit dekat Iman kejap lagi. Setelah sedar bahawa Dato' Muhammad selamat sampai ke tingkat atas, Firash mula bangun mahu ke tingkat atas. Apa yang Datin Saniyyah buat pada Iman pun Firash tak tahu?

Okey tak kalau dia curi dengar?

BILIK tetamu yang bagi Iman terlalu besar ini buat Iman rasa tidak sesuai mahu menumpang teduh buat sementara waktu. Datin Saniyyah yang tersenyum kepadanya Iman pandang. Mama Firash tak marah ke dia di sini?

"Okey tak bilik ni? "Soalan Datin Saniyyah menyentakkan lamunan Iman. Wajah lembut Datin Saniyyah dipandang.

Iman cuba lorekkan senyuman nipisnya. "Okey sangat datin.. Err.. Datin okey ke saya dekat sini? "

"Apa pula datinnya, panggil je aunty, "bahu Iman Datin Saniyyah sentuh lembut. Iman pad pandangan mata Datin Saniyyah tersangatlah lembut orangnya. Nampak manis je.

Tapi, Datin Saniyyah ingin sangat tahu apa perkara yang buat Iman ke sini? Dengan Iman yang sudah basah macam ni.

"Terima kasih aunty.. "

"Iman.. Kalau Iman ada masalah, Iman boleh kongsi dengan aunty but aunty tak paksa Iman untuk cerita sekarang,"jujurnya Datin Saniyyah tidak tahu bagaimana mahu korek rahsia itu daripada Iman.

Dia pun takut juga bila ada anak dara orang dalam rumah dia ni. Dia sudahlah ada dua anak lelaki. Cumanya yang seorang lagi tu, dekat luar negara untuk tamatkan pengajiannya.

Iman terdiam. Bagaimana dia harus kongsikan perkara ini pada Datin Saniyyah? Iman tak tau.. Iman tak nak ingat perkara yamg cukup buat rasa takut. Perkara yang buat dia rasa tak selamat.

"Aunty takkan paksa Iman, okey? Nanti Iman dah ready, aunty sedia dengar, "lirikan senyuman daripada Datin Saniyyah buat Iman rasa lega kerana tidak dipaksa untuk Iman buka mulut.

"Terima kasih sekali lagi aunty sebab boleh faham, Iman, "seraya itu, Datin Saniyyah tarik Iman ke dalam pelukan. Dia tiada anak perempuan jadi, dia rasa suka Iman di sini. Tapi, apa yang Iman dah alami sebelum ini masih lagi menjadi tanda tanya.

"Yelah.. Aunty nak Iman rehat. Cumanya, baju perempuan saiz Iman takde so, aunty akan pinjamkan baju Ash dululah ye? "

Dengar sahaja baju Firash, Iman dah mula rasa nak terbeliak mata. Baju Firash? Err..

"Tak de apalah...baju Ash tu banyak aje yang tak pakai lagi. Nanti aunty belikan Iman baju baru okey? "Ya Allah, sesungguhnya Datin Saniyyah ini baik sangat pada Iman. Tak macam Firash yang tau nak menganggu dia je.

"Eh, tak payahlah aunty.. Malu pula Iman, "

"Dah aunty okey je. Pergi rehat dulu, mandi apa semua. Nanti aunty letak sekali tudung, "pesan Datin Saniyyah sebelum keluar meninggalkan Iman untuk berehat. Dah lewat malam sekarang ni.

Iman menghela nafas berat. Sampai bila dia harus hidup dalam pertolongan orang macam ni? Lama-lama nanti mereka akan ungkit tak?

Baru sahaja Iman mahu duduk pintu biliknya terkuak secara mengejut sebelum kembali ditutup rapat. Kalut Iman tarik kain tuala yang ada di atas katil menutup kepalanya.

Firash? Buat apa dia dekat sini?

"K–kkau buat apa dekat sini? "Tanya Iman kalut. Dengan pintu bilik yang sudah tertutup rapat buat Iman rasa tidak selesa. Sungguhlah Firash yang membawanya ke sini tapi semua ini tak patut.

Firash senyum menyenget sebelum menapak ke arah Iman. "Suka hati akulah, ni kan rumah aku.. "

"Ya, memang ini rumah kau. Tapi, kita bukan mahram. Mana elok duduk berdua macam ni, "

"Diamlah kau. Macamlah aku bodoh sangat, "

"Aku tak kata pun kau bodoh, "bidas Iman sambil memandang Firash tajam. Tak sukalah si Firash ni.. Ikut suka hati dia je apa dia nak buat.

"Keluarlah Ash.. Kau nak apa ni? "Iman mula mendesak apabila Firash masih lagi kekal statik di situ. Langsung tiada ura-ura mahu keluar.

Firash pandang mata Iman dalam. Nafas dihela perlahan.

"Just... Stay with me? "Tutur Firash serius.

Iman dah terlopong. "Hah? "

Hye guys.... Selamat hari raya untuk readers cinta si troublemaker.. Maaf zahir dan batin..

TBC....

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now