Bab 56😔DHIYA'

4.2K 279 62
                                    

*sila pasang lagu di atas..

IMAN ketatkan pelukannya pada bantal peluk miliknya. Kepalanya pula digerakkan sedikit ke arah bantal peluk itu dan disembamkan sedikit mukanya kepada bantal yang dipeluknya. Dahi Iman berkerut pelik apabila terasa ada tangannya yang mengetatkan pelukan pada pinggangnya.

Segera Iman buka matanya sebaik sahaja badannya semakin rapat ke arah itu. Terus Iman nampak wajah Firash yang masih terpejam matanya dengan bibir tersenyum lebar.

Terbeliak mata Iman.

"Ash! "Tangan Firash yang memeluk pinggang Iman cuba leraikan dari terus memeluknya.

"Shh... "

"Kenapa nak suruh saya diam pula? Lepaslah Ash... "

"Aariz tidur tu...kesianlah anak tu, "ujar Firash. Iman perasan lepas sahaja Firash balik dari luar negara ni.. Nampaklah juga sifat matangnya tu. Tapi, bab nak mengusik dan menggatal dengan Iman tu masih ada.

"Dah pagi dah pun..."

"But this is the first time that he slept with us, "potong Firash buat Iman terkedu. Pelukan Firash daripada pinganggnya juga sudah dibiarkan.

"Subuh Ash... "Dalih Iman.

"Tau, "

"Habis tu awak nak subuh gajah ke? Lepas, saya nak ambil wuduk, "Firash mengeluh kecil sebelum melepaskan pelukan pada pinggang Iman.

Baru sahaja Iman mahu melangkah keluar dari bilik Aariz, Firash menahan.

"Kita solat sekali? "

Iman terkedu apabila Firash melintasi langkahnya di hadapan. Solat sekali?

"Cakap tak nak subuh gajah yang tercegat kat situ lagi kenapa? Jomlah, "Firash tersenyum senget apabila Iman diam tidak membantah. Nampak gayanya adalah ruang untuk dia pujuk Iman balik.

Terus Iman buat muka sedikit sebelum melangkah ke bilik mereka untuk siap solat subuh.

Selesai sahaja Firash baca doa, Iman agak teragak-agak mahu menyalami tangan Firash. Belakang leher yang berlapik telekung Iman garu walaupun tak gatal. Firash sua juga tangannya kepada Iman. Lambat-lambat Iman sambut sebelum disalamnya juga tangan Firash.

Tanpa menunggu lama, dahi Iman Firash kucup lama buat Iman terkedu. Terbeliak mata Iman saat jantungnya mula bertukar rentak.

Susah nak buang perasaan dia pada Firash walau macam mana pun dia marah Firash. Tiba-tiba sahaja air mata Iman jatuh di pipi. Allah.. Jatuh saham dia bila Firash nampak air mata dia. Pipi Iman yang ada kesan air mata Firash kesat dengan jari.

"Aku minta maaf... "Ujar Firash namun Iman hanya diam menunduk memandang tikar sejadah.

Firash tarik dagu Iman bagi menatap matanya. Firash dapat lihat mata Iman berkaca-kaca sekarang ni.

"Aku minta maaf, Iman... "

"Aku minta maaf sebab abaikan kau dulu.. Aku buat semua tu bersebab, "terang Firash. Tangan Iman digenggam kemas. Iman pula sekadar menundukkan wajahnya ke bawah.

Macam mana dia nak cakap dekat Firash yang dia betul-betul rindukan suaminya yang dulu. Sekarang dalam hati Firash ada lagi nama wanita lain. Entah entah nama dia turut terpadam di hati lelaki itu. Cuma, dengan adanya Aariz, Firash tak dapat nak tinggalkan dia.

"Kalau disebabkan saya awak tak dapat nak cari kebahagiaan sebenar awak... Lepaskanlah saya.. Pasal Aariz awak jangan risau saya boleh jaga dia dan saya takkan halang awak untuk jumpa dia, "balas Iman perlahan. Hatinya benar-benar sebak sekarang ni.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now