Bab 18😦TOLONG

3.5K 324 34
                                    

SYAKIRAH merentap lengannya kasar dari pegangan Asyraf. Sudah sampai depan kelas pun masih nak pegang lengan baju dia. Dah kenapa?!

Syakirah biasakan riak wajahnya supaya tidak terlampau nampak tidak selesa.

"I'm sorry, okay? "Ujar Asyraf dengan tangannya dinaikkan di hadapan Syakirah tanda minta maaf. Dia rasa bengang sangat tadi bila Faiz beria kacau buah hati dia. Memanglah tak rasmi pun Syakirah ni hak milik dia. Tapi... Asyraf tak boleh nak buang rasa tu.

"It's okay. Saya masuk kelas dulu, "Syakirah berlalu masuk ke dalam kelas tanpa tunggu bicara daripada Asyraf. Jelas, Syakirah malas nak dengar apa-apa pun penjelasan. Sudahlah, laporan eksperimen dia belum pun siapkan lagi.

Asyraf mengeluh lemah. Baru sahaja nak masuk ke dalam kelas, bahunya ditepuk dari belakang. Faiz melintasi langkahnya ke dalam kelas. Asyraf ketap gigi geram.

"Kau pe hal? "Faiz ni nampak sangat nak cari pasal dengan Asyraf.

Faiz senyum sinis. Sebelum ni, diorang rapatlah juga. Tapi, datangnya bab Syakirah ni.. Faiz sendiri tak boleh nak bertolak ansur.

Faiz mula melangkah kaki mendekati Asyraf. Dengan ketinggian mereka yang hampir sama, buat mata mereka saling bersabung menahan geram.

"Aku tau.. Ramai yang cakap ayat ni. Tapi, aku nak juga cakap dekat kau yang... The best men win, "Ujar Faiz sinis buat Asyraf lagi ketap gigi geram sehingga rahangnya bergerak-gerak ketika ini.

"Apa pun yang kau nak cakap dekat aku.. Kirah tetap akan jadi hak aku. Tak kiralah bila pun, "Asyraf tepuk bahu Faiz sebelum melangkah ke tempatnya. Firash kerling Asyraf hujung mata.

Tak pernah Firash tengok Asyraf macam ni.

"Relax lah, bro, "ujar Firash bila lihat muka bengang Asyraf. Ketara bengangnya bukan biasa-biasa.

Asyraf pandang Firash dan mukanya kembali pandang ke hadapan sebaik sahaja Faiz melabuhkan punggungnya di sebelah Firash.

"Kalau Iman yang nak kena kebas dengan orang lain apa kau rasa? Macam tulah, aku rasa, "Asyraf mula kalihkan cerita kepada situasi Firash. Firash telan liur kesat.

"Asal aku pula? Sekarang ni.. Kita cerita tentang kau kan? Bukannya aku, "Firash pandang Iman yang gigih buat kerja apa entah di hadapan. Bibirnya dikemam sedikit.

Asyraf jungkit senyum. Asyraf tahu.. Firash ada hati dengan Iman tapi ego lelaki kan mana boleh kalah dengan gunung everest tingginya.

"Kau ni poyo je lebih. Mengaku jelah kalau dah suka tu, "Asyraf mula mengusik Firash.

"Kau siapa nak baca fikiran aku? "Firash mula rasa tidak senang duduk apabila Asyraf mengusiknya begitu. Bab perasaan ni jangan buat mainlah. Dia tak suka Asyraf buat macam tu.

Asyraf buat muka mengejek. See? Firash suka Iman tapi tak nak mengaku. Suka tak salah tapi yang salahnya... Suka yang melebih-lebih sampai berlaku perkara yang tak diingini. Jadinya apa? Buang anak dalam tong sampahlah, apalah. So, fikir-fikirkanlah soal tu ya, wahai anak muda? Jangan mudah terpedaya.

Okay, stop membebel Asyraf. Asyraf kembali pandang Firash. Faiz yang disebelah Firash, Asyraf buat tidak layan. Benci!

Belum pun sempat Asyraf menjawab, Ustaz Halim masuk ke dalam kelas. Terbantut jawapannya. Selamatlah juga dari soalan maut Firash tu. Haha!

"Iman.. Nota pendidikan islam kau dah buat? "Atikah soal Iman sebaik saja selesai membaca doa penerang hati.

"Belum siap semua lagi. Tapi nota sirah aku dah hampir siap semua, "buku nota pendidikan Islam dikeluarkan dari dalam beg. Beg pun, Firash yang tukar baru. Kalau ikut hati Iman memang tak Iman nak tukar tapi, dipaksanya Iman. Haish!

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now