Bab 34😧TINGGALKAN?!

3.6K 272 12
                                    

SUDAH sebulan Firash dan Iman menjadi pasangan suami isteri. Dan, lagi beberapa bulan je lagi nak SPM.  Masing-masing sibuk melakukan persiapan untuk menghadapi peperiksaan.

Laju tangan Iman membuat nota-nota kecil yang Iman rasa dia patut buat. Ini salah satu tips untuk cepat menghafal tau. Point-point yang penting Iman highlight kan.

Terangkat bahu Iman apabila Firash menyergahnya secara tiba-tiba. Sudahlah Iman rasa kepala dia pening sikit hari ni.

"Rajin pulak kau buat nota kan? "

Iman jeling Firash sikit. "Daripada saya buang masa buat benda yang tak berfaedah baik saya buat nota. Nak exam lagi berapa bulan je tau, "balas Iman.

Firash sandar belakangnya di meja tulis Iman. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Kau nak kata aku buat benda tak berfaedah ke? "

"Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya, "balas Iman lagi. Dia tengok Firash relax relax je main game dekat ruang tamu tadi. Seronok sungguh Firash bila Iman tengok tadi.

"Okay, fine. Kita tengok keputusan SPM siapa lagi gempak, okey"

Iman senyum senget. Ini Imanlah tak takut punya. Nak lawan kan? Okey, Iman sahut cabaran Firash.

"Okey. Kita tengok. Kalau saya lagi gempak, siap awak! "

"Kau nak buat apa dekat aku? "

"Kita tengoklah.. "Jawab Iman penuh makna.

"Itu kalau keputusan kau gempak. Kalau keputusan aku yang gempak... Kau kena tunaikan apa sahaja aku nak tapi aku ni taklah kejam sangat. Aku nak satu benda je dari kau, "Kata-kata Firash buat Iman berkerut kening pelik.

"Awak jangan nak pelik-pelik, eh? "Seram pula Iman bila Firash pandang dia macam tu.

"Pelik apanya? "

"Muka awak tu ha.. Pandang saya macam tu... "

"Kau takut ke? "Usik Firash lagi. Iman terus buat muka menyampah. Tak kuasa dia nak takut. Ya ke? Iman tak takut?

"Tak kuasalah saya nak takut. Perasan je lebih, "

Firash ketawa halus mendengar kata-kata angkuh Iman. Tak takut ye? Nanti kita tengok nak takut ke tak?

"We'll see, "kata Firash sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Iman sudah meremang bulu roma satu badan. Firash ni menakutkan betullah.

MALAM itu, mata Firash terbuka sebaik sahaja terdengar suara Iman mengigau. Kepalanya diangkat sedikit untuk melihat Iman. Bantal peluk yang ada di tengah dialih sedikit. Dia mahu lihat dan dengar apa yang Iman igaukan.

"Tak nak, kak.. Jj-jangan, bb-buat Iman macam nn-ni, "Firash dekatkan sedikit telinganya ke arah Iman mahu memahami apa yang dikata Iman.

Apabila tengok Iman mengigau pelik sikit, Firash letak belakang tangannya di atas dahi Iman. Panas!

Haih, demam pula si Iman ni. Patutlah, mengigau sakan. Terus Firash tarik gebar menutupi seluruh tubuh Iman. Gebar di bahagiannya ditarik turun untuk turun ke dapur melihat stok ubat demam yang ada.

Belum sempat Firash turun, tangannya ditarik ke dalam genggaman Iman. "Jangan tinggalkan saya? Hmm? "Ujar Iman dalam keadaan yang tidak sedar.

Tergamam Firash. Iman tak nak Firash tinggalkan Iman? Baru sahaja Firash mahu menarik tangannya dari terus digenggam Iman, tangannya ditarik lagi kemas ke dalam genggaman.

"Iman.. "Seru Firash.

"Jj-jangan tinggalkan saya, "ucap Iman sekali lagi tanpa sedar. Air matanya juga keluar dari hujung mata. Naik kasihan Firash yang melihat.

Terus Firash merapat kembali kedudukannya kepada Iman.

"Tak, aku takkan tinggalkan kau, "balas Firash jujur dari hati. Dahi Iman yang suam diciumnya sekilas sebelum Firash rebahkan kepalanya di atas bantal.

Hanya beberapa ketika kemudian, Iman tarik tubuh Firash lalu dipeluknya erat. Terpempan Firash. Laju jantungnya berdegup. Teruknya rasa ni.

"Umi... "Gumam Iman. Kali ini, Iman sebut umi pula.

Untuk tenangkan Iman yang badannya sudah mula menggigil kesejukan, Firash balas pelukan Iman. Diusap sedikit belakang badan Iman.

Rambut Iman diusap dan disebak ke belakang bahagian yang mula menutupi dahi Iman. Kalau Iman sedar esok sudah pasti Iman tuduh dirinya mengambil kesempatan. Tanpa sedar, bibir Firash terjungkit senyum.

Perlahan-lahan mata Firash pun mula terpejam rapat. Hangat dalam pelukan Iman.

"FAIQ, what do you think about? "Soal Alex yang baru sahaja selesai jogging.

Faiq menggeleng kecil. Entah apa yang dia fikir. Dia pun tak tahu. Alex melabuhkan punggung di atas bangku di sebelah Faiq.

"I think you have problem. But.. I can't guess what is it, "

"I just... I don't even know how to explain that feelings, "Faiq mengeluh seketika. Alex hanya tunggu apa yang Faiq nak cakap.

"I can't wait for the next year.. I want to go back to Malaysia, "jelas Faiq. Entah kenapa dia rasa tak sabar mahu pulang ke Malaysia mahu tengok bagaimana rupa adik iparnya.

"Is there have something that make you feel like this? "

"Nah.. I just wanna see my younger sister in-law, "rasa tidak sabar begitu menusuk ke hati Faiq. Tak tau kenapa. Mungkin.. Sebab adik dia yang berusia 17 tahun tu pun dah kahwin. Dia yang sudah 22 tahun ni pun belum lagi kahwin.

"Ouh, i see, "

IMAN celik matanya yang terasa memberat. Tekan sahaja katil, dahi Iman berkerut pelik. Katil apa rasa semacam je ni?

Terbeliak mata Iman sebaik sahaja melihat yang dia di dalam pelukan Firash. Terus Iman jauhkan sedikit badannya.

Iman berdehem kecil sebelum Firash mula mengeliat bangun.

"Demam kau dah kebah ke? "Tanya Firash sebaik sahaja melihat Iman sudah bangun.

"Asal awak peluk saya tidur? "Tegur Iman.

Firash tepuk dahinya sendiri. Kan dah cakap yang Iman akan tuduh dia ambil kesempatan?

"Kau yang tarik peluk aku nak salahkan aku pulak, "balas Firash.

"Awak jangan nak putar belit cerita eh? "

Firash langsung tatap mata Iman. Kalau kau ingat balik kes semalam kau sendiri malu apa yang kau buat dekat aku, "

"Saya buat apa? "Iman mula rasa tidak senang duduk. Dia buat apa?

"Kau... Kau nak dengar ke apa kau buat dekat aku? Kau dah dikira macam.. Ambil kesempatan dekat aku jugalah, "usik Firash dengan senyumannya yang disembunyikan.

"Saya tak nak dengar, "balas Iman laju. Tak sanggup nak dengar lagi.

Firash mendekat. "Kau... "

"Ash! "

"Okay, fine, "Firash ketawa kuat apabila melihat muka cemberut Iman. Lawak betul muka. Mujur comel tau!

Heyyo guys... Sorry hambar lagi...

Ermmm... Welcome back to school adik-adik saya yang mana masih bersekolah tu... Belajar elok2..😘😘

Good night.. And sleep tight! 😆

Enjoy!

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now