Bab 30😆HIKING

4K 293 16
                                    

Sorry hambar...

IMAN tahan geram dengan gelagat Firash sekarang ni. Apa kenanya, disorokkan semua barang Iman yang sopan-sopan termasuklah tudung yang Iman pakai di dalam rumah sebelum ni. Lagipun esok lusa dah nak masuk sekolah itupun terus kena hiking sebab cikgu dah janji nak bawa mereka hilangkan stress.

Terkumat-kamit bibir Iman membebel soal perangai Firash yang buat hati dia rasa geram sangat. Nasib dah jadi suami dan ada limitnya untuk Iman sabar.

"Kau bebel apa tu? "Terangkat bahu Iman kerana terkejut dengan sergahan Firash secara tiba-tiba.

"Bebel apa? "

"Ye lah.. Bibir kau tu buka tutup, buka tutup tu, bukannya membebel ke? Ke kau tengah kunyah pinang? "Firash labuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Iman.

"Sibuk je. Dahlah habis tudung aku kau sorok. Apa yang kau dengki sangat dekat aku ni? "Tanya Iman dengan rasa tidak puas hati.

Firash senyum senget."Sakit mata aku tengok kau pakai tudung dalam rumah ni. Nak risau apanya, kitakan dah kahwin. Tak luak pun aku tengok rambut kau tu, "

Iman ketap bibir geram. Ada je modal Firash nak jawab. Dah kahwin pun, ingat Iman selesa ke? Baru je kahwin. Dan, Iman perlukan masa untuk semua tu. Iman jeling Firash sekilas.

"Jeling... Jeling... Melawan kau kan? "

"Dahlah, aku nak ke dapur.. Lebih baik aku tolong Mak Milah kat dapur daripada bergaduh tak sudah dengan kau ni, "Iman terus bangun mahu menuju ke dapur.

Belum sempat Iman masuk ke bahagian dapur, Firash menegur lagi sekali.

"Aku tak nak kau cakap dengan aku.. Aku kau lagi. Aku suami kau sekarang ni, "tegur Firash.

Iman tidak membalas malah kakinya dilangkahkan juga ke bahagian dapur. Hati dia jangan cakaplah berdebar kencang ketika ini. Firash baru cakap macam tu pun dah nak tercabut jantung. Kalau cakap macam lain, macam mana pula?

Iman capai gelas di rak. Botol air di hadapannya diambil dan dituangkan air ke dalam gelas. Buat seketika Iman terfikir sesuatu. Baru Iman fikir yang... Sampai bila perkahwinan di usia mudanya akan bertahan. Tambahan pula, dia dan Firash macam anjing dengan kucing. Tapi, kalau ada waktu baik tu, baiklah.

"Iman.. "Terangkat bahu Iman apabila ditegur begitu. Iman toleh kepalanya ke belakang. Terpampang wajah Datin Saniyyah di belakang sedang tersenyum kepadanya.

"Ye mama, "jawab Iman. Bibirnya terukir sedikit senyuman manis.

"Iman okey? Mama tengok jauh kamu termenung tu, "kedengaran tawa halus di hujung ayat Datin Saniyyah.

Iman angguk kecil. "Okey ma.. Iman cuma tengah fikir pasal sekolah, "bohong Iman. Takkan dia nak cakap dia fikir soal hala tuju perkahwinan dia pula kan?

"Mama ingatkan kamu fikir pasal apa lah tadi. Mama cuma nak cakap yang.. Kamu kena selalu tabah dalam perkahwinan ni. Mama faham, korang berdua masih muda, masih ada rasa nak enjoy apa semua tu.. Tapi, mama harap korang dapat fikirlah mana baik buruknya, ye? "

Iman diam dan tekun dengar apa yang Datin Saniyyah cakap. "Iman harap.. Mama dapat doakan perkahwinan kami kekal ye ma? "Mana mungkin orang yang baru kahwin nak cerai. Bagi Iman, Iman nak perkahwinan dia hanya berlaku sekali seumur hidup.

Datin Saniyyah senyum. "Mestilah sayang.. Mama nak korang sentiasa bahagia dunia akhirat. Kamu pun, ubahlah sikit cara cakap dengan Ash tu. Jangan nak beraku-kau lagi. Kita isteri mesti hormat suami kita. Ingat tu, "okey, Iman rasa ayat ni macam satu peringatan atau lebih kepada amaran buatnya. Iman dah mula tersenyum kekok dah.

"Ye ma.. Iman cuba, "

Di sebalik dinding, Firash mula tersengih-sengih dengan janji Iman kepada Datin Saniyyah. Siap Iman, kalau masih berkasar dengannya. Firash sudah mula tersenyum senget dengan akalnya sudah penuh menguasai minda.

"YANG kau nak bawa habis semua ubatan ni dah kenapa? "Firash mula mengeluh lihat Iman masukkan segala mak nenek ubat ke dalam beg galasnya. Naik rimas Firash yang melihat.

"Suka hati ak... "Terus bibir Iman Firash tahan dengan jari telunjuknya. Bibir Firash sudah mula tersenyum senget.

Iman tolak tangan Firash laju. "Apa ni tutup-tutup mulut orang? "Marah Iman.

"Kau lah masih nak berkasar dengan aku kan? Tak cium bau syurga baru kau tau, "ugut Firash.

Iman jeling Firash sedikit. Bencilah bila diugut-ugut macam ni. "Okeylah.. Fine, puas hati awak Encik Firash Amjad? "

Firash diam sekejap sebelum hidung Iman ditarik. "Sakitlah, ish. Suka cari pasal dengan orang kan? "

Firash senyum senget. Beg Firash galas. Sebelum tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya kemudian bersiul kecil sambil berjalan keluar dari bilik.

Iman mendengus kasar. Bencinya..... Nak kena cakap lemah lembut dengan Firash.. Eeee... Geram, geram..

Setibanya Iman, Firash dan rakan-rakan yang lain di kaki pergunungan, guru yang bertugas memberi sedikit ucapan untuk prosedur mendaki sebentar lagi.

Selesai memberi taklimat, Firash jeling Iman dari atas sampai bawah sebelum matanya terhenti pada kaki Iman.

Firash menghela nafas. Haish! Pakai kasut macam budak-budak. Firash terus melutut di hadapan Iman. Terkejut Iman.

"Eh, apa ni? Awak orang tengoklah, "terdiam Iman sebaik sahaja Firash mengikat tali kasutnya yang terbuka.

"Diamlah sebelum aku sumbat tali ni dalam mulut kau. Baik kau diam! "Selesai mengikat tali kasut Iman, Firash kembali bangun berdiri.

Asyraf yang berada di sebelah Firash sudah ternganga mulut. "Asal kau ikat tali kasut Iman? "Soal Asyraf pelik.

Firash hanya buat tidak tahu. Malas nak jawab soalan tu. Melihat soalannya yang tidak dilayan, Asyraf ketap bibir. Namun, langkah kakinya tidak jadi mahu mengikut Firash sebaik sahaja ternampak kelibat Syakirah.

"Kirah.. Awak jalan dengan saya eh? "Ajak Asyraf terus. Masa berjalan dengan pantas. Jadi, Asyraf tak nak buang masa lagi.

Syakirah terus pandang tanah. Tak berani nak tatap muka Asyraf. Jantungnya berdegup laju. Susahlah macam ni..

"Kirah.. "

"Saya jalan dengan Iman dan Atikah, "jawab Syakirah.

Asyraf mengeluh sedikit. "Kirah.. Tak salahkan saya ikut sekali? "

Syakirah menggeleng. "Tak...tak eloklah awak jalan dengan perempuan... Awak jalanlah dengan Firash, "

"Kalau saya tak nak? "

"Kau jangan nak mengada-ngada dekat sini, Raf, "celah Faiz yang datang entah dari mana. Asyraf cebik bibir sedikit.

Kini, Faiz sudah berada di hadapan Syakirah juga. Belum sempat Syakirah cakap apa-apa, Asyraf awal-awal lagi dah diheret oleh Faiz. Syakirah lambat-lambat telan liur dengan keadaan itu.

Seketika kemudian, senyuman kecil terukir di bibir Syakirah. Comel sangat Asyraf bila tayang muka kecewa macam tu. Tapi, cepat- cepat Syakirah buang perasaan suka itu dari terus menyelubungi dirinya.


Heyyo guys... Soooooorrryy for the late update.. I have a lot of work to settle down... So, siapa yg belum tngk trailer cerita ni.. Pergilah singgah ye.. Its atina.. Alang2 tu subscribe lah sekali.. Huehue..

Good night guys...

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now