Bab 40😕BETUL KE?

3.4K 272 23
                                    

3 BULAN KEMUDIAN, Ilman Faiq tersenyum senang sebaik sahaja pesawat yang membawanya pulang ke tanah air selamat mendarat di bumi Malaysia. Sengaja dia tidak memberitahu kepada Datin Saniyyah dan juga Dato' Muhammad yang dia akan terus menetap di sini selepas ini.

Setahunya juga hari ini merupakan hari bersejarah buat adiknya, Firash iaitu mendapat keputusan SPM.  Tak sabar mahu memberi kejutan kepada mereka. Dan.. Dia masih teruja mahu melihat gerangan adik iparnya ketika ini.

Perasaan tidak sabar mula bertandang di dada. Teksi yang lalu di hadapannya ditahan. Terus tubuhnya diboloskan ke dalam kereta.

Bangunan-bangunan yang tersergam indah di deretan jalan Faiq pandang penuh minat. Sudah lama dia tidak pulang ke tanah airnya.

Sampai sahaja di hadapan rumah, senyuman Faiq terlorek di bibir. Sekarang ni sudah pukul 11 pagi. Kiranya, adiknya sudah berada di sekolah mengambil keputusan peperiksaan.

Terus loceng ditekan. Dia hanya menunggu reaksi orang yang membuka pintu sekarang ni. Faiq terus tersenyum sebaik sahaja pintu utama rumah mereka terbuka.

"Ff-Faiq? "Soal Mak Milah secara teruja. Ternganga mulut wanita tua itu.

Faiq mengangguk laju sambil bibirnya tidak lekang dari senyuman.

"Ya Allah.. Kenapa tak cakap nak balik? "

"Saja. Untuk surprise kan mama, papa dan semua orang dalam rumah ni. Mama ada? Ke dia ikut Ash pergi sekolah? "Tanya Faiq. Matanya melilau mencari kelibat Datin Saniyyah.

"Ada je dekat dapur. Dia nak masak special untuk Ash dengan Iman, "ujar Mak Milah.

"Eh, marilah masuk. Tercegat dekat pintu tu buat apa, "Mak Milah ketawa halus. Hampir terlupa dia mahu mempelawa Faiq masuk ke dalam rumah.

"Ye lah.. Iq nak surprisekan mama dulu. Mak Milah jangan bagitau mama tau? "Perlahan-lahan kaki Faiq melangkah masuk ke dalam dapur. Kelihatan Datin Saniyyah sedang mengacau masakannya di dalam periuk. Sesekali merasa masakannya dengan sudu.

Terus tubuh Datin Saniyyah dipeluk dari belakang. Dagunya diletakkan ke atas bahu Datin Saniyyah.

"Hey.. "Baru sahaja Datin Saniyyah mahu memukul gerangan yang memeluknya dengan senduk namun langkahnya terhenti sebaik sahaja mendengar nada suara itu.

"I miss you, ma... "

Ternganga Datin Saniyyah. Terus tubuhnya dipusing ke belakang. Berkaca-kaca mata Datin Saniyyah ketika ini. Dipegang wajah Faiq yang semakin kacak. Faiq tersenyum manis.

"Is that you, Faiq? "

"Takkan mama tak kenal anak mama sendiri? "Soal Faiq sambil ketawa halus. Rasa lucu dan comel melihat mata Datin Saniyyah yang jelas teruja dengan kepulangannya.

"Tak.. Mama macam tak percaya yang Iq balik hari ni. Mama rindu Iq, "tubuh anaknya dipeluk erat. Kalau dulu waktu kecil, tubuh Faiq boleh diangkatnya dan dilambung-lambung. Sekarang ni anaknya sendiri tinggi daripadanya sehingga dirasakan seperti Datin Saniyyah hilang dalam pelukan anaknya.

"Iq rindu mama jugak and i have a good news for you, ma.. "

"Good news? What is it? "

Faiq tersenyum senget. "I'm back and... Iq akan stay sini ma, "

"Betul ke ni, Iq? Iq tak tipu mama kan? "

Faiq sekali lagi tersenyum kecil. Kenapa comel sangat mama dia ni?

"Ye ma.. But ma.. Boleh tak Iq nak pergi sekolah Ash? "Pinta Faiq.

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now