Bab 38👏PUAS HATI!

3.6K 298 20
                                    

IMAN genggam kain dressnya dengan kuat. Rasa debar mula menggunung dalam hati sebaik sahaja perarakan masuk kelas mereka ke dalam dewan. Jamuan ini khas untuk seluruh pelajar tingkatan lima. Mata-mata yang memandang Iman hiraukan.

Tepukan gemuruh daripada guru-guru di dalam dewan tersebut buat Iman tersenyum memandang. Sampai di meja makan mereka Iman labuhkan punggung dan melihat perarakan masuk kelas lain pula ke dalam dewan.

Terkejut Iman apabila Firash turut melabuhkan punggung di sebelahnya. Terdapat juga Atikah, Syakirah, Asyraf dan juga Faiz yang turut mengekori.

Baru Iman perasan yang Firash, Asyraf dan Faiz ni macam hot stuff juga. Yelah, tiba-tiba malam ni Iman rasa Firash macam... Hot. Gatal kau ya Iman!

Iman gerakkan badannya ke hadapan sedikit apabila Firash dengan selamba meletakkan tangannya di atas kerusi belakang Iman.

Iman pandang Firash. Firash hanya buat tidak tahu.

"Asal aku tengok korang berdua ni macam ada... Something eh? "Soal Asyraf. Yelah, selalu Firash dengan Iman macam anjing dengan kucing.

"Jangan nak mengarutlah, Raf, "nafi Firash sambil mengerling Iman.

"Aku dengan dia memang taklah, "sambung Firash lagi. Tanpa sedar.. Hati Iman tiba-tiba rasa sakit. Eh, Firash hanya mahu mengaburi mata kawan-kawannya saja Iman.

Don't think too much...

"Ye lah, aku dengan Firash memang tak lah, "sokong Iman. Faiz hanya diam sambil matanya turut mengerling Syakirah.

"Tapi.. Asal aku tengok korang macam sesuai je eh? "Sampuk Atikah. Rasa macam nak tersedak Iman.

"Kau jangan nak mengarut eh, Tikah, "bentak Iman. Atikah hanya ketawa halus di hujungnya.

"Kau kenapa diam je Kirah? "Soal Faiz secara tiba-tiba. Syakirah hanya menggeleng perlahan. Asyraf pula tiba-tiba rasa panas punggung. Dia tak bolehlah kalau Faiz yang tegur Syakirah.

"Kau tak sihat ke? "Tanya Faiz lagi.

"Kau jangan nak sibuk dia boleh tak, Faiz? "Tegur Asyraf yang mula rasa tidak tahan apabila terasa kesayangannya diganggu oleh orang lain.

"Yang kau nak lebih-lebih ni kenapa? Aku tak tanya kau pun kan? "Balas Faiz.

"Aku... "

"Diamlah guys. Kita dalam majlis ni kan? "Sela Atikah. Terus Faiz duduk berpeluk tubuh sambil menjeling Asyraf tidak puas hati.

"Kau nampak cantik malam ni, "bisik Firash perlahan di balik telinga Iman yang dibaluti selendang.

Meremang bulu roma Iman apabila Firash tiba-tiba bisik macam tu. Iman hanya diam tidak membalas apa.

Seketika kemudian, majlis bermula dengan bacaan doa dan juga ucapan rasmi daripada pengetua. Iman hanya tekun memerhati sebelum Iman meminta Atikah menemaninya ke tandas.

Mereka sama-sama menuju ke tandas. Atikah hanya tunggu Iman di luar. Jam di tangan Atikah kerling. Sekarang ni dah pukul 9:30 malam sudah. Tak taulah pukul berapa baru nak habis majlis.

Tiba-tiba Atikah terkejut mendengar suara jeritan seseorang dari dalam tandas.

Iman?

Laju kaki Atikah menuju ke dalam tandas. Bukan main terkejut Atikah apabila baju Iman di bahagian bahu sudah terkoyak luas.

Bibir Iman juga sudah luka sedikit. Amelia yang berada di hadapan sudah mula tersenyum sinis. Sudah lama dia tunggu saat mahu betul-betul kenakan Iman. Dan, ini saatnya!

"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku Melia?! "Bentak Iman. Air matanya jatuh bukan sebab dia takutkan Amelia tapi, sebab hati dia sakit sangat apabila diperlakukan seperti orang asing dalam hidup mereka.

"Kau tau aku sukakan Ash, tapi kenapa kau dekat dengan dia hah? Kenapa?! "Jerkah Amelia.

"Kau jangan nak jadi bodohlah, Melia, "balas Iman. Macam mana dia nak cakap yang Firash itu suaminya. Memang wajarlah, Firash dekat dengan dia.

"Aku bodoh ke kau? Aku cakap aku sukakan Ash tapi kau still dekat dengan dia. Aku tak suka tengok kau gembira, "Amelia mula mengongoi menangis. Hati dia sakit.

Iman pegang bajunya yang terkoyak di bahagian bahu.

"Kau jadi macam ni sebab kau terlampau ikut kata syaitan. Maaf. Aku tak boleh jauh dari Ash, "bisik Iman di telinga Amelia sebelum dia tarik tangan Atikah untuk keluar dari tandas.

Atikah hanya menurut. Namun, langkah Iman terhenti sebaik sahaja Firash turut keluar dari tandas lelaki.

"Baju kau tu kenapa? "Soal Firash. Dengan bibir Iman yang luka buat Iman menggeleng kecil.

"Kau bergaduh ke Iman? "Tanya Firash lagi. Tangan Firash naik membelek wajah Iman buat Atikah semakin pelik.

"Kau tunggu sini, "

"Awak nak pergi mana Ash? "Firash hiraukan soalan Iman sebelum melangkah ke arah tandas.

"Apa kau buat dekat Iman? "Jerkah Firash kepada Amelia yang masih belum keluar dari tandas.

"Saya cuma tak nak dia dekat dengan awak, "jawab Amelia.

Firash ketawa sinis. "Kau takkan dapat pisahkan dia dari aku cause she's mine... "Balas Firash tanpa tunggu lama lagi di situ.

Keluar sahaja dari tandas, Firash buka jaket kulit hitamnya kemudian diletakkan ke atas belakang Iman bagi menutupi bahagian bajunya yang terkoyak.

"Tikah, cakap dekat cikgu yang kami terpaksa balik dulu. Sorry, "Firash tarik Iman meninggalkan Atikah yang sedang terpinga-pinga.

"Nanti kantoilah awak.. "Ujar Iman. Takkan dia nak naik motor dengan Firash pula.

"Ada aku kisah? "Helmet lebih yang dia bawa disua kepada Iman.

"Macam mana saya nak naik? "Tanya Iman. Helmet di tangan Iman Firash ambil dan pakaikan di kepala Iman.

"Naik jelah macam mana pun. Tapi, kau kena peluk aku lah sebab aku bawa laju, "

"Hah? "

"Naik Iman, "


Huehue... Here another update for you guys... 😆😆

Jangan lupa vote and comment...😘😘

Cinta Si Troublemaker✔Where stories live. Discover now